Written by Bella | June 16th, 2016

Beberapa hari lepas,tindakan Shuib Sepahtu yang menghadiahkan isterinya  Siti Sarah sebuah kondominium sebagai tanda penghargaan kerana melahirkan anak ketiga cukup menarik perhatian ramai. Malah,ada yang melabelkan pasangan sweet.

Berbicara mengenai hadiah berkenaan, Siti Sarah akui sangat terkejut dan tidak menyangka suaminya itu bakal memberikan hadiah sebuah rumah.

Kebiasaannya setiap kali saya melahirkan anak suami akan memberikan saya hadiah tetapi untuk anak ketiga ini, dia senyap sahaja. Tetapi saya memang tidak pernah menyangka untuk anak ketiga ini dia memberikan hadiah paling besar iaitu sebuah rumah.

Alhamdulillah ini dikatakan berkat bulan Ramadan dan tiada kata dapat saya lafazkan kerana menjadi kelu dengan tindakannya itu.

Namun, sebelum mempunyai kehidupan yang senang seperti sekarang, pasti akan melalui kesushan terlebih dahulu.

Menurut Siti Sarah, pada awal perkahwinan mereka Shuib pernah menitiskan air mata kerana tidak dapat menyediakan kelengkapan yang lengkap dan selesa kerana Shuib baru sahaja ingin membina namanya dalam industri hiburan tempatan.

Walaubagaimanapun, Siti Sarah memberitahu beliau tidak pernah memandang Shuib kerana harta.

Jujurnya saya tidak pernah memandangnya kerana harta dan sebab itu saya langsung tidak kisah apabila suami tidak dapat menyediakan kelengkapan yang selesa untuk kami ketika awal perkahwinan dahulu.

Tetapi tangisannya kerana tidak dapat memenuhkan ruang dalam rumah ketika itu membuatkan hati saya terusik dan tidak pernah meminta apa-apa daripadanya.

Mereka sekeluarga bakal berpindah pada hari Sabtu ini dan dapat merasa untuk menyambut Syawal di rumah baru.

Sumber Berita : mStar Online

33 responses to Saya Tidak Pernah Pandang Shuib Kerana Harta – Siti Sarah

  1. comey says:

    syukur

    0

    0
    • amoi says:

      Alhamdulillah…sekurang2nya Shuib mmg hargai Sarah…mmg nampak dia sygkan Sarah…seronok tgk dorg ni..semoga kekal ke jannah n dpt anak2 yg comel2 lg…aminnnn

      1

      0
    • Kiah says:

      ni la lelaki contoh!
      sesetengah…nama je melayu/islam siap terajang bini lagi.
      loser…

      1

      0
  2. lukluk says:

    betapa beruntungnya dia….aku jgn kate hadiah, ucapan terima kasih pun xde….!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Sy pun.. sekali terima kasih pun xde.. dh dua ank kami.. tpi dia layan sy baik2 x marah2 walau x kaya tpi hidup bjln lancar mkn je apa ada.. x pnh komplen apa2 ttg apa sy pkai guna sume.. cuma mungkin kurang romantik.. dlm buruk2 tentu baiknya.. suami awk pun mesti camtu…kite x dpt apa yg kite nak tpi kite lupa apa yg suami beri..

      1

      0
      • ash says:

        betul3
        cerita lebih kurang mcm sy
        dr segi material mmg x nmpk ape yg dia bg
        tp sy bersyukur dia sudi jg ank kecik kami mlm2 w.pn kerja dia lg penat dr kerja sy
        sudi bawa kami jln2 pusing2 mkn angin w.pn cuma dlm malaysia jer
        & paling sy bersyukur tetap tunaikan janji iaitu dlm sebln at least sekali kami mesti ambil cuti dating & spend time berdua

        0

        0
    • kakdiah says:

      Saya tak kisah pun kalau dia x ucap terima kasih ….saya tahu hubby sayang saya walau tak romantik. Kalau beranak bagi hadiah ,takut anak ketiga bagi rumah, anak ke4 hadiah orang rumah baru pulak….naya.

      0

      0
      • Anonymous says:

        X baik ckap mcm 2.ada plak mendoakan mcm 2.berhati-hati dlm berkata skli allah s.w.t blas kat awk Bru thu.

        0

        0
      • lena says:

        X baik ckap mcm 2.ada plak mendoakan mcm 2.berhati-hati dlm berkata skli allah s.w.t blas kat awk Bru thu..

        0

        0
  3. Anonymous says:

    Syukur… itulah dinamakan kn rezeki mhargai isteri.. btambah2 rezeki si suami.. kawin dgn yg kaya pun blom tentu tiap kali bsalin dpt hadiah silap2 di beri madu ada la.. beruntung Sarah…

    0

    0
  4. Mak pon nk umah jugak says:

    Dekat mak shuib dh kasi apa ye….

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ada la tu dia bg kat mak dia.. mak dia xde fb kot xde ig nk update bg tau ank dia beli apa.. si Sarah ni artis dia x update pun wartawan tau punye.. jgn la pertikai tnya2.. kite ni org luar je..

      0

      0
    • melati says:

      Mak pon nk umah jugak..june 16, 2016 at 10:57 am.. kenapa Tuhan cipta kan ko Manusia !!! kenapa tak cipta ko sebagai Binatang..!!! kenapa nk Laga2 kan & mengapi kan Org??? kalau Sarah terbaca lah aper perasaan dia..??..Bodohhhhh..!

      0

      0
    • Mak esah x kesah says:

      Mak shuib xde ig/tweeter/fb… Kalu x sure da post memacam!!
      Kalau seseorang tu tau menghargai ibu pada anak2 nya ,insyaAllah dia juga tau menghargai ibunya sendiri.Sepatutnya begitulah….

      0

      0
    • kakdiah says:

      Kita kena faham…syurga laki ke mak dia. Yang itu tak boleh kita nafikan, tapi shuib ni jenis syang mak, nenek dia kat kg pun dia rajin ziarah. Dia ni bukan jenjs lupa diri.

      0

      0
  5. melati says:

    Bagus lah…sekurang2 nya Sarah ni tak mcm Rafidah Ibrahim kot……!! Sarah dpt hadiah Teruja & bersyukur, tapi Rafidah dpt Hadiah dia terkejut konon aper lew sgt 40K..!!! …………saya tak dpt bayang kan kalau Rafidah Ibrahin tu dpt Rumah cam Sarah!!!..Mesti jadi Gila Rafidah Ibrahim ni..,..!!! tumpang Gembira untuk Sarah ” @ ketawa Guling2 untuk Rafidah Ibrahim….!!

    0

    0
  6. Biskut says:

    Bukan apa shuib taknak bagitau dia belikan rmh. sbb shuib nk design dlm rmh tu ikut citarasa dia sndiri. nnti kalo kasitau bini, kompom ikut ckp bini jer nk design mcm mana. haha..kiter gurau jer k. cantek sgt rmh dorg…semoga dorg bahagia selamanya. harap lelaki2 d luar sana contohi la si shuib ni yer. takde la smpai perlu bg rmh juga kat bini kalau bini beranak. ikut kemampuan masing2. cukup la kalo kita tau nk hargai pengorbanan n penat lelah bini kita mengandung n melahirkan anak kita.

    0

    0
  7. imaydajebat says:

    sarah, you started from the bottom and now look where you are. i have found respect in your simply generous life. i can safely call you a winner in life.. tak gila publisiti and your talent is what youve brought to the table! bukan mcm artis skang nih, ada yg pakai tudong lingkup tapi tukar2 pasangan, ada yg muka masyAllah putih melepak walhal sejak lahirnya kulit dia sawo matang quality berlakun pun mcm kayu dan ada yang buat masaalah utk cari publisiti murahan.. unlike you, tough girl from within. love you xx

    0

    0
  8. Fa says:

    Keluarga bahagia sgt :)

    0

    0
  9. Who cares says:

    Terbaikla shuib!

    Kalau siti sarah xbgtau pun rsnya semua org tau dulu2 ms diaorg kawen si shuib xd ape sangat..sama2 susah..sama2 senang

    0

    0
  10. Anonymous says:

    jgn lupa bersedekah….

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Artis2 yg cantik2 yg hot2…cari suami kaya2..hensem2…end up cerai berai….pastu kutuk mengutuk dlm media..

    Sarah n shuib….cool je…ikhlas antara satu sama lain….murah rezeki…semoga jodoh berpanjangan….

    0

    0
  12. Anonymous says:

    teringat aksi shuib dlm MLM ms dia kenakan fazura..bg bunga kat fazura tp suh pass kat sarah yg ddk kat blakang fazura! mmg epic!

    0

    0
  13. Ragam Manusia says:

    Biar x handsome..hati mau bersih. Shuib antaranya. Yg handsome sial je. Keluar anak 2…ko jd la kereta second hand. Dihadiakah madu beracun. Kipidap both of yous!!!

    0

    0
  14. mas says:

    Bila suami beri rumah untuk isteri semua dah jadi teruja. Sedang memang lelaki patut beri tempat berlindung untuk isteri. Sekarang bila lelaki jalankan tanggungjawab sebagai lelaki..semua puji.kenapa? Sebab dah jarang2 nak jumpa lelaki yang jadi penanggung dan pelindung seperti dalam alquran. Di pejabat, tahyalah wanita yang dah berkahwin, siapa yang bayar duit rumah? Bayar duit kereta?banyak perempuan..tempat kerja saya banyk isteri2 yang berdikari. Lelaki aksesori je dalam rumah tangga…lelaki pun pandai cari isteri yang berdikari…

    0

    0
  15. Farah says:

    Yg ni baru la btl mmg sweet sgt bkn mcm abg jebat tu! Biar lah bkn couple fav org lain, tp antara couple fav aku! Moga bahagia ke syurga sarah n shuib

    0

    0
  16. TEEpah says:

    Subhanallah..Alhamdulillah..bagusnya Shuib, hargai pengorbanan isteri. Semoga keluarga ini bahagia hingga ke Jannah..Amin

    0

    0