Written by Bella | April 13th, 2015

Hanez Suraya seakan tidak boleh elak daripada kontroversi, ada sahaja perkara tentang dirinya menjadi perhatian ramai, terbaru Hanez kononya telah mengeluarkan kata-kata kesat menerusi akaun Facebook miliknya.

Walaubagaimanapun, Hanez merasa terkejut kerana beliau tidak mempunyai akaun Facebook dan meminta agar pihak tidak bertanggungjawab tersebut menutup segera  Facebook tersebut.  Aktres tersebut turut memuat naik status berhubung perkara itu di laman Instagram yang memberi peringatan buat peminat agar tidak terpedaya.

Saya tidak pernah ada akaun facebook dan perkara ini saya sedar apabila diberitahu oleh adik saya. Sebenarnya saya tidak kisah jika peminat yang buat sebagai memberitahu dan berkongsi tentang aktiviti saya.

Tetapi apabila saya lihat kandungannya, dia banyak meninggalkan komen di Facebook pengguna lain dengan kata-kata yang negatif.

Tambah Hanez yang belum merencana untuk membuat laporan polis, beliau akan memantau segala aktiviti di akaun berkenaan dan jika mereka masih berdegil maka beliau akan ambil tindakan.

Saya masih memantau dan beri amaran sahaja di Instagram, kalau mereka masih meneruskan atau melakukan perkara yang lebih teruk saya akan ambil tindakan.

Di Instagram saya tahu ramai yang buat akaun palsu menggunakan nama saya, tetapi kebanyakkannya tidak memudaratkan dan saya tidak ambil kisah. Cuma yang ini sahaja saya risau orang ramai akan fikir ia benar-benar akaun saya. Sudahlah nama saya baru sahaja nak diterima semula.

Dalam dunia ini, pasti akan ada apihak yang dengki melihat kebahgiaan seseorang. Seribu satu cara akan digunakan agar orang yang mereka benci terus dipandang serong oleh masyarakat.

Sumber Berita: mStar Online

 

15 responses to Saya Tidak Pernah Ada Akaun Facebook- Hanez Suraya

  1. sentap says:

    hashtag tak tahan. hahahaha.. alarh. aku biase nampak fake page tu komen kat Amran Fans, Pencuri Movie, Sukan Star. memang bahase out. da name fake kan. takkan nak komen murni murni..

    0

    0
  2. tokmek says:

    boring arr nara dok buka crite hanis suraya ni sokmo
    tkde value pon

    huh..boseeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    romie bayar ke nara ni

    0

    0
  3. adudu says:

    hashtag dia win. kehkeh.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    ala klu ada ke xde pun sama jela hanez oiii.. x semestinya yg fake tu tulis elok3 pminat trus nk minat follow ko.. hahaa prasaan konon org followerr ramai.. podahh

    0

    0
  5. joyahh says:

    “Sudah lah nama saya baru sahaja nak diterima semula?”

    Sape cakap?

    0

    0
  6. Anonymous says:

    BOSAN dengan kisah mak cik hanez ni.. ade je kisah dia..ke ni cara dia buat comeback?? Pleasela… duduk diam diam dekat rumah .. jaga suami dengan anak2…

    0

    0
  7. Bukan Peminat Hanez says:

    Ermmmm …mak cik ni lagi…. sejak nikah ni….ade je kisah dia….. berhentilah cerita pasal dia… artis malaysia ni berlambak lagi… bukan hanez sorang je…

    0

    0
  8. Mat K says:

    come on Hanez. jaga laki jgn bagi laki lari la.

    0

    0
  9. anun says:

    meluat..meluat..meluat..meluat..meluat..meluat… terbayang muke romi.. muke mcm lelaki miang… wekk

    0

    0
  10. heh says:

    nampak sgt la kau ni ramai yang x suka…hashtag x bolh bla…ayat kau lg x boleh blaaa…”dah la nama saya baru nak diterima semula”????? ye kee…mmg x de la org nk tgok lakonan kau lagi..crite apa yg kau lakonkan mesti org boikot.

    0

    0
  11. hakhak says:

    entah2 dia sendri yg buat akaun fake..maklumlah..nama baru nak diterima semula….kahkahkahakkahak

    0

    0