Written by AbangNara | April 21st, 2014

Susulan pendedahan mengejutkan mengenai sikap hipokrit dirinya oleh bekas isteri, Sham Kamikaze hari ini tampil menerusi laman Facebooknya untuk menjawab pertuduhan tersebut. Namun menerusi kenyataan yang diberikan, Sham tidak menafikan atau mengiyakan tuduhan bekas isterinya itu.

sham kamikaze

Tulis Sham Kamikaze:-

Assalamu’alaikum wbt.

Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.

Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai. Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa.

Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.

Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah.

Barakallahu fikum.

sham kamikaze

Langkah berdiam diri ini diambil oleh Sham untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Benar atau tidak tuduhan bekas isterinya, hanya Sham sahaja yang tahu. Ingatlah keikhlasan dalam beribadah amat penting. Jangan buat kerana mengharapkan pujaan dan redha orang lain. Buatlah kerana Allah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

55 responses to Saya Tidak Perlu Untuk Menjawab Kepada Sesiapa – Sham Kamikaze

  1. Mr.Right says:

    jom solat! pastu tidow…ish teruk sgt kut bro…main2 ngan manusia lmbt dpt blsan..main2 ngan Allah mendapat la ko nanti…

    0

    0
    • narareader says:

      semua dah sejarah dengan ex-wife dia..maknanya memang betul la dia macam tu sebelum ni..taktau la skarang masih camtu ke atau betul2 berubah.

      0

      0
      • Fahrin Ahmad says:

        tengok tu, takde apa2 la,
        korang jangan nk judge sham lebih2..

        0

        0
        • sham aku tak faham says:

          Minta maaf laa… bila sham kata HAK X WIFE TAK PUASHATI menuduh utk meraih simpati ats kepentingan peribadi?…..Apa yg x wife dapat? Tujuan balas dendam .. nak malukan sham. Scra langsung dah mengaku perbuatan pun. Tp cara sham bercakap langsung TAK TAWDHUK & TIADA RASA RENDAH HATI, tanda kekesalan atas perbuatan zalim terhdp x wife dulu. Tiada langsung word maaf atas apa yg berlaku smasa perkhawinan. SENANGNYA KATA SEJARAH… Walhal retina mata dia tercedera sampai skrng, belum lagi batin terseksa. Sham saudaraku SEKIRANYA X WIFE X PUASHATI, sila la berjumpa dngnnya TANYA ELOK2 MESTI BERSEBAB. Jngn lps bercerai cuci tangn terus, dia masih SAUDARA SEISLAMMU. TUNJUK CNTH AKHLAK yg baik spt d Fbmu. Jaga Hubungan dngn Allah swt & Jaga juga dngn manusia terutama X wife awk dulu yg pernah hidup bersama dngnmu. Wallahu a’lam.

          0

          0
        • mutiara says:

          diam je lah kan..dah salah..kang pong pang pong pang, keluar bukti lagi terrrrdiam.ade hikmah semua yg terjadi kan.
          semoga betol2 beubah dan istiqamah..kedua2nya..insya allah..

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          mungkin ramai tak setuju dgn aku…1st of all, wife dia tak perlu nak hebohkan aib ex suami dia kat media, and 2nd, sapa kita nak judge orang yang dah berubah ke arah kebaikan..dengar and amik port sebelah pihak jer..tak fair bg si sham ni…mungkin betol dia teruk, dia jahat, dia hipokrit…tp mungkin dulu…mungkin sekarang dia benar2 dah berubah..so aku rasa better kita yang tak tau apa ni doakan saja semoga dia sentiasa di bawah payungan Allah..(Serius ni komen kedua yang positif dari aku..damn nice)

          0

          0
        • amoi says:

          aku stuju dengan ko Lembu Gemok…sapa kita sbg manusia nak judge org tu bersalah or x..itu kisah idop dia…yg exwife pun duk jaja n burukkan sham tu apa motif eh???sorry lah aku nak argue skit…kalau wanita yg baik, knp perlu nak jaja cerita bukan2???

          sorry lah tajuk lari skit..aku plg respek Dayana, isteri pertama Asharaf Muslim…buruk baik yg suami dia dia buat dkt dia, dia lansung x berbunyi kat media…perit sgt kot apa yg Ashraf buat…ada dia canang buruk Ashraf kat org???xde kan???

          berbalik dgn kes exwife sham…aku bkn nak sebelahkan sham…lansung x minat mamat ni..tp bg aku lah, dah bercerai..so xyah laa nak canang hal2 mengaibkan ex hubby tu…y not berdoa supaya sham betul2 berubah…tegur cara baik supaya sham x buat sikap lama..bukan melalui media..ni apa kejadahnya duk bgtaw 1 Malaysia yg sham tu bla bla bla???kalau lah skrg ni sham tu dah berubah n n x mcm dulu..x pasal je exwife dia dpt dosa bertengkektengkek..

          0

          0
        • hah says:

          haaaa terduduk ko. senyap la kan tak tau nak balas camne

          and kepada yg ckp biar lah biar lah tu. hello, dia dah ‘berhijrah’ TAPI still buat bende2 yg ex wife tu cakap. bukan zaman jadi retis sendu buat bende2 tu LEPAS TU berhijrah. so memang munafik.

          ni lah…kalau set2 kopiah hijab bagai, kalau perangai keji tu dah DIEXPOSED masing2 mula la jgn aib kan la ape la. bro, sendiri buat sendiri fikir la. perangai cam taik, org aib kan ko. ko kena REDHA. bukan itu saja, patutnya ko come clean and CERITA SEMUA bende2 palat ko buat kat wife ko pastu mintak maaf.

          ni sedaaaaap je perangai cam taik, pastu capai kopiah, cakap jangan aibkan org.

          0

          1
        • Anonymous says:

          Lembu Gemok..ko ni cam lembu gak ar..baca x komen semlm pasal aibkan org ni?? exwife dia bukan nak mengaibkan tp nak reveal perangai sebenar sham ni agar org lain x tertipu sama cm dia!! ramai yg dh meng’idola’ kan si sham ni..so jgn sampai tersesat!!

          0

          0
        • sham aku tak faham says:

          Dear sham .. sblm pekara ini berlanjutan .. jumpa la x wife ko… siapa kata ko x da ikatan lg … mana ko blaja… dr segi mahram mmg tak da.. ko kan blaja agama IKATAN SILATULRAHIM sngt penting. Tak masuk syurga org yg putuskn silatulrahim.. jd la gentleman .. tanya baik2.. Org kat sini bnyk tersasar topik sbnar. BUKAN BUKA AIB@KLUARKN SEJARAH SILAM TP CRITER X PUASHATK MESTI BERSEBAB & KO SBG LELAKI X GENTLMAN.. PEGI LA SELESAIKN PEKARA ITU ..SMPI TERSEBAR CITER AIB KALIAN BERDUA.. BKN SHAM SORANG… TP X WIFY SKALI.. BUKAN SHAM sorang jer kena tp habis smua yg serban,hijrah,gi selawat kena tempias…
          Ego x bertempat … JDLAH SEORG LELAKI MUSLIM YG SEJATI KPD SEORANG PPUAN YG LEMAH &BEREMOSI kpd x wife mu… JAGA SILATULRAHIM SESAMA MANUSIA… ALLAH TAK REDHO ATS MU SEKIRANYA X WIFE KO TAK MAAFKN KO LAGI. INI BUKAN CITER SEJARAH TP SGALA PERBUATAN KO AKN TERMAKTUB DLM KITAB AMALAN KO smpi KAT AKHRT.. Dear bro…Di timbangan neraca mizan…

          0

          0
        • sham aku tak faham says:

          Sila tngok TANYALAH USTAZ .. TAJUK GOSSIP LIAR BHGN 2. GOSSIP YG D BENARKAN. Oleh ustaz RAIHAN ABDUL AZIZ. Slps tu kita minta pd ALLAH swt petunjuk mana satu jln yg benar spy d jauhi kesilapan. Sekian terima kasih. Wallahu a’lam.

          0

          0
      • Neelofa says:

        tak tau sape yg penipu sekarang ni,
        suka ati la, tp sham mcm mengaku je..

        0

        0
      • Aaron Aziz says:

        dia tak nafikan langsung pasal benda tu,
        memang dia buat la tu kat ex isteri dia,
        kesiannya..

        0

        0
        • lala lili says:

          dulu masa kes kawen dua pon cm ni la statement dia..lama2 ckp fitnah laa ape laa..last2 ape jd..tggu dan tgk je laa..klau betul..smoga lpas ni moga2 laa dia berubah betul2..amin

          0

          0
      • Wawa Zainal says:

        takpela, sham dah berubah sekarang ni,
        selalu update countdown nak puasa..hihi..

        0

        0
        • ijoy says:

          bole caye ke..?

          0

          0
        • aku la.. says:

          ala.. takat countdown cmtu, semua org buat.. mcm status FB.. “jom solat”… sume org leh buat…cume nye.. buat ke tak jek yg menjadi persoalan nye.. senang cite mcm berlagak alim la… xdinafikan, mmg wujud spesis hamba Allah yg mcm ni…dpn org nmpk mcm good2 sgt.. tp sebaliknye tak mcm tu pn…

          0

          0
    • zakiah says:

      klau dh salah tu, salah la oi.. dlu ak tertipu dgn hipokritnya time dia dtg ceramah maulidur rasul kt kolej.. geramnya

      0

      0
  2. sohseh says:

    kalau tak ada angin bertiup, tak akan pokok bergoyang ? “kesian mata putih isteri kau .

    0

    0
  3. Mr Curious says:

    First!!

    0

    0
  4. guest says:

    tak gitu?

    0

    0
  5. hamba Allah says:

    Nama pon subuh..mungkin sham tertidur dgn xsengaja..

    Akhir zaman ni berhati2 dgn lisan..

    Berhati2 dgn fitnah y bagai lalang..

    Klo mmg sham munafik..ituhal dia ngn Tuhan..pasti dikasi pengajran

    Andai dia mmg ternyata mulia dimata Allah pasti diberi ujian,dugaan..

    Wasalam.

    0

    0
  6. Elok kita berbaik sangka…semoga kita dirahmati Allah selalu.

    0

    0
  7. zifi says:

    camni lah sham oii. kau baik diam je. sbb kalau bnyk ckp pun xguna. orang sekeliling kau je tau kau ni camane. and apa yg aku dok perati, selalu nya yg dok kata khabar angin tu yg slalunya betul. nafi mcm mana pun, last2 yg betul, yg dikatakan gossip murahan tu jugak. UAI pun pernah komen pasal perangai kau. so, senyap kalau xmau keadaan lg buruk.

    0

    0
    • Derpina says:

      Memang dia senyap pun. Dia ckp gitu je. Ke camana? Tak ada pulak dia bagi kenyataan defend diri dia pun.

      0

      0
  8. Derpina says:

    Good! No need to explain further. Tak ada benda nak explain pun. Boleh tutup dah kes ni.

    0

    0
  9. rebecca says:

    Kita tak perlu tahu hal rumahtangga mereka. Kalau pun sham kamikaze tu camtu isteri dia tak berhak pergi ke media utama untok bercerita perihal rumahtangga yang dah runtuh….apa motif dia kita tak tau. Orang kita bila dengar sahaja cerita sensasi cepat panas buntot nak buat comments.Please don’t be judgemental….. if she was lying….we end up buat fitnah….and if it’s the truth kenapa baru sekarang nak heboh….kenapa bukan masa bercerai dahulu…..we malays like to poke our noses at every little things….hitherto we believe every things the media fed us up,….go get a life?

    0

    0
    • Anon says:

      Br ingat nk setuju dgn ur statement pasal jgn judgemental. Tp bila baca balik x jd nk setuju sbb berat sebelah jugak isinya. Hehehe

      0

      0
  10. ustazah Rebecca nur islam says:

    salam.

    apapun xbaik buka in org.. menimbulkan pelbagai syak wasangka Dan fitnah.

    masyaAllah..

    0

    0
  11. Madeline says:

    Play safe kan Sham kan? Entahlah, saya ni tak la baik mana. Cuba jugak nak kenal Islam dalam lagi. Tapi bila tengok orang yang pakai kopiah, pakai tudung semacam juga mulutnya, tak boleh terima teguran, saya rasa sedih. Sepatutnya kamu semua ni lah kena tunjukkan akhlak yang baik untuk orang mcm saya ni. Bukan mengata sana sini, tuduh sana sini, kalau ada tak puas hati, bincang elok-elok, bagi ayat sopan (tak menunjuk). Setahu saya, maksud Islam tu kan salaam which means aman. Saya ni belajar agama pun baru merangkak. Orang kata nak berubah ni jangan sombong.

    0

    0
    • observent mind n soul says:

      i agree. selalu tgk org stok alim dengan serban, tudung labuh bagai mcm ustaz ustazah attitude mcm Mr Arrogant! bab tegur org lain no 1. bila kena tegur, mcm bontot kena suluh api.

      0

      0
    • jija says:

      agreed with u. i ada kenalan yg anak beranak berserban bertudung labuh, menghafaz al-quran dan anak2 semua skolah tahfiz. sedih bila mak ayah bercerai, ibu ajar anak kurang ajar dgn ayah sndr, walaupun ayah buat silap, jgn d ajar anak membesar jd biadap, i terkejut bila anak berusia 12thn memaki ayah sndr tanpa rasa bersalah dan bila d tegur, cepat2 update status sedu kt fb yg dia mengaji hafaz al-quran bla bla … why???

      0

      0
  12. Hafidzah says:

    Dont blame 100% on him…kite xtau citer sbnar…bkn ke xwife die prnh citer cmner die berubah ke arah lbih baek..refer kat video penghijrahan sham k amikaze….sham berdiam diri xsmestinya die salah…we are human being,,, assumption is always our teory..piece^^)

    0

    0
  13. zaza says:

    pada aq la sham. ini semua balasan dari Allah. Dia bukak aib ko supaya ko sedar jgn mempermainkan wanita.insan yg lemah. ingt tu.

    0

    0
  14. Chico says:

    Sesiapa tolong bagi long, apa yg buat uai boleh tegur sham? Sham dah buat apa?

    0

    0
  15. haraporgmalaysiasedar says:

    Korg yg komen kat sini ak betol2 tak paham la..asyik nak bash org jer..korg igt tau..dia hijrah ikhlas atau tak..Allah maha mengetahui..bukannya korg..astaghafirullah..korg bukn seng tau nak cri sham kamikaze yg korg hinaa bhijrah ni d pdg masyar nti..rebecca yg korg ckp mcm teletubies 2..shah jaszle hampeh tu..ak tgok klu vdeo ke or whatsoever dri luar negara takde nak comment mcm korg pdhl diorg rmi jer non muslim..do not low malaysia and muslims dignity peeps ..korg tgur psal kwjipan dlm agama dgn mulut lancang tu..igt sikit..korg bawa nma islam..

    0

    0
  16. mizz says:

    Memang bila kita mula berubah kepada kebaikan semakin byk dugaan akn dtg…
    bersabarlah klu anda dipihak yg benar dan wlupun pernah lakukan kesilapan Allah msh beri peluang utk kita perbaiki…

    ‘Jangan buat kerana mengharapkan pujaan dan redha orang lain. Buatlah kerana Allah’

    Kepada admin sy harap post yg anda copy dari page sham ni bukan semata2 utk mencari populariti…sbb Allah jg menilai setiap apa yg kita lakukan…

    0

    0
  17. Dolphin says:

    Aku pn x bekenan ngn sham ni.mla2 aku tgk
    ade pompuan mngku sbg bini no 2,sham plak
    x mngaku.alih2 pgi jgak pda pompuan tu.cmno
    tu??alih2 bni prtama d ceraikn.sham ni mmg byk
    dalih..tu yg xnk komen lbh2 ntt kne btang hdung
    sndri.bg aku lki yg nk brubah dn dh tobat,x
    prlu lh scara drstik pki jbah,kopiah.wat cm biasa
    je..sbb yg tau prubhan kmu..hanya Allah Yang
    Lebih Mengetahui.x prlu domba sna cni.

    0

    0
  18. kui3 says:

    kalau ye sham ni pernah buat silap pada perkahwinan dulu, ex-wife dia TIDAK sepatutnya membuka aibnya di media…melainkan ia dalam mahkamah…kenapa baru sekarang timbul??ingatlah sekali kita buka aib orang berpuluh-puluh kali Allah akan buka aib kita nanti…

    0

    0
  19. anon4121 says:

    Bersabarlah syam.. inilah dugaan dan cabaran yg perlu ditempuh apabila berhijrah.. tak semua org suka kita, bertabahlah dan teruskan istiqamah

    0

    0
  20. gigi emas says:

    Ustaz “mee segera”…..tahap pemikiran yg amat cetek…..sebagai umat Islam harus berhati2 bila orang seperti ini buka mulut yg kononnye berceramah…..takut kita akan sesat dan murtad……manusia bertopengkan syaitan, katakan TIDAK kepada “ustaz mee segera”

    0

    0
  21. fazlina says:

    Allahurabbi, siapa kita hendak menghukum? Semua manusia melakukan kesilapan. Hari ni kita baik.. esok lusa? Kita tidak boleh menghukum mengumpat n mencaci manusia.. sbb Allah xredha perjalanan hidup kita nanti .

    Jangan mengatakan sesuatu yg kita tdk nampak.. itu adalah pembohongan yg besar kata imam alghazali. Semua baik2 nak mati dlm keadaan baik2. Makanya berkatalah dng sesuatu yg baik2… wallaualam

    0

    0
  22. AKU says:

    KIRA OK LA.DIA XMENAFIKN.MKSDNYA DIA SUDA BERTAUBAT DAN BTL2 BERUBAH.MALAH DIA XPN MENGAIBKN ISTERI DIA BLK..GUD JOB.XMELENTING PN SHAM KAMIKAZE.TP KTA D LUAR NIE PLAK YG LEBIH2.JUDGE ORG DRI SNRI XTAU LG CMANA.KN KN KN….

    0

    0
    • faham betul2 says:

      Aduh baca la betul2… tak aib aper? Tuduh x wife ada agenda tersendiri… Dua2 aib terbuka olh perbuatan masing2. Knpa sham x settle elok2 dngn x wife. Tak da hubungan? Hellowww … mahram yes… silatulrahim bgmana pula…? X masuk syrga putuskn silatulrahim. Klu settle dulu x jd mcm ni. Sham blh panggil org alim , ramai yg dia kenal, dia dngn x wfe duduk bersama MINTA PANDANGAN ORG ALIM. Perkara senang nak selesai , takkan sham tak blh settle. Ramai kes pasangan mcm ni kat luar dpt di settlekan dngn cara minta pandangan Org alim. Dia llaki muslim … be a gentleman betulkan keadaan. TUDUH ORG NAK MALUKAN DIRI SHAM TP KNPA DIA HIMSELF TAK BETUL KEADAAN SBLM MNJADI BURUK. DIA MALUKN DIRI SNDRI IN A WAY. Ego letakkan pd tmpt yg btl

      0

      0
  23. YY says:

    bukan nak kata apa, tapi statement2 oleh sham kamikaze mmg sedikit meragukan..saya dari dahulu agak tidak percaya dgn dia..

    0

    0
  24. zzila says:

    aku komen kt fb trus kena block tak bole komen … main gitar balik la bro, tak perlu nk menonjol sgt, gila glamer. low profile sudey mcm ali setan tu, tipah tertipu der

    0

    0
  25. musykil says:

    soal ibadat ni kita tak tahu apa yg dibuat atau tidak oleh org lain..dan kenapa pulak kita kecoh pasal ibadat orang? adalah lebih baik kita scan diri sendiri, tadi subuh kita sembahyang tak? tadi zuhur, kita sembahyang tak? sebelum2 ni apakah kita patuh pada suruhanNya? atau kita sekadar jadi keyboard warrior pung pang pung pang sana sini tapi diri sendiri menjemput ke neraka? Kita sendiri kena muhasabah diri dan kita tak payahlah nak sebok2 hal org lain..kalau benar Sham berkelakuan seperti dikatakan si bekas isteri, lambat laun akan ternampak juga..Tapi mendedahkan di tabloid ttg bekas suami adalah tidak wajar..apa perlunya aibkan dia? kan Allah ada utk hukum dia kalau benar kata2 si bekas isteri. Dan sekiranya si bekas isteri memfitnah, jawaplah nanti..satu Msia baca, sebar, mengutuk, mengumpat, mengeji, etc..bertambah2 dosa tu..

    0

    0
  26. nizm says:

    Assalam . Ramai btl asatizah dlm nie. Ada 4 tingkat dlm percakapan. Tingkat tertinggi cakap yg memberi solusi. Tingkat ke 2 cakap biasa2 je. Tingkat ke 3 selalu mengeluh. Tingkat yg paling worst cakap membangga diri. Lihatlah kita di tingkat mana.

    0

    0
  27. Aku says:

    jangan salahkan sesiapa . kita pun tak tahu siapa betul dan siapa salah..
    Buat x wife pandanglah kehadapan dan mulakan hidup baru dengan mengambil pengajaran dari kisah yg lalu.
    tak perlu bercerita kisah yg lalu. jika kita membuka aib org, maka aib kita juga akan terbuka nanti.

    0

    0
  28. Why bother says:

    Dua2 x boleh pakai punya orang ni weh. Kalau korang penah tengok rancangan ‘ini kisahku’ yang pernah disiarkan time bulan puasa beberapa tahun before ni, bini die kemain puji sham ni melambung. Xde yg negatifnye sume positif, skarang lain plak cerita dia. Samaada bini dia membohong dlm rancangan tu or kene paksa dgn sham ni utk reka cerita baik2, diorang dgn Allah je yang tahu. But still, bini die x tetap pendirian lah kan sbb dulu ckp lain skarang lain. Wardina sound ustaz don -sham kamekazi hipokrit – rabecca teletubbies – erma fatima isu redha masuk neraka – fiza adam kemain nafi bergaduh tup2 cerai – shah jaszle dgn makwe baru, dah mcm hape retis sekarang. Ingatlah mati dan adanya hari pembalasan. Aku pon byk dosa duk follow cerita retis ni lepas ni aku insaf k.

    0

    0
  29. soulmate says:

    Assalamualaikum ya akhi ya ukhti….disini ana taknak menghukum sesiapa,siapa kita utk mghukum…kita pun tak sebaik mana tak semulia mana,dosa kita pun mnimbun2 xtau lagi allah ampun kan ke tidak…kes sham ni,1 jelah yg ana nampak,dua2 ada buat silap dan salah..tetapi pada si bekas isteri tu,yg mnjadi mushkil sgt2 tu,kenapa dah 2tahun dendam kesumat awk tu tak hilang2 lagi,awk nak cerai,awk dah dapat,pastu awk meroyan tak sudah2,elok2 citer dah tengelam,awk bukak blik cite lama cite lapok,benda dah lepas,awk tak takot ke sekali sham betul2 dah berubah,dah bertaubat…tapi awk?kjr nk tambah dosa je…tak baik mcm tu…move on…byk2 istigfar..bertaubat…masing2 ada life masing2,yg tukang2 komen yg terlebih emo tu,sudah2 lah…komer pun bkn baik benor…asik dok telek buruk org jek…kang allah singkap aib komer.baru tau komer nak sorok muka komer tuh…kesimpilannya…sham pun xperlu ckp apa2,jgn layan depa tu…

    0

    0
  30. […] Saya Tidak Perlu Untuk Menjawab Kepada Sesiapa – Sham Kamikaze (53) […]

    0

    0
  31. […] Saya Tidak Perlu Untuk Menjawab Kepada Sesiapa – Sham Kamikaze (54) […]

    0

    0