Written by serenity | November 11th, 2015

Zul Ariffin menerangkan sebelum ini bahawa hubungan cintanya yang terjalin dengan penerbit filem Gayatri Su-lin Pillai sudah lama berakhir dan masing-masing sudah meneruskan hidup. Kepada BH Online, Gayatri telah mengulas mengenai kisah cintanya yang bermula tahun 2012 dengan Zul sememangnya sudah berakhir dan tiada apa-apa untuk diceritakan lagi.

Terdapat desas-desus keretakan hubungan mereka terjadi sewaktu Zul berlakon bergandingan dengan Ayda Jebat dalam drama Rindu Awak 200% untuk slot Akasia TV3 tetapi ia senyap begitu saja. Kini Zul mengakui dia mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Zahirah Macwilson yang sebelum ini membintangi drama Akasia bersama Sharnaaz Ahmad, Mencintaimu.
Percintaan mereka dikhabarkan sudah lama putus cuma tidak dihebahkan. Menurut Gayatri:

Zul sudah memberikan kenyataan dua hari lalu dan saya tidak perlu ulas apa apa lagi.

Seperti mana yang diketahui ramai, saya jarang menceritakan urusan peribadi kerana saya bukannya artis. Saya tak rasa orang nak tahu pun cerita peribadi membabitkan diri ini.

Lebih manis kalau apa-apa yang berlaku dalam hubungan kami hanya saya dan dia sahaja yang tahu. Saya rasa tidak perlulah menjaja cerita untuk meraih simpati ataupun mendapat perhatian.

Gayatri kini tidak lagi memegang jawatan sebagai Naib Presiden Astro Shaw memberitahu dia menjalani kehidupan seperti biasa selepas putus dengan Zul:

Kehidupan dan rutin saya masih macam biasa. Saya sibuk dengan kerja baru saya di Infinitus Entertainment sebagai Penerbit Eksekutif sejak Julai lalu. Pada masa yang sama saya menjaga ibu.

Tiada apa yang berubah.

Ramai mengatakan Zul bercinta dengan Gayatri kerana ingin mendapatkan peluang lakonan dalam industri hiburan, bagaimanapun, Gayatri mempunyai pendapat berlainan:

Saya dan Zul bekerja secara profesional dan tidak pernah memasukkan urusan peribadi dengan kerja.

Dia tidak dapat kontrak ataupun kerja melalui saya ketika saya masih di tempat kerja lama. Zul banyak menyerlah dalam drama dan telefilem sedangkan saya bertumpu kepada kerja penerbitan filem sahaja.

Jadi saya memang tidak dapat membantu dia mendapatkan projek di televisyen. Kadang-kadang saya hanya memberikan pendapat mengenai watak mana yang sesuai. Kami banyak berbincang fasal kerja dan selebihnya keputusan di tangan dia.

Dan saya percaya apa yang dimiliki adalah hasil usahanya sendiri.

Sungguh profesional Gayatri dalam memberi komen mengenai perkara ini. Nampaknya dia cukup kuat dan matang untuk berdepan dengan apa yang telah berlaku. Bak lirik lagu Jikustik, Akhiri Dengan Indah, relakan saja setiap kepingan waktu dan kenangan. Itu lebih baik, bukan?

Panggung Seni Tradisional 2015 bakal melabuhkan tirai dengan siri terakhir Koleksi Tari Klasik Malaysia. 6 kumpulan dan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 8 November 2015

58 responses to Saya Tidak Perlu Jaja Cerita Untuk Raih Simpati Dan Perhatian – Gayatri Su-Lin Pillai

  1. Anonymous says:

    tahniah. usia tidak mencerminkan kematangan..but gaya..ur statement very mature & i salute u!

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Bertambah kagum aku dengan Gayathri selepas membaca statement dia ni.
      Kalau la lebih ramai perempuan melayu (artis) yg boleh memberikan statement ‘berotak’ mcm ni… alangkah baiknya….

      0

      0
      • Anonymous says:

        gayatri is one classy lady….

        0

        0
        • Peah Ronggeng aka PR says:

          Tenangnya ngko Gayatri..akak peah salute…

          0

          0
        • amoi says:

          tabik hormat toink toink aku kat Gaya…Gaya, kurg2 ko profesional…tak mcm sesetengah pihak tu..jaja cita bagai..baru kuar 1 2 drama dah poyo..pegang tgn, peluk sana sini…baru jd retis sendu dah buat kontroversi mcm2..kata hampir2 kene culik lah ape lah…

          aku doakan ko dpt lelaki lebih bagus dari zul bodo tu…

          0

          0
    • gayagayagaya says:

      Ayda Jebat dgn Zahirah mmg tak selevel Gaya lahhh. Not in Gaya class. Seriusly beb sgt professional and matang. Idak lerrr tergedik2 terkinja2. Idak ler sibuk nak jd attention seeker kene ragut lah, hape lah.

      0

      0
      • Lovelyvic says:

        Kengkadang terpikir jugak ye apa perasaan Zul bercinta ngan Ayda & Zahirah..
        Ye la… biasa lelaki bila dah lama bercinta ngan pmpn yg IQ tinggi, bila sembang, discuss and debate on certain issue with maturity and good facts, suddenly putus, bercinta plak dengan pmpn yg “bimbo” – mula2 boleh le tipu diri sendiri cakap… “takpelah, bodoh pun bodohlah, janji muda dan cantik” – lama2 muak juga mengadap kebodohan…

        0

        0
      • Catwoman says:

        Tak yah laa nak kaitkan zahirah ke ayda ke. Zahirah dah tentu gf zul skrg & ayda xpenah ada apa2 special relationship dgn zul. So tolong laa nak komen pun komen je pasal Gaya.

        0

        0
    • milah sirus says:

      betul!,,susah skrg ni nak cari statement yg munasabah kat beautifulnara ni…make sense

      0

      0
    • mak c kina says:

      ni la bru dikatakan ckp gne otak…kecantikan selari dgn kebijaksanaan..xpe la gaya..ada lelaki yg jauh lbh baik utk u

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Salute Gaya!

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Utk Gayatri…tahniah kerana matang dlm menghadapi situasi ni..
      “Yang kau perlukan..dalam kehidupan..hanyalah kekuatan..Supergirls..super super girls…” – De Fam

      0

      0
  3. kobesbunger says:

    sebagai wanita, pasti gayastri tetap luka hatinya.. apepon nampak dia sgt profesional.. Bertabahlah sis.. byk pengorbanan tpaksa dilakukan andai kite menjaga ibu.. Hanya insan yg fhm jer dpt bsama kita… yg tbaik kekadang mmg lambat dpt…

    0

    0
  4. qila says:

    Tahniah Gayatri.. u bijak.. berilmu.. karier yg bagus.. so u deserve a better man, gentle man, smart man n ofcoz loyal man.. bukan loyar man..

    0

    0
  5. cik piNgu says:

    sebak hati baca kenyataan Gayatri. tak mburuk2kan zul. tapi kalau dh namanya perempuan, kuat nampak di luar tapi di dalam hati?……

    Simpati utk gayatri. Zul, ko mmg buaya.

    0

    0
  6. nok gebuzzz says:

    perbezaan org matang memberi statment…sabar jer Gaya,lagipon x luak ngan si zul poyo tu….jantan looserrrr!!!!

    0

    0
  7. kaki tabur says:

    nak cari yg sepadan ngan umur la…

    0

    0
  8. kak anon says:

    Salute and Support for Gaya.You deserved a better man.yang itu2…biarje…tak rugi mana pun.

    0

    0
  9. razara says:

    ermm..tenang je bca komen gaya pasal isu putus dgn abe jol ni..mmg terluke tp simpn je.smoge gaya btemu jodoh yg lbh sesuai.
    to abe jol..xdela emsem mane pon..badan je beketol.tlgla jgn menkan ati pompuan yer.

    0

    0
  10. Hantu says:

    Really respek ngn u.no one blh tahan klu bf asik ngn btina2 lain.dia pn penh mntion blm ready tuk kwin ,kn?so u dsrved more btter than tolol yg kki prasan macho.i pn x tau pe yg spesel kt jntan tu selain perasan hnsem..mmg match la ngn btina mcwilson.

    0

    0
  11. ate komerrr says:

    terbaik punyer komen…xde nk aibkan sesapa pun.

    0

    0
  12. LM says:

    Proud of you Gaya..
    May god award you with a Man later not a boy..

    0

    0
  13. seri says:

    One classy lady…sgt respek part dier beri komen dan jaga ibu dier…may u find ur happiness gaya

    0

    0
  14. Nurul says:

    In this case, Zul yang rugi. Gayathri tak rugi ape2 pon putus dengan si playboy besar tu. She deserve better man.

    0

    0
  15. anak mak abah says:

    woww….satu sifat yg patuh dicontohi….biarkan si jul ripin naik dgn sendiri….dan biarkan dia jatuh dengan sendiri….kipidap n dongibab sis gayatri

    0

    0
  16. siti fatimah says:

    you go girl . suka tengok cara dan pemikiran you gayatri

    0

    0
  17. melati says:

    Tabik…Gayatri…jgn ikut cam Che Ta…menunjuk kekayaan gan Deposit….

    0

    0
  18. awesome says:

    her statement nampak sangat professional and matang…

    KESIAN you Zul, pompuan mcm ni yang patut di jadikan isteri…contoh terbaik…tak pun meroyan..mengungkit…memaki bila dah berpisah…atau pergi stalk GF baru you or citer keburukkan you…mcm nila jugak peribadi dia bila jadi isteri nanti…kalau cerai tak lah dia pg meroyan kat FB atau mengungkit mencanang…

    Nak amik yang lawa lawa sexy2 muda2 tapi PERANGAI AND OTAK KE LAUT…TAKDE QUALITY ….TAKDE PERSONALITY….TAKDE CLASS…

    Gayatri you deserve someone BETTER !

    0

    0
  19. lara alana says:

    bagus Gayatri ni, tapi betul ke si zul tu betul profesional? cehh, sebab bersama Gaya la si zul ni dapat masuk dunia hiburan, playboy betul. erghh. ambik kesempatan tak tahan tuu.

    0

    0
  20. nak cuit sikit says:

    bagus sangat gayatri ni…tak kepoh…tak canang….very the very professional.

    separuh pompuan tu….bercinta kepoh ….kawin pun kepoh…cerai pun kepoh..jadi janda pun mencanang….tpi bila kawin amik ko…acah2 best….

    orang perempuan yang tak suka bercerita pasal hal peribadi dia..mengepoh mencanang or menjaja .memang seorang perempuan yang menjaga maruah dan ada kelas ! so I salute you Gayatri

    0

    0
  21. hiks says:

    very classy lady.. wishing u well and hope you find your soulmate soon. aida jebat, che ta, rita, nadeem (to name a few) shud learn from her on how to act or speak appropriately in front of the reporter.

    0

    0
  22. yeszar says:

    smart statement from a smart individual.
    so thankful you don’t have to go through many more heartbreaks with this a**hole.
    sit back and enjoy this show Gaya, we’ll see how Zul will start entertaining his current bimbo with childish acts – kidnapped or not?
    seriously, not your loss. you are way too smart for this useless chap.
    Badan dia da besar sgt, otak dia jadi kecik.
    kesian.

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Komen dari wanita yg professional, matang, dan cool. Aku mmg suka zul dan gaya tapi nampaknya classy lady mcm Gaya tak sesuai untuk zul. Elok la tu zul dgn zahirah zainol tuh

    0

    0
  24. chanteekk says:

    mesti lah matang , kata dah tua tak kan tak matang plak…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Matang tu tak semestinye tua… Matang tu bila ko bijak handle masalah, bijak handle perasaan, tak membiarkan diri ko nampak bodoh dan childish. Tu matang namanya. Yg muda dan bijak selalunya kematangan mereka terserlah.

      0

      0
  25. Nik says:

    Tuhan je yang tahu ape yang jadi antara mereka.

    Btw, memang betul,
    Statement gaya adalah yang terbaik berbanding sesiapa yang dah break off yang bagi statement.

    0

    0
  26. aku says:

    elok gaya u tgglkan pelir boy tu

    0

    0
  27. nil says:

    nice statement…
    tidaklah macam kebanyakkan kita…bercinta tak ke mana,..statement mengalahkan org yg bercerai..buat malu je.
    kau salahkan aku,..aku salahkan kau…
    lepas tu buka aib sesama sendiri…laki bini pun tak cenggitu ehhh..
    patut belajar even she is non muslim

    0

    0
  28. kak anon says:

    Vote for Gaya!.

    0

    0
  29. Fiona says:

    Bila orang yang bepelajaran dan matang memberi jawapan. tak ada putar belit, kona tang sana kona tang sini. bg jawapan yang tak memeningkan orang.ayat tak gelabah. sis gayatri, ada yang lebih baik untuk u nnt. :)

    0

    0
  30. wow says:

    Fuhhh.. Kagum gileer aku dgn gaya ni..

    0

    0
  31. Anonymous says:

    Ya lah tu… dulu korang yg kutuk gaya ngan zul. Tua lah tak sesuai lah kafir lah jijik lah amik gambar dgn anjing lah.. hmmmm

    0

    0
  32. Anonymous says:

    But rasa baru lagi they went for vacation together with zul’s family…. well kalo kena dump x kan nak heboh2 pulak kan….

    0

    0
  33. Saleha says:

    Sempoi je statement Gaya ni. Takdela nak lebih lebih emo ke apa.

    In many characters or traits of a woman, there is one that truly stands the test of time, and it’s not beauty; it’s INTELLIGENCE.

    0

    0
  34. Mek Kian says:

    Kesian gaya. Hari tu masa zul kena cekau tangkap gambor ngan zahirah..dio bagi statement, gaya faham situasi dia. Ni, kena kantoi kali kedua pegang tangan..dia cakap dia dah lama pisah ngan gaya..nampak sgt aksi “cheating” ko terpecah..pastu buat statement dulu. Its your lost lah ZUL…gaya mmg lah dah tua..tapi HATI tu yang penting…the way dia bagi statement yang x memburukkan ko lepas break tu yang menunjukkan dia WANITA yang cukup MATANG untuk bersama. Hakk..ambik lah ko bimbo zahirah tu…hahahaha..YOUR LOST man…

    0

    0
  35. Anonymous says:

    go Gaya..mature n very kindhearted. Happy Deepavali

    0

    0
  36. rira says:

    Memang setuju dengan kenyataanx2 disini tentang professionalism dan kematangan gayathri dlm perkara ini.,selaras dengan umurnya. Tetapi komen beberapa pembaca tentang kelakuan serta respon ayda memang tidak betul.Kalau dikaji, didalam sebarang isu/kontraversi, Ayda walaupun masih muda, menunjukkan kematangan dan juga sikap prosessionalnya , tanpa menguris hati pihak lain yang terlibat dalam isu itu. So pembaca please be objektif dan “tidak beremosi” too semasa komen tntang
    sebarang isu/selebritii

    0

    0
  37. Lara says:

    Yang bukan Melayu lebih tahu jaga adab dan tutur tahu mana manis dan masamnya, harap artis2 Melayu ambil ni sebagai contoh. Double my salute to u, Gaya.

    0

    0
  38. yuna says:

    gayatri ni salah sorang penerbit bersama untuk polis evo yg kutipan mencecah 18 juta tu. tara budak2 hingusan kerdil dlm dunia hiburan mcm zul, aida jebat n zahirah ni seciput pun tak leh compare dengan level gaya. mmg gaya at a whole upper level compared to picisan tu semua. yg sorang kecoh kena culik, yg sorang kecoh psl baju sponsor. tak sekelas betul dgn gaya.

    0

    0
  39. Anonymous says:

    Korang ni asyik ckp Gayatri tua… Korang tau ke stage2 umur ni? FYI,
    1)Bayi: 0 – 2 tahun
    2)Kanak2: 3 – 10 tahun
    3)Remaja: 11 – 18 tahun
    4)Belia & dewasa: 19 – 55 tahun
    5)TUA: 56 tahun dan ke atas.

    Aku tak rasa yang Gaya dah umur 56 tahun… Jgn labelkan org sesuka ati… ini tak, ada yg baru umur 32 mcm fazura tu korang dah ckp tua. Wth? Pompuan paling terserlah kecantikan dia di kala usia 31 – 40 kerana di usia ini la dia dah complete transform dan subur.

    0

    0
  40. Anonymous says:

    Yg sibuk2 sebenarnya peminat dan org luar…diorang rilex jer rasanya masing2 sibuk dgn keje. Yg x berapa takk da keje ni memang suka busy body hal org lain…ada je yg x kena, mcm diri sendiri dah perfect sgt.

    0

    0
  41. Anonymous says:

    rata2 puji statement gaya which is nice. u lift up a spirit of other woman. tapi lps tu condemn the other two woman. classic malay woman. u r expecting kindness from others but diri sendiri? tell me about it!

    0

    0
  42. Anonymous says:

    That kind of man doesn’t worth to stay with. Menjahamkan aje nanti. Walk with the life has gone.~

    0

    0
  43. drusila says:

    terbaik gaya.. salute.. I wish one day gaya dpt lelaki yg lebih mnghargai u. perempuan yg baik akan dpt lelaki yg baik.. InshaAllah..

    0

    0
  44. kajol says:

    Gaya u r the besttt…a very matured and optimistic lady…hope a wise gentleman will come into ur life soon…Zul is just another typical Malay guy who goes for beauty ass…he will drown eventually…let it be…lakonan dia pun sama ja..nothing great…

    0

    0