Written by Bella | December 26th, 2016

Minggu lepas, nama Tania Hudson tiba-tiba menjadi hangat serta bualan ramai kerana dakwaan sebagai orang ketiga punca hubungan Fattah Amin dan Neelofa retak.

Sehingga hari ini beliau masih dikecam sesetengah pihak meskipun sudah menafikan gosip liar tersebut.  Tidak kurang juga, ada yang mengkritik Tania cuma ingin meraih publisiti murahan.

Namun, Tania memberitahu beliau sama sekali tidak ingin dikenali kerana kontroversi hangat.

Saya tidak mengejar populariti, malah tidak mahu dikenali dengan cerita negatif. Bagi saya, populariti dan kejayaan hanya datang bersama kerja keras dalam lakonan. Saya tidak lihat kontroversi ini bagus untuk perkembangan kerjaya seni.

Tania tidak tertekan dengan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Walaubagaimanapun, beliau tidak boleh bertolak ansur apabila ada yang turut mengheret nama kakaknya, Natasha Hudson dalam kontroversi berkenaan.  Tindakan itu seakan mencemarkan maruah keluarganya.

Ditanya jika beliau ingin mendapatkan penjelasan Fattah ataupun Neelofa berhubung kontroversi mereka bertiga, Tania menjawab beliau tidak perlu berbuat demikian kerana tidak mahu memperbesarkan hal tersebut.

Saya rasa tidak perlu memperbesarkan lagi perkara ini dengan mendapatkan penjelasan mana-mana pihak. Saya percaya, gosip dan kontroversi ini akan berlalu dengan begitu saja nanti. Saya sudah masak dengan permainan gosip dan kontroversi yang kebiasaannya dicetuskan berdasarkan perkara tidak sahih.

Apa berlaku antara Fattah dan Neelofa adalah ketentuan takdir dan hanya mereka berdua tahu sebabnya. Sudah tiba masa untuk peminat mereka berdua menerima hakikat mereka tidak semestinya bersatu seperti didalam drama.

Sumber Berita : Berita Harian

 

14 responses to Saya Tidak Mahu Dikenali Kerana Kontroversi – Tania Hudson

  1. minah jambu suka sahara yaakop says:

    morning peminat setia minah jambu hehe ….helo Tania..u dh lama tk berlakon kenape ? u ni cantek jambu cute kenape tk berlakon lagi ? or u dh tknk berlakon ? jangan la gitu taniaaaa minah jambu suka tengok u berlakon lebih2 lagi watak jahat u tu hehe…u jangan dengar cakap orang lah ! ape yg u nak buat u just buat aje asalkn buat bende2 yg baik ok lov uuu…

    2

    3
  2. ???? says:

    ????????

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Carilah batang lain.Malaysia kan banyak pendatang asing.kalau dah lapar sangat

    0

    1
  4. mak tiri laki mak dier says:

    biar jahat tu dlm drama sja, jgn sampai perangai jahat tu trbawa2 dlm kehidupan sebenar.
    nnti byk hati yg terluka dik oiiii…

    berlakon pun suam2 kuku, sorry not intetested!

    1

    0
    • MochaBanana68 says:

      Amboii mak tiri laki mak dier…kata2 ko tu mcmlah ko kenal dia secara peribodi ekk…Dia x jahat…dia lebih bnyk menyendiri & x pandai lepak di kelab2 mlm…maknya org baik2…kakaknya pun dah berhijrah…sudah semestinya dia wajib menjaga aib keluarga…suam2 kuku sbb itu pilihannya…b’lakon sekadar mencari duit poket..

      0

      0
  5. Anonymous says:

    Tania ni bukan penyebab hubungan Neelofa & Fattah putus. Tapi dialah punca hubungan Fattah & Sherry putus. Sekali Neelofa plk tgkap lentok sama Fattah & bajet Ftattah pon lentok kat dia. Naseb ko lah Fattah.

    4

    0
  6. Coco Berangan Mix says:

    whoooooesss?????

    0

    0
  7. Anonymous says:

    besar nya…

    0

    0
  8. cekodok says:

    bkn ke ducati fattah tu????

    0

    0
  9. Cekodok says:

    Bkn ke Ducati Fattah tu?????

    0

    0
  10. bosansangat says:

    weii aku lebih suke die ni laaaa dari lopak tu….lopak gedikzzzzz..serabut je cerite kayu ngan hajah nihhh

    6

    0