Saya Tidak Mahu Cakap Lagi Soal Cinta, Sekarang Waktu Saya Fokus Pada Kerja – Fattah Amin

Hiburan

Saya Tidak Mahu Cakap Lagi Soal Cinta, Sekarang Waktu Saya Fokus Pada Kerja – Fattah Amin

Bintang Paling Popular ABPBH 3.0, Fattah Amin memberitahu beliau sudah tidak mahu lagi membicarakan soal percintaan dan kini mahu memberikan fokus kepada kerjayanya.  Sebelum ini, Fattah cukup hangat dengan gosip cinta bersama gandingannya didalam drama Suri Hati Mr Pilot iaitu Neelofa. Namun, hubungan mereka tidak kekal lama.

Advertisement

Saya sudah tutup buku dan tidak mahu komen tentang hal yang sudah berlalu. Jodoh, rezeki yang saya dapat dan ajal adalah tiga perkara yang saya tidak boleh jangka. Namun buat masa ini tiada sesiapa lagi dan seperti jawapan klise artis lain, sekarang masa untuk saya bekerja.

Berbicara mengenai kejayaan beliau meraih gelaran yang menjadi idaman ramai itu, Fattah merasa cukup bersyukur kerana segala usaha dan kerja kerasnya akhirnya berbaloi. Fattah pada masa yang sama mengambil kesempatan tersebut mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya  yang sering menyokong beliau.

Alhamdulillah, rezeki ini memang tidak dijangka. Ini adalah hasil kerja saya sepanjang tahun yang mana sehingga hari ini saya belum pernah bercuti walaupun sehari. Macam semua tahu, semua benda saya nak buat, tapi saya tidak kisah tiada cuti dan tidak pernah rasa penat kerana saya suka dengan apa yang saya buat.

Kalau boleh saya mahu pecahkan trofi ini dan bagi kepada mereka kerana saya tidak tahu bagaimana nak balas apa yang mereka buat kepada saya. Saya akan memastikan melakukan yang terbaik dalam apa juga bidang sebagai penghargaan kepada mereka.

Tahniah kepada Fattah kerana berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2017, harapnya dengan kemenangan ini, Fattah tidak akan lupa dengan sokongan peminatnya dan menjadi seorang aktor yang lebih baik di masa hadapan.

Sumber Berita : mStar Online 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...