Written by Bella | December 22nd, 2016

Pelakon Ungku Hariz memulakan kerjaya dalam industri hiburan tempatan lebih awal berbanding isterinya, Jihan Muse. Namun, baru sekarang nama Ungku Hariz mula mendapat perhatian sesetengah pihak apabila beliau menjadi suami kepada Jihan.

Timbul kata-kata kurang enak bahawa Ungku Hariz bergantung hidup dengan Jihan kerana isterinya itu lebih popular.

Walaubagaimanapun, Ungku Hariz tidak cepat melatah dengan percakapan orang dan aku sekiranya ada yang mempunyai anggapan sebegitu terhadap dirinya.

Saya menganggap ini semua rezeki Allah, cuma rezeki Jihan orang terus nampak.  Saya ini lebih kurang menumpang populariti Jihan serta orang pun memikirkan begitu juga. Saya tak kisah andai itu yang mereka fikirkan.

Saya tahu keadaan saya di dalam industri macam mana, penglibatan saya pun adalah untuk menunjukkan bakat saya dan melakukan apa yang saya suka seperti berlakon. Begitu juga dengan Jihan, Allah berikan rezeki dengan jalan yang lebih mudah.

Menurut Ungku Hariz, beliau sebenarnya tidak pernah menggunakan Jihan untuk mendapatkan mana-mana tawaran berlakon. Setiap apa yang beliau lakukan, beliau akan cuba untuk berusaha sendiri.

Mungkin senang untuk saya katakan, orang melihat saya bergantung hidup dengan Jihan dan usaha kena berganda. Pun begitu, buat masa ini Jihan tak pernah lagi bagi job dekat saya.

Kami masing-masing berusaha mencari rezeki. Pada masa yang sama saya banyak juga berlakon, cuma viral tentang saya belum lagi masanya.

Biasalah tu mulut orang kita tidak boleh tutup, kalau ada suami yang kurang popular daripada isterinya pasti akan dikatakan menumpang hasil isteri. Bersabarlah Ungku Hariz, inshaAllah satu hari nanti pasti akan ada rezeki untuk anda lebih dikenali.

Sumber Berita : Media Hiburan

34 responses to Saya Tidak Kisah Orang Anggap Saya Tumpang Populariti Jihan – Ungku Hariz

  1. Anonymous says:

    kalau bini femes…x langsung laki pun jadi mini selebriti la. mcm tok tie dan tok kay. nak buat camne?

    24

    0
  2. melati says:

    ok lew , bini femes….. janji jgn ketuk duit bini macam Lelaki2 yg panaz Baran…Hmmmmm

    7

    0
  3. Anonymous says:

    tu la namanya rezeki dalam berumahtangga…
    what’s wrong arrr???
    pelik la orang yg suka pertikai nihhhhhhhh

    22

    0
  4. Sukadiorang says:

    Biaselah tu kekadang rezeki tu Allah bagi melalui isteri. Untuk family jugak..As long tak makan hasil bini je dah la. Semoga kekal berbahagia dunia akhirat. Doakan kami jugak ye

    14

    0
  5. Anonymous says:

    budak2 wechat…block je.
    netizen bengap.
    semua mau bikin kecoh.

    2

    0
  6. Anonymous says:

    lakonan ungku hariz dalam 7 hari mencintaiku sangat mantap. produser2 harus bukak mata dgn bakatnya.

    29

    0
    • kayu sejati says:

      mantap? ‘i love u so much mia’ sambil genggam jari and cara tu nampak fake beno. dia baru lagi, kayu. tak mantop. tapi lelama nanti dia okay. macam patah dalam cerita playboy itu suami aku. kayu habis. tapi sekarang dah okay sikit

      5

      12
      • Anonymous says:

        kayuuuu? ko dah tengok ke dia berlakon dalam citer Nama Aku Beng, Jodoh 2 ehhh macam2 lagi laa.. kalo belum tengok takyah komen kayu lerr

        11

        0
        • MinahKilang says:

          kayu sejati ni mesti ingat ungku hariz ni baru berlakon..aku start tgk dia berlakon jadi jahat dlm drama Puteri Malam dgn zara zya..jahat nak mampos jadi bapak ayam

          8

          0
      • ben says:

        tolong tgok lakonan dia dlm cinta 100kg.. ko baru tgok dia dlm satu drama dah nak condemn. shame on u la! ungku hariz mmg pelakon berbakat.

        5

        0
      • peminat ungku hariz says:

        bro. dia ni pelakon teater under ibu fauziah nawi bro. bukan cencalang.

        5

        0
    • damai says:

      yes, i watched few of his lakonan but 7 hari mencintaiku mmg mantap sgt2, geram sgt2. tapi frankly speaking, pelakon2 dalam 7 hari mencintaiku semua best2 dan mantap, good jobs guy, i love you Mia, Sofie, Khuzairi, Khalil, Helmi, Mak Leha dan Pak Samad, Mak Andak & Pak Andak, Buntat, Nad, dan Ila, you all mmg best sgt2. cerita penuh dgn msg yg padat, dah berbaldi airmata ku

      13

      1
    • hamba says:

      lakonan dia mantap dlm 7hari mencintaiku. semoga semakin murah rezeki dlm bidang lakonan..

      1

      0
  7. gobananas says:

    Okla…laki dia act pun bagus tak kaku…takde hal la…

    5

    0
  8. Anonymous says:

    Suka tgk pasangan ni….sweet jer, lebih2 lgi jihan tu….sweet n xde kontroversi

    3

    1
  9. aishah nama sebenar. says:

    kekadang netizen ni tak heran pun.. wartawan ni yg over spedo…

    8

    0
  10. han says:

    Ok la lakonan die nie..aku tgk cite ammara batrisya lakonan erra ngn umi aida..engku hariz bawak watak jahat..mnjadi la gk watak die..pas2 cite cinta 100kg..die watak yang mamat bengkel 2..ok la gk lakonan die..

    6

    0
  11. macam-macam says:

    suka dengan couple ni…….x menunjuk2,,sempoi,,,,x da laa smua benda duk update kat fb ke intsa ke…i loikeeeeeee

    5

    0
  12. Juju says:

    First time tgk dia masa jadi finalist dalam Pilih Kasih tv 2 ..ok je tgok bakat dia berlakon .tak kayu ,tak besi pun

    2

    0
  13. Mime says:

    I suka ungku hariz berlakon..jahat pun ok ..jiwang pn ok..x pe x meletop bagai..selamat aman damai rumah tangga..

    2

    0
  14. Anonymous says:

    pada aku tak la… lakonan ungku hariz ni mmg bagus. blh pegi jauh…kalah fattah amin hokey. mmg dia ada bakat berlakon .

    3

    0
  15. ida says:

    lakonan dia paling best dlm cinta 100 kg! pls tengok cerita tu best sangat.

    1

    0
  16. akulah.. says:

    dia ni spesis Beto Khusairy,,berbakat..cuma x sado jer..tu yg kurang up sikit.tp releven dan berterusan.taulh org zaman skrg ni termasuk minah2 zaman skrg nak yg hensemmmmm jerrrrr…buhsan…

    4

    0
  17. mery says:

    yg penting aku salute dia sbb suka jihan dr zaman jihan x cun dulu..

    12

    0
  18. Wawa says:

    Knp dulu mass blm kawin ngan jihan tgk suami dia hensem je..skrg mcm nampak tua plk laki dia ni..tk ckup mkn ke..

    1

    1
  19. Anonymous says:

    Kadang aku pelik, netizen yang bodoh ke wartawan yang bodoh. Benda2 kecik mcm ni jadi story. Takde modal sgt ke hape

    1

    0

Leave a Comment

Optional