Written by Bella | June 12th, 2016

Selalunya kita tahu golongan selebriti pasti mahu mengenakan pakaian berjenama dan sering tampak mewah serta memanjakan anak-anak mereka dengan kekayaan. Namun, tidak bagi Diana Danielle,  beliau hanya mahukan yang terbaik buat masa hadapan anak-anaknya, Diana tidak kisah jika beliau terpaksa membeli baju di pasar malam kerana ingin menyimpan wang untuk anak-anaknya.

Saya tidak kisah membeli baju di pasar malam asalkan tidak membazir wang. Saya sudah puas mengecapi apa yang dikehendaki ketika remaja dulu. Jika teringin baju baharu, saya akan mendapatkannya di pasar malam.

Saya simpan wang untuk masa depan anak kerana ingin membelikan setiap mereka rumah.

Buat Diana keutamaan beliau kini adalah untuk menjaga Muhammad dan Nur Aurora dengan baik. Malah, beliau juga sudah lama tidak keluar membeli-belah dan masih menggunakan beg tangan, kasut dan baju  lama yang masih elok sehingga kini.

Hari ini saya mencari rezeki untuk anak-anak. Jika dulu saya pakai barangan berjenama, tetapi ia kini bukan lagi keutamaan.

Selepas Muhammad lahir, saya tidak lagi keluar membeli-belah untuk diri sendiri. Baju, beg dan kasut yang dibeli dulu masih boleh digunakan, tidak perlu membazir.

Bagus prinsip Diana Danielle ni, iyalah untuk apa menghabiskan wang beribu ringgit untuk menggayakan baju berjenama sedangkan banyak juga baju pasar malam yang agak selesa untuk dipakai bukan? Kadang-kadang tidak perlu menunjuk sangat kemewahan yang ada.Heh..

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

24 responses to Saya Tidak Kisah Beli Baju Pasar Malam Asalkan Tidak Membazir Wang – Diana Danielle

  1. lola says:

    iye ke..? macam propa je..

    0

    0
    • Black Cat@Natasha says:

      Ini semua salah melati,huhuhu…

      0

      0
    • Senah says:

      Mmg ada jenis artis yg mcm diana ni.
      Time biasa sempoi2 je, time pegi event glamer habis2.
      Utk aku, aku rasa ok asalkan kena dgn tempat.
      Better drpd jenis artis yg semua nak brg branded, pakai kete mahal, handbag hermes bagai tapi bank habuk pun tarak.
      Kalau follow ig, dah boleh baca dah character sorg2, takyah mention nama, korg perati je sdriii

      0

      0
      • Pengikut says:

        Sy jauh lagi suka dgn artis yg simple boleh keluar pakai tshirt & jeans je cth mcm janna nick, tiz zaqyah, ramona zamzam.
        Tak gila nak tnjuk yg mereka tu artis sgt. Sempoi je

        0

        0
  2. mrs.p says:

    ayat last tu..xpe faham faham..haha

    0

    0
  3. momo says:

    sebab dah takde job sbb tu kena berjimat?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Heii..pooodddaahh..bila che ta beli branded kta membazir..bila org tu berjimat kta xde job.. bengeng

      0

      0
  4. Ros says:

    It’s ok Diana, we understand, you x de job and Farid Kamil pun suam2 kuku je bagi anda hidup.

    0

    0
  5. maya karen says:

    klu DD ni x de job, harap dia and farid kamil istiqamah. tgk mana silap slhnya. klu x berbaik lg dgn mak DD, cuba baiki silaturrahim tu sempena bln baik ni kan. x lama lg nk raya. x slh pn kita sebagai anak, menantu mengalah. insyaallah, rezeki akn bertmbh. amin

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Dia baik la dgn mak dia..ada dlm ig..dia celebrate hri ibu sama2…tak kan semua nak kena bgtau kot..korang yg buruk sangka pastu buat fitnah..lagi dosa..lol

    0

    0
  7. Anonymous says:

    At least dia dah ada cafe..hang pa ??

    0

    0
  8. joe says:

    Dah nampak perangai2 melayu yg bakal di azab…suka berprasangka walaupun bulan ramadhan… dia pkai simple di kata xde job.. che ta beli mahal2 dikata menunjuk…eloklah bersiap2 dah akak2 oit.. takut xsnpt bertaubat sbb duk mngata n prasangka je

    0

    0
  9. Sam says:

    Aku lagi suka retis camni. Tiz Zaqyah pon sempoi. Belakon pon pandai. Bukannye apa, kekadang bosan jugak tengok retis retis yang belagak kaya and suka menunjuk ni. Macam dia sorang je yang boleh afford gi overseas/branded handbags. Citpoodah.

    0

    0
  10. Fans melati says:

    Eeee geli baca ni.
    Tak setaraf langsung Kak Melati i yg kaya Raya okay!!!

    0

    0
  11. melati says:

    kalau Muka Cantik , pakai baju cap Ah Keong pun tetap Cantik..!!! ini lumrah…..

    0

    0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      betol tu melati..tk payah la nk ikot2 artis2 lain yg beli kan anak2 dorang baju yg mahal ..beli baju yg sikit lebih kurang halal suda tol tak melati ? lov u dianaaa…

      0

      0
  12. melati says:

    kalau Muka Cantik , pakai baju cap Ah Keong pun tetap Cantik..!!! ini lumrah…../ sebab tu dia tak kisah pakai baju cap Ayam sekali pun, dr kecik dia jalan2 maner mesti org tengok…kalau dia pakai baju Branded lagi org kagum……so ini lah jawapan nya….tak tahu lah pendapat org lain….???

    0

    0
    • Mat Ronggeng says:

      Bra hitam dengan bendera US yang Diana pakai dalam For Him Magazine tu beli kat pasar malam jugak ke?? Patutlah nampak MURAH SEMURAH nya…

      0

      0
  13. fanDD says:

    diana danielle sangat humble..memang sederhana orangnya..beli makan rilke je kat kedai2 biasa..pakai kereta biasa..farid kamil pun sama..anak dia pun tak diajar mewah pun..
    *duduk dikawasan kejiranan yang sama*

    0

    0
  14. anak nogori says:

    pasar malam pun baju boleh tahan harganya…

    0

    0
  15. skywalker says:

    jika anda jenis tak kisah beli baju di pasar malam…
    cuba la try2 beli tudung kat pasar malam..hehehe

    lagi bertambah manis anda bila bertudung…

    :)

    0

    0
  16. kiahh terompah says:

    yoyoohh je baju pasar malam . taktau pulakk baju pasar malam ade jual dress cecantik macam tu . bgtau laa pasar malam kat mne g beli sebab nk g cari jugakk . jgn acahh je lebihh doee .

    0

    0
  17. Hamba Allah says:

    Bagi saya ok je beli kt pasar malam@downtown. Ada juga baju & tudung yang cantik2 dijual. Takde masalah pun. Beli & pakai, bukan orang tau pun kita beli kat mana, kecuali yang mmg suka bertanya.

    0

    0
  18. wowo says:

    Diana ni duk umh semi dndi bandar saujana putra. Jiran aku… kenal la dia ni

    0

    0