Written by Bella | August 11th, 2015

Susulan daripada kes beliau didakwa menggoda seorang pelakon wanita baharu Fara Mendoza, Fizz Fairuz telah tampil membuat penjelasan lanjut bagi menjernihkan keadaan. Menerusi akhbar Berita Harian, Fizz menegaskan beliau sama sekali tidak mengenali wanita berkenaan.

Walaubagaimanapun, Fizz tidak menafikan beliau mempunyai akaun WeChat tetapi akaun tersebut yang didedahkan oleh Fara itu bukan miliknya selain menyatakan beliau tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

Saya memang tak ada kena mengena dan jauh sekali mengenali wanita itu. Cerita itu memang tak munasabah langsung. Cuma saya kurang pasti apa motif dia buat begitu. Zaman sekarang memang siapa sahaja boleh mewujudkan akaun aplikasi sosial palsu. Kalau nak cerita diri saya sendiri dahulu memang saya jahat dan nakal tetapi kini dengan status sekarang tak perlulah nak cuba memporak-perandakan hidup saya.

Kalau saya nak buat jahat sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya saya berkawan itu perkara normal. Mulut saya sendiri ramai yang orang tahu jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak payahlah kot nak mereka cerita sebegini. Saya juga tak kisah orang nak kata dan pandang apa kepada saya. Memang ada yang tak kena mengena pun cuba nak mewujudkan unsur provokasi bukan bukan apabila timbul isu sebegini.

Kalau saya buat salah, tak mungkin saya akan sewenang-wenangnya angkat panggilan telefon wartawan. Jadi memang tak ada apa yang nak saya sembunyikan.

Nama Fizz menjadi topik hangat hari ini di media sosial apabila Fara mula mendedahkan perbualan beliau dan Fizz di aplikasi WeChat dimana aktor tersebut bersifat nakal memuji kemantapan susuk tubuh pelakon wanita itu dan berjanji untuk membelikan Fara beg tangan berjenama.

Fizz Fairuz pun sudah tampil memberikan keterangan bahawa beliau tidak bersalah, tetapi bukan main confident lagi Fara Mendoza mendakwa lelaki itu Fizz. Adakah ini salah satu cara untuk pelakon baharu ini mencari publisiti murahan agar nama beliau meningkat naik?

Sumber Berita: Berita Harian

28 responses to Saya Tidak Kenal Dengan Fara Mendoza – Fizz Fairuz

  1. kegilaan apakah ini? says:

    ye ye o lah ko mambang… puihhhh!!!

    0

    0
  2. miss lollipop says:

    fara tu pun kemain lagi menggatal dalam wechat tu, laki tu pun apa lagi naik stim la.. apa motif fara tu eh, dah mengatal miang kemain, pastu upload kata ‘tak nak layan’, ke memang nak perangkap…

    apapun, betul atau salah si Fizz ni, miss harap sangat2 yg miss percaya kan fizz je la agar benda ni tak jadi makin keruh dan supaya almy dan keluarga tenang semula… chill almy, jangan stress2 , still comel eh..

    0

    0
  3. peeeiiiii says:

    laaa ingatkan kene buatan org…..

    0

    0
  4. OhAku! says:

    YEKE FIZ ? YEKEEE ???? KAHKAHKAHKAH YEKE TUUUU???

    0

    0
  5. Kay says:

    Seutas beg tangan?

    0

    0
  6. Rara says:

    Ape la Bella ni seutas beg tangan pun boleh… sedih!!!

    0

    0
  7. AYU says:

    macam tak berapa nak kena je statement si fara ni.kata tak layan.tapi conversation kau nampak melayan.taktik lapok nak perangkap orang.perempuan jenis apa laaaaaaaa

    0

    0
  8. Anonymous says:

    nak MAMPOS kalau mengaku! hehe

    0

    0
  9. Linda Evangelistahh says:

    FAUZI NAWAWI JUNIOR..HAHAHAHAHAHAHAHAHA

    0

    0
  10. Abg Joe says:

    Dear Fiz Fairuz,

    Kenal buat cara kenal, tak kenal buat cara tak kenal. andai En Fizz x kenal, masakan pokok bergoyang?

    Tiada org sebodoh sedungu & sebongok-bongoknya didalam dunia ini yg ingin menggoyangkan pokok itu, jika tidak kerana angin.

    Andai kaw jawab Ahmad Maslan yg goyang. 100% Abg Joe percaya! SUMPAH PERCAYA! KBAI

    0

    0
  11. Fizz fawawi says:

    Pokoknya.. dua dua jantan betina bengong. Yang si bini please jangan diperbodohkan lagi.

    0

    0
  12. aku tetap aku says:

    fara dah buat statement cakap kenapa fizz tak kenal dia pulakk.. nak beli popcorn lah. masing2 berdalih.. sebelom buat dulu pikiak panjang sikit no fizz.. sekarang hang jawab lah.

    0

    0
  13. delimawati says:

    gaya bahasa seperti
    berbelit belit
    kata tak kenal pastu ada kawan pulak
    tak faham aku

    0

    0
    • teman tp mesra says:

      maksudnya mmg try berkawan2la tu..minah ni pon pelakon br..
      perlukan kontrobersi nak cp femes..kan da femes dah minah ni..
      esok ad dlm maid 2….

      0

      0
  14. Anonymous says:

    Hahahaha abih selamat la tu jawapan mcm tu..kalau kaki try tu mengaku je la kaki try..xyah ajet2 suci sgt la kan..byk lg jantan yg betina tu boleh petik kalau dia nak buat cerita..asal lak dia nak petik nama ko xde angin xde ribut?same je la dua2..belakon suam2 kuku..sorang pelakon tambahan gedik sorang lg bapak bdk laki manusia yg xtau untung and menghargai.

    0

    0
  15. nyonya says:

    Dh meroyan dh bini awk tuh dgn perangai pprt dier…

    0

    0
  16. Anonymous says:

    entah lah pendek…(sedutan dari filem alibaba bujang lapok) apa2lah..yg penting dua2 ckp pusing? dah takutlah tu..yg penting belajar dari kesilapan

    .

    0

    0
  17. Anonymous says:

    bukan sama berlakon filem ke..mcm mana tak kenal? even permpuan tu sbg pelakon pembantu jer. tp apa pula motif nak show msg yg ada puji body mentang2 body almy tak mcm dlu.. apapun, hrp benda ni tak betul. kesian almy. wahai lelaki, hargai isteri anda. mcm mana anda nak ibu dan anak perempuan anda disygi, begitu lah anda melayan isteri anda. sekian

    0

    0
  18. Saya says:

    Tapi kan .. Kenapa we chat nie alih2 saya tk kenal org nie den dia ada sapa sae helo bole kenal2… Padahal saya tk kenal dia. Saya pakai we chat nie untuk org yg jual brg online. Mcm mana eh.

    0

    0
  19. Mimi says:

    I rasa Fizz kenal kot.

    Kan Fara ni dah cakap, dia temankan Emma shooting film yang sama dengan Fizz, balik dari shooting terus Fizz add kat wechat. Lepas tu diorang wechat-wechat tu lah. Bila Fara up gambar tu and viral, Fizz terus call Fara suruh delete gambar. Kalau bukan Fizz, takkan kebetulan sangat lepas berjumpa kat set terus kena add dekat wechat kan oleh orang yang sama.

    Fizz nak selamatkan diri lah ni. Kalau Fizz just admit je kenal Fara and kata dia bergurau je I rasa dah safe kot. People might assume Fara ni yang terhegeh-hegeh. Hehehe

    0

    0
  20. Anonymous says:

    blahhh la ko fizz!!!….jwpn nk slmtkan diri je tu….

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Fizz mmg kaki try. Housemate i pun ada belakon watak2 sampingan dgn fizz dah selamat dapat iphone sebijik fizz hadiahkan.

    0

    0
  22. cik nin says:

    Dah boleh agak dah mamat ni..sian Almy..pengajaran ni klu dari sblm kawin dah buat perangai lps kawin pon tak mustahil dia buat lg..

    0

    0
  23. DonJuan says:

    Tu la Almy. Dulu ko kutip balik mat poyo ni. Ada le sebab nye bila mula2 tu x jd. Im sure this is not d first time n im also guessing lps ni fizz poyo ni akn buat prangai lg. Sudah la fizz. Tobat2 la. Hargai anugerah Allah kat ko tu. Sudah2 la menggatal.

    0

    0