Saya Tidak Kacak & Bukan Berwajah ‘Jambu’ – Namron

Hiburan

Saya Tidak Kacak & Bukan Berwajah ‘Jambu’ – Namron

Namron bukanlah nama baru di dalam dunia lakonan Malaysia. Secara jujurnya, nama Namron tidaklah begitu popular berbanding pelakon-pelakon seperti Fattah Amin, Shaheizy Sam dan Zul Ariffin. Akan tetapi mutu lakonan Namron memang tidak boleh dinafikan kehebatannya. Semalam di Festival Filem Malaysia ke 29, Namron telah dinobatkan selaku Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Redha. Tahniah diucapkan.

namron

Advertisement

Walaupun kehebatan lakonannya tidak dipertikaikan, jarang sekali kita melihat kelibat Namron di dalam drama dan filem komersil. Namron mengakui faktor wajahnya yang tidak kacak dan kurang ‘jambu’ menyebabkan tiada tawaran sebegitu diterima. Kata Namron:-

Saya tidak kacak dan bukan berwajah ‘jambu’… Saya hanya ada bakat sebagai modal. Saya hanya ada bakat lakonan sebagai modal dan saya perlu bagus. Syukur ada penerbit dan pengarah yang masih sudi melihat saya dan percaya dengan kemampuan yang saya miliki.

Saya yakin kalau ada naskhah dan pasukan yang bagus, wajah tidak komersial juga boleh membuatkan filem jadi komersial. Harapan saya satu hari nanti semua filem diterima secara baik tanpa menilai terlalu banyak soal nilai komersial. Semua filem ada nilai berkenaan cuma kita sedar atau tidak.

Sebagai pelakon, saya menerima dan bersedia dengan setiap cabaran andai diberi kepercayaan

namron

Semoga dengan kemenangan ini akan ada lebih ramai pengarah yang sudi mengambil Namron untuk membintangi drama dan filem mereka. Teringin juga nak tengok Namron berlakon dalam drama seperti “Suamiku Tak Hensem tapi Baik hati”, “Dia Tak Kacak Aku Tak Cintakan Dia”, “Mencintaimu Suami Tak Hensem”. Mesti menarik dan tidak membosankan. Persoalannya ada ke pengarah yang berani mengambil risiko sebegitu? Sama-sama kita nantikan. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...