Written by Bella | June 9th, 2015

Pelakon Fathia Latiff menafikan dakwaan bahawa beliau telah melakonkan adengan di dalam filem Darah Panas tanpa seurat benang seperti yang digembar-gemburkan di media sosial baru-baru ini. Jelas Fathia, penonton harus menonton filem itu terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan mereka sendiri.

Sebenarnya tidak wujud istilah berbogel dalam filem ini. Saya hanya memakai baju ‘dress’ merah jambu bagi menjayakan watak sebagai gadis kampung yang dipaksa menjadi pelacur.

Jika orang ramai menonton sendiri filem ini maka mereka sendiri pasti tertanya-tanya bahagian mana yang saya berbogel itu? Malah babak rogol pun tiada dalam filem ini.

Dikritik kerana membawa watak sebegitu, Fathia memberitahu beliau hanya ingin mendidik generasi muda agar tidak mudah terpedaya dengan tipu helah di laman sosial dan mempercayai orang yang anda tidak kenal.

Filem Darah Panas  dengan genre aksi mengetengahkan pergolakan dan konflik hidup anak muda di ibu kota juga sarat dengan mesej positif. Ia mempertaruhkan gandingan mantap pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad sebagai Adi, Soffi Jikan (Aloi), Adam Corrie (Cicak) dan Nur Fathia (Syahana).

Sumber Berita: Berita Harian

14 responses to Saya Tidak Berbogel Dalam Filem Darah Panas – Fathia Latiff

  1. badrul says:

    cantik..bijak…aku harap fathia dpt hidayah dr Allah..

    0

    0
  2. paukaya says:

    tak bogel..bukak baju je..hahahahhahahha

    0

    0
  3. minah jambu terlajak habis says:

    elehh orang dulu2 buat pilm artis kemban ok je..orang skarang aje banyak remeh temeh Nye macm kiwak huh macm jahanam !!

    0

    0
    • Anonymous says:

      so skang nie ko nak samekan mentaliti owg skang dgn owg dlu ker???? kan bgus klu setiap zaman yg dilalui berubah kepada kebaikan. sape yg paling jhanam skang nie???

      0

      0
  4. Ruz says:

    Sungguhlah aku menyampah tengok dia ni. Dengan rambut karat dia lagi

    0

    0
  5. love_fathia says:

    kalo aku jadi fathia…mmg aku akan bogel dlm filem nie…best ape dpt watak kene rogol…lpas tue hero pulak sharnaaz…yummy

    0

    1
  6. acik says:

    dulu masa darjah 5, cikgu matematik aku rajin bagi tazkirah..

    Ada 1 hari tu tazkirah dia berkenaan dgn aurat. Aku x ingat mcm mana tah ayat dia – tapi mesej yg disampaikan bermaksud lebih kurang perempuan yg tidak menutup auratnya dgn lengkap umpama bogel.

    Abes je kelas, time rehat budak2 lelaki kelas aku berdiri kt depan pintu kelas. Semua budak perempuan yg lalu depan kelas aku diorg tolong classified..
    Bogel = x pakai tudung
    Tak bogel = pakai tudung

    Apa pun Fathia, semoga hidayah Allah milik kamu.. =)

    0

    0
  7. mojo says:

    Alahai kalau bogel pun sapa nak tngk movie sampah nieh!acahcah bogel.bajet orng kemaruk nak tgk le tu.Pengarah yg kemaruk nak tgk perlakon bogel.pelakon pun lembam..boleh je.

    0

    0
  8. melati says:

    Ni taktik …Zaman Yusof Haslam nk dpt perhatian……pastu bila tak jadi Pakai tudung plak…gi terjun KLCC tu …pakai lah taktik baru skit..\

    0

    0
  9. bellazai says:

    mls nk komen pasal fathiya dia isteri luar biasa derhakanya ni, yg aku nak tnya adam corrie pgg watak cicak? cak cak cak je la skrip beliau eh wakakaka eh napa korang tak gelak..tak gelak takpe asalkan undi

    0

    0