Written by Bella | September 11th, 2015

Gagal untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam  pada hari Rabu lalu bagi mengesahkan lafaz talak yang dibuat kepada isterinya Linda Rafar,  Syed Aiman menegaskan beliau tidak akan menghadirkan diri ke mahkamah kerana tidak pernah melafazkan cerai tersebut.

Mengakui wujudnya pergaduhan di antara mereka, Syed Aiman memberitahu beliau masih waras dan tidak akan melakukan perkara buruk itu. Buat beliau, mungkin isterinya yang sedah hamil 3 bulan  terlebih emosi kerana pembawakan budak.

Saya tidak akan ke mahkamah sebab saya tidak pernah lafazkan cerai. Apa juga tanggapan orang di luar sana, saya yakin saya masih waras. Memang tidak dinafikan kami bergaduh, tetapi tidaklah sampai saya buat begitu. Saya rasa ini mungkin akibat pembawaan budak.

Tidak mahu terus mengalah kerana masih sayangkan isteri serta keluarganya, Syed Aiman akan berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya.

Melihat apa kenyataan yang dikeluarkan Linda memang saya terkejut. Saya fikir dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan sehingga menimbulkan kekecohan seperti ini.

Jujurnya saya masih sayangkan dia dan keluarga kami. Tentunya saya harap perkara ini akan segera selesai.

Peminat mula hidu rumah tangga mereka bermasalah apabila Linda Rafar menerusi akaun Instagramnya sebelum ini memuat naik foto yang menggambarkan kehidupan yang indah ketika mula-mula berkahwin tetapi  ia tidak seindah seperti yang dibayangkan.

Linda juga dalam satu kenyataan mengakui Syed Aiman ada melafakan cerai kepada dan selepas itu menyesali perbuatannya.

Tidak mungkin seseorang wanita itu akan mengakui sudah diceraikan jika tiada lafaz yang dilakukan bukan? Apa-apa pun semoga hubungan Linda Rafar dan Syed Aiman kembali pulih dan rata-rata peminat juga mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita: Utusan Online

16 responses to Saya Tidak Akan Ke Mahkamah Sebab Saya Tak Pernah Lafaz Cerai – Syed Aiman

  1. tulips says:

    kesian.. budak dalam perut disalahkannya…

    0

    0
    • Lembu Gemok says:

      bro syed…jangan main2 lafaz cerai ni….kalau ko betol2 terlepas, better rujuk balik dgn pakar….takut nanti buat dek jer, hbgn kembali terjalin, tak pasal2 hidup dalam dosa sbb takdak ikatan yang sah sbb cerai tu sah….so better jgn ikut ego masing2…ingat balik apa ko cakap…takkan tak ingat bro…..jangan main2…!!!

      0

      0
  2. Anonymous says:

    plot twist.

    0

    0
  3. Abg Joe says:

    Abg Joe doakan yg terbaik untuk Syed Aiman. Kalo ini bukan jodoh , Abg Joe rasa Syed masih boleh pergi jauh kot. Entah-entah Era Fazira… Opsss!

    0

    0
  4. Anonymous says:

    bukn susah pun pi la tnya mak n ank2 dia.. kan ktanya lafaz dpn fmily.. ada saksi.. even bole rujuk pun bnda ni bkn bole buat main2.. klu x rujuk 3x edah dan anggp bnda xde apa.. pdhal dh lupa.. bole di kira zina…

    0

    0
  5. delimawati says:

    sori nak kepoh skit
    syed aiman ni keje dia apa
    member pernah jumpa dia tapau lauk kt shah alam
    pastu jumpa dia gi memancing la

    0

    0
    • Anonymous says:

      tahlaa nk kate berlakon idak plok nmpak blakon…rupe ade tapi tak penah jadi hero pun..maybe sebab kayu kot blakon…yg aku tau family linda rafar ni mmg dari family berada…

      0

      0
      • adudu says:

        laki dia dulu selalu jd hero sebelum kawin. banyak drama dia berlakon kt tv3suku dulu.. contoh drama misi xxray, KAWAN….

        0

        0
    • Delimawati taik!! says:

      Kau ni org utan ke..tak penah tgk tv? laki die kan pelakon. Pelik sgt ke die tapau lauk or gi memancing? Apalah ketahian yg ko cuba sampaikan

      0

      0
  6. Anonymous says:

    3 perkara y tak blh di buat gurau @ main2 1)TALAK 2)NIKAH 3)RUJUK…kpd suami2/bakal suami di luar sne jgn terlalu ikutkan emosi…lelaki kn ade 9 AKAL..so,gne kan 9 akal tu dgn baik..biar akal y mengawal emosi bkn emosi mengawal akal..wanita bese laa mrk ni kurg akal..1 je akal nye jd bl gaduh tu sure laa terlebh2 meroyan nya..klu laki pun sme je kuat meroyan cam org perempuan xde bezanya pun..pegi je laa mahkamah tu..klu btl ko x lafazkan cerai kan ade saksi..anak2,mak ayah linda..pggl je laa diorg sbg saksi..buktikan y ko ni MMG X LAFAZ CERAI…berdolak dalih xnk dtg mahkamah lg merumitkan keadaan..ko igt dgn x dtg mahkamah kes blh settle ke??

    0

    0
  7. Aku says:

    Mungkin dia tk sedar ape yg dia lafas kan… Mungkin time tu dia naik sawan mengamuk ke ilang akal marah2….dan terus dia pergy kluar umah untuk reda kan keadaan… Den alih2 dia alik isteri dia ckp baru dia tk mengaku… Mcm tu lah gk nye hehehe

    0

    0
  8. Awk says:

    Bkn ke laki dia ni ada kedai jual kete

    0

    0
  9. johnny bravo says:

    Kalau dah lafaz, hukum kata talak dah jatuh, wat ape lagi nak pertahan kan. ln denial dia ni. Ape2 pun linda tu tak lawa, sebagai lelaki, anda senang je cari pengganti yg muda & lawa……baik gi cari yg lain yg sedap mata memandang.. Mana tau kot2 blh yg lbh baik…

    0

    0
  10. KT Pari says:

    Laki dia ni hensem, tak padan langsung dgn linda..

    0

    0
  11. Sabri Ali @ Nick says:

    Macam kes Nora Danish

    0

    0
  12. minah jambu says:

    u ni kenape ni aiman ! u dh lafazkn cerai kt linda pastu u cakap tk lafazkn pulak amcm ni ???? u nk linda tu tergantong2 aje bini bukan n janda pon bukan !! huh !

    0

    0