Saya Tiada Niat Mahu Sindir Drama Suri Hati Mr. Pilot – Aeril Zafrel

Hiburan

Saya Tiada Niat Mahu Sindir Drama Suri Hati Mr. Pilot – Aeril Zafrel

Sudah menjadi kebiasaan untuk seseorang pelakon mempromosikan drama lakonan mereka  bukan? Itulah  juga yang dilakukan oleh Aeril Zafrel yang mengajak peminatnya untuk mengikuti kempen #SorokRemote bagi tujuan promosi drama Patahnya Sebelah Sayap gandingan bersama Ummi Nazeera yang ditayangkan di TV3.

Advertisement

Namun, menerusi kapsyen  yang disertakan oleh Aeril menerusi akaun Instagramnya, ada sesetengah pihak menganggap Aeril seakan menyindir drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot.

Antara kapsyen yang dikatakan berbaur sindiran:-

Lupakan yang lain. Walaupun kita #PatahnyaSebelahSayap pastikan tetap terbang tau. Jangan ada kapal terbang tapi tak terbang-terbang pulak.

Walaubagaimanapun Aeril menafikan dakwaan berkenaan dan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menyindir mana-mana pihak.

Saya langsung tidak berniat mahu menyindir sesiapa. Ini kerana ketika saya memulakan kempen #SorokRemote itu, drama Patahnya Sebelah Sayap sudah mula ditayangkan tetapi Suri Hati Mr Pilot belum ditayangkan lagi.

Aeril berkata, beliau tahu setiap drama yang ditayangkan ada pengikut tersendiri dan adalah menjadi tugasnya untuk mempromosikan drama lakonannya.

Saya memang kerap mempromosikan drama lakonan saya itu di Instagram, namun tidak pula berniat untuk menjatuhkan drama lain atau mengajak penonton supaya tidak menonton saluran lain.

Kami sejujurnya berpendapat Aeril tidak mempunyai niat untuk menyindir drama Suri Hati Mr. Pilot. Kadang-kadang peminat fanatik sesebuah drama itu kena relaks sedikit dan tidak membesarkan sesuatu perkara.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...