Written by Bella | February 15th, 2016

Lima tahun mendirikan rumah tangga, Noh Salleh dan pasangan Mizz Nina tidak berhenti diasak dengan soalan berkaitan cahaya mata. Namun, pasangan ini tidak pernah merasa tertekan dan semakin hari semakin bahagia bersama.

Alhamdullillah, walaupun belum dikurniakan zuriat, kehidupan saya dan Nina tetap bahagia. Saya tidak mahu mengambil pusing tentang pendapat orang mengenai kehidupan kami.

Noh juga memberitahu, mereka sudah mencuba pelbagi alternatif untuk mendapat zuriat sejak beberapa tahun lepas, cuma belum ada rezeki untuk bergelar ibu dan bapa.

Sebenarnya, kami sudah cuba bermacam-macam kaedah untuk tujuan itu tetapi belum ada rezeki untuk timang anak setakat ini. Saya yakin dengan perancangan Tuhan, Dia lebih tahu segalanya.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin mendapatkan anak. Namun,  ada yang cepat dan ada yang lambat. Teruskan istiqamah dan berusaha serta memohon doa kepada Allah SWT untuk dikurniakan rezeki.  Peduli apa cacian masyarakat, kita yang mencorakkan kehidupan kita sendiri.

Sumber Berita: Kosmo!

26 responses to Saya Tetap Bahagia Dengan Nina Walaupun Tiada Cahaya Mata – Noh Salleh

  1. Fazura says:

    saya doakan supaya kekal dalam rahmat Allah…. dan juga mendapat keberkatan dalam kehidupan…. ape yang penting keberkatan itu.. doakan saya juga .. sayangi dirimu

    0

    0
  2. aku says:

    suka sgt dgn pasangan ni..semoga bahagia hingga jannah..

    0

    0
  3. melati says:

    walau pun Kaya Raya tapi tak ler poyo….mcm mangkok Che Ta…& Neelofa berlagak kaya penipu…

    0

    0
    • kerabu says:

      kan…. org yg baru nak jadi kaya selalunya mmg camgitu…yg kaya xde la nunjuk coz dh tau dia kaya…aku mula kenal dan suka dia sbb satu program tv pasal islamik kt oversea, dia jd host, sedap telinga dgr dia kecek omputih…

      0

      0
  4. Anonymous says:

    its ok mizz nina & noh..anak pun 1 bentuk ujian juga sebenarnya..walaupun mungkin tak dapat doa anak kandung tapi ada beratus2 doa anak palestin, syria dll yang mendoakan kalian

    0

    0
  5. Anonymous says:

    bukan tiada cahaya mata, tetapi belum ada rezeki nak ada cahaya mata. InsyaAllah, teruskan minta dpd Allah.usaha dah tawakal. moga dikurniakan rezeki anak tak lama lagi..memiliki anak adalah impian setiap pasangan. Amin.

    0

    0
    • minah jambu pet lovers says:

      noh nak kena kawin lagi satu macm ashraf dayana n sakinah untok dapat baby…cuba noh usaha cara begini pulak mungkin Berjaya sapa tau kan..selamat mencobaaa…

      0

      0
  6. Shafwti m zn says:

    Korang ni lupa ke dulu Nina ni pernah nyanyi dalam HENESSY SHOW ???
    Da la ..
    Tk payah nk step Alim nok.

    0

    0
  7. alia says:

    Insyallah rezeki akan ada ……tak perlu fikir sngt……apa perubahan yg di lakukan oleh nina amat diberkati. …..saya amat bangga dgn dia ……..sentiasa mendekati diri pada allah….saya akan doakan semoga nina Dan noh cepat timang anak

    0

    0
  8. Anonymous says:

    mg Allah Swt mgurniakn kesejahteraan dunia dan akhirat kpd Noh & Mizz Nina..amin yra..

    0

    0
  9. love says:

    takpe,mungkin allah bagi peluang kumpul ilmu banyak2,tolong orang2 yg memerlukan.
    nnt insyallah boleh bimbing zuriat korang dgn baik.insyallah,berkat doa nnt ada juga akhirnya.kalau lagi overthinking,takkan kemana.

    0

    0
  10. Lara says:

    Antara artis2 berhijrah,paling suka Mizz Nina..sempoi je dia..biler dia cakap pasal penghijrahan dia, she speaks through her own experience and jadikan dia sendiri sbg contoh..bukan mcm ade retis2 yg x sedar diri,baru hijrah,nak sekolahkan org lain pulak sedangkan diri sendiri belum cukup ilmu..Mizz Nina kalau cakap humble je org dia,walaupon berlatar-belakangkan keluarga berada..mmg salute sebab keikhalasan dia berubah is shown through her actions..x kisahla zaman lalu dia,it’s all abt moving forward :) Semoga dia and noh dpt zuriat, InsyAllah :)

    0

    0
  11. Shafwti m zn says:

    Podah la .
    Nk step baik .
    Yg ko berjoget gan pit bull tu ?
    Yg terhegeh hegeh pat Miami tu ?

    0

    0
  12. Anonymous says:

    betul..macamni la suami yang setia..ad sesetengah tu asal xde anak ja terus nak kahwin lain..hampeh..

    0

    0
  13. Anonymous says:

    syukran Alhamdulillah Allah lagi maha mgtahui..rezeki ada kat apa sja kt mna2 bukan rezeki zuriat tapi rezeki kebahagian..kesabaran dan kedekatan kita kpda y maha pencipta..itu y penting smua milik dunia adalah bonus bgi kita manafaatkan bekal utuk akhirat nnti..tapi ttp doa dan usaha..kerna Allah suka kpd umat y meminta dan berdoa..Kerna Allah tak akan jemu..

    0

    0
  14. SHEILA LIEZA says:

    Suka tgk couple ni..in sha allah ade rezeki x kemana.. moga bahagia dunia akhirat.. nak sangat jumpa couple ni..

    0

    0
  15. farah says:

    aku tak paham orang kita ni. takde anak masalah, belum ada anak masalah, ada anak pun masalah!

    0

    0
  16. Shafwti m zn says:

    Org kaya buat apa pun org sanjung.
    Padahal lebih 10 kali baik mek habsha tu

    0

    0
  17. Anonymous says:

    the best couple forever!

    0

    0
  18. ifeelyou says:

    InsyaAllah semoga dimudahkan rezeki utk dpt zuriat Noh & Nina :) xpe..sabar je..:)

    0

    0