Written by AbangNara | May 21st, 2015

Ok Abang Nara dah check artikel sebelum ini tentang luahan hati Abam terhadap Ogy. Abang Nara tidak menggunakan perkataan ‘berang’, ‘marah’ atau sakit hati. Jadi Abang Nara bukanlah blogger yang dimaksudkan oleh Abam. Fuh!! Selamat. Tidak mahu para peminat dan kak Ogy terus salah sangka, Abam telah tampil membuat penjelasan tentang statusnya di Instagram baru-baru ini. Secara kesimpulan, Abam tidak berang tetapi sekadar tersinggung dengan kritikan yang diterima.

bocik

Ternyata ada blogger lain yang membuat andaian sendiri dan menggunakan perkataan berang sehingga membuatkan Abam kecewa. Apa pun status tersebut telah pun dibuang oleh Abam. Abam juga turut menerangkan bahagian kritikan daripada kak Ogy yang membuatkan dirinya tersinggung. Kata Abam:-

Saya tak faham kenapa kritikan kak Ogy perlu dijadikan isu? Ya, saya mengaku memuatnaik status mengenai kritikan kak Ogy kerana tersinggung. Saya ambil keputusan untuk memadam status berkenaan kerana saya nampak di sebuah blog hiburan yang mengatakan saya berang dengan kak Ogy.

Itu satu fitnah! Berang dengan tersinggung dua perkara berbeza…Jangan kerana mahu melariskan blog, mereka jadikan orang lain sebagai mangsa. Apabila mereka menggunakan tajuk yang begitu, macam-macam andaian orang buat. Saya sendiri terkejut apabila membacanya.

Terus-terang saya katakan, saya cuma tersinggung dengan ayat…Bocik menang atas undian peminat bukan sebab persembahan…itu sahaja. Setiap minggu kami struggle cari bahan untuk berikan yang terbaik. Andai tidak kelakar, kritiklah apa pun…Selama ini pun kami terima kritikan dengan hati terbuka. Malah kritikan kak Ogy itu kami jadikan sebagai panduan agar tidak lupa diri.

Saya tak sebut pun nama kak Ogy dalam status yang saya muatnaik di Instagram. Blogger buat andaian sendiri yang kononnya saya dan Fad marah dengan Kak Ogy dan benda ni jadi kecoh sampai masuk surat khabar. Sebagai seorang manusia biasa, biasalah jika tersinggung…Saya tidak mahu kerana laporan tidak betul di blog, hubungan dengan orang lain bermasalah atau orang anggap kami (Bocey) lupa diri

abam bocey

Biasalah Abam dunia hiburan. Segala apa yang kita lakukan, tulis dan muatnaik di laman sosial, pasti akan dijadikan bahan cerita. Lebih-lebih bila ada sesuatu yang boleh dikaitkan. Itu yang ramai selebriti mengambil langkah berhati-hati sebelum memuatnaik sesuatu. Diharap kontroversi ini tidak mematahkan semangat Abam. Semua ini asam garam kehidupan sebagai artis. Teruskan melawak, tetapi kalau boleh kurangkan lawak fizikal. Semoga terus maju jaya. Sumber Astro Gempak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Saya Tersinggung, Bukan Berang Dengan Kak Ogy – Abam

  1. anonymous says:

    first comment!!

    0

    0
  2. Anonymous says:

    pedulikan Abam, yang banyak merapu tu sebenarnya die hard fans Jepp,bila Jepp tersungkur kalah pada kou Abam,tu yang peminat Jepp merapu rapu meroyan sakan…wakaka..GO TO HELL SEPAH.

    0

    0
  3. sakit nye tuh disini says:

    gemok is masemm..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    “Saya tak sebut pun nama kak Ogy dalam status yang saya muatnaik di Instagram. Blogger buat andaian sendiri yang kononnya saya dan Fad marah dengan Kak Ogy dan benda ni jadi kecoh sampai masuk surat khabar”—>yg ni aku krng stuju. mmg lah tak sbt nama. takkan brani sebut kannn..tp semua org tau status tu ditujukan kpd siapa selepas apa yg berlaku. nak slhkan blogger2 100% pun tak blh juga. dah mmg keje mrk suka buat entry guna tjk yg dpt menarik perhatian org. lg satu, takkan tak paham2 sikap sesetngh blogger kat msia ni. jadiiii…lbh baik jgn post benda yg mcm tu…sng cite..

    0

    0
  5. miss venezuela says:

    Stop blaming others abam… when u decided nak meroyan kat laman sosial..org sokong org kutuk U kena terima…Same thing when U decided nak kekal berlawak mengata kegemukkan U.. U kena sedar dan terima ada org puji.. ada org maki.. dah skrg u blame bloggers plak.. Kenapa u nak sentap sebab U sendiri yg supply bahan..takkan tak sedar kot media ni byk yg putar alam..bertanggungjawab sket… alang2 lelemak tu dah tebal..emosi pon kena tebal..GEMOK IS AWESOME WHEN YOU KNOW HOW TO TAKE RESPONSIBILITY BASED ON YOUR OWN ACTIONS

    0

    0
  6. ain says:

    BILA DAH TERSINGGUNG PASTI AKAN RASA BENGANGLAH… BENGANG!!!!!!!

    0

    0
  7. lia says:

    Kau dahlah gemok..jgn tunjuk bodohlah pulak.ada org gemok tapi pandai..tapi yg ni…mmmmmm entahlah..tepuk dada tanya selera makn..

    0

    0
  8. Biskut says:

    nk salahlkan blogger la pulak…..serupa para menteri

    0

    0
  9. fairus says:

    kau pun slah gak abam .. simpan sorg dah la bnda tu . klau xtahn sgat .bitching dkt mmber2 trdekat je .. jgn jdi cam sharnaaz ahmad . suma perasaaan xpuas ati nk di post dgan media sosial .. konon2 power . tpi biler kna tgur dgan abang2 askar pasal pakaian dia dkt abp trus kecut .

    0

    0
  10. me says:

    Apa lah korang ni. Kita manusia biasa ada hak untuk luahkan perasaan melalui apa shj ruang yg kita suka. Sbg cnth kawan, allah dll sbg tmpt kita luah perasaan. So kalau stakt kes abam ni apalah sgt. Yg korang nak emo lebih napa sampai nak kena kutuk2 si abam ni. Kalau xsuka diam je. Xyh ckp apa. Lg tambah dosa. Semakin mengarut manusia zaman skrg nih.

    0

    0
  11. ape ni says:

    Ape ni baru popular sikit, tk boleh ditegur ke?
    Ape neh? Ko ingat ko bgus sgt ke?

    0

    0
  12. Si Kurus says:

    Ek eeehhh budak ni, salahkan blog pulak, dah awak tu sikit2 nak luahkan tu kenapa? takleh ambik nasihat dan kritikan and duk diam2 perbaiki diri? Tapi orang gemok2 mmg suka salahkan orang, dia buli orang kurus takper, dia lawakkan diri sendiri takper, jangan orang lawakkan dia, sentap.

    0

    0
    • bibik says:

      ini saya setuju! bukan nak ngata tapi saja nak bitau, adik sepupu saya gemok boyak, cakap mmg laser sehhh, suka buli kami tapi bila kami buli balik sentap hahahaha sian

      0

      0
  13. geng_abam says:

    ye lew… nk komen pun agak2 la kak oiii… mmg abam lawak pew… dr kak ogy marin melawak ngan geng JALOR pasal filem AZURA tu lg hancur… terjerit2… sib baik x tersingkir minggu tu! klu x tersungkur terus kumpulan artis tu! :D

    0

    0
  14. Anonymous says:

    lawak ke?huhu

    0

    0
  15. tak best says:

    Ko memang tak best lah. Next!

    0

    0
  16. mojo says:

    Kalau baran pun memang patut..baru ada respek bila beri komen.

    0

    0
  17. mimi says:

    mmg ler asyik ko je jadi bahan buat org gelak…mcm xde idea lain tu yg k ogy tegur… nk smpai bila lawak korang lebih kn abam jadi bahan…org pun dh muak… tu pun nk sentap ke abam… ko pun rela je badan jadi bahan tiap2 kali prsembanhan.. aku mmg prasan bnda ni dari mula lagi…

    0

    0
  18. koserrr says:

    kalau betul struggle memerah otak, takdelah hasilnya cam sampah or x layak nak disajikan dekat penonton malaysia yg rata2 dah bijak sekarang ni. ambillah contoh dari negara Korea for example, GAG show diorg sangat kelakar tp pada msaih yg sama nampak ilmiah, well thought & planned. kalau setakat nak memerah idea sehari sebelum show, padanlah hasil mcm sampah

    0

    0
  19. nara meroyan says:

    “Biasalah Abam dunia hiburan. Segala apa yang kita lakukan, tulis dan muatnaik di laman sosial, pasti akan dijadikan bahan cerita. Lebih-lebih bila ada sesuatu yang boleh dikaitkan. Itu yang ramai selebriti mengambil langkah berhati-hati sebelum memuatnaik sesuatu..”
    phuii dah le nara..ko sendiri yg tulis dlm blog n reka cerita bukan2….kalo bkn si nara ni bwk cite benda ni x kan tersebar…

    0

    0