Saya Terpaksa Melakonkan Adegan Peluk Kerana Ingin Mengikut Skrip – Ungku Ismail

Hiburan

Saya Terpaksa Melakonkan Adegan Peluk Kerana Ingin Mengikut Skrip – Ungku Ismail

Masih ingat dengan pelakon Ungku Ismail Aziz? Sebelum ini beliau popular dengan drama Teman Lelaki Upahan. Ungku Ismail boleh dikatakan seorang pelakon yang mempunyai karismanya tersendiri dan beliau terdahulu pernah memberitahu enggan menyentuh mana-mana wanita bukan mahramnya ketika berlakon.

Advertisement

Namun, demi menjayakan babak dalam drama Dendam Aurora, Ungku Ismail terpaksa melanggar prinsipnya itu. Ini kerana beliau terpaksa mengikut kehendak skrip drama tersebut yang  adanya adegan berpeluk dan bersentuhan dengan heroin Nabila Huda.

Selama ini memang saya elakkan adegan peluk dan bersentuhan kerana bagi saya tidak perlu pun bersentuhan kerana memadailah sekadar menunjukkan kemesraan.   Tapi untuk drama Dendam Aurora ini berbeza kerana ia susah sedikit dan ketika mendapat skrip, saya tahu ia perlu adegan yang intim.

Jadi terpaksa jugalah, jika tidak, jalan cerita akan lari daripada cerita asalnya. Tapi, apa yang dilakonkan itu ada batasannya dan sesuai untuk tontonan masyarakat negara ini.

Ungku Ismail  memberitahu beliau sudah meminta izin daripada suami Nabila untuk melakonkan babak berkenaan.  Pada masa akan datang, Ungku Ismail berjanji beliau akan mengekalkan prinsip untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita lain.

Orang ramai janganlah fikir negatif dahulu kerana drama tersebut juga belum ditayangkan dan kita tidak tahu babak-babak berpelukan dan bersentuhan antara Ungku Ismail dan Nabila Huda.  Apa-apa pun, harapnya Ungku Ismail dapat mengekalkan prinsipnya itu pada masa akan datang.

Sumber Berita : mStar Online

0718-my-beautifulnara-800x600

Abang Nara ada berita baik nak kongsi dengan korang nie. Bermula dari hari ini sehingga 23 Julai, korang boleh dapatkan 20% pulangan tunai atau cashback sehingga RM100 apabila membuat pembelian menerusi ShopBack. Tak kisahlah korang beli kat GoShop ke, Expedia ke, Foodpanda ke, Zalora ke, FashionValet ke. Nak beli tiket MalaysiaAirlines pun boleh. Secara keseluruhan ada 20+ kedai online yang terlibat dengan offer awesome ini. Syaratnya, kena beli guna kad VISA. Inilah masa terbaik untuk bershopping! Jangan lupa muatturun applikasi ShopBack kalau guna smartphone. Cepat-cepat sebelum offer ini tamat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...