Written by Bella | September 15th, 2015

Pernah melalui saat sukar ketika wujudnya ketumbuhan di antara mata kanan dan di atas hidungya sehingga ia perlu dibedah pada awal tahun lepas,  ia sama sekali telah mengubah Nazim Othman untuk menjadi seorang insan yang lebih baik kini.

Itu merupakan ujian terberat dalam hidup saya setakat ini. Fasa itu buatkan saya sedar banyak benda, menjadikan saya tidak takut untuk berhadapan apa saja kemungkinan. Saya hanya takut Dia. Tapi saya masih ada hormat dekat orang, dulu saya ada rasa takut-takut juga dengan orang. Saya lebih relaks dan menghargai kehidupan.

Apabila saya sakit awal tahun ini, benda itu buat saya makin tenang, tak kisah dengan apa yang mendatang. Saya percaya kepada setiap yang datang itu sebagai ketentuan Tuhan untuk kita semua. Jadi secara automatiknya perasaan nak cepat marah itu tak ada dah. Saya jadi lebih positif.

Berbicara mengenai kisah peribadinya, Nazim sering dikaitkan dengan aktres jelita Bella Dally tetapi mereka seakan tidak pernah mengakui sedang bercinta dan sekaligus membuat ramai pihak yang tertanya-tanya status sebenar hubungan mereka.

Jelas Nazim, hubungan beliau dan Bella masih lagi baik dan aktor kacak itu sama sekali tidak menolak ketentuan takdir jika mereka dijodohkan untuk berkahwin satu hari nanti.

Hubungan saya dengan Bella masih baik. Saya selalu ditanya tentang ini. Tak taulah nak cakap. Saya sampai satu tahap tak mahu kongsi apa pun pasal hubungan kami. Kalau betul jodoh antara kami kuat, InsyaAllah akan kahwin.

Saya teringin nak kahwin. Saya dah pun 31. Bukan sebab umur yang mendorong saya untuk kahwin. Hati saya dah terbuka untuk ada keluarga sendiri. Saya dah bersedia secara mentalnya. Tunggu masa yang sesuai. Kalau jodoh dengan dia, Alhamdulillah.

Kalau sudah terbuka pintu hati untuk berkahwin, InshaAllah perkara tersebut akan dipermudahkan. Siapa tahu memang sudah jodoh Nazim Othman dan Bella Dally untuk berkahwin? Doakan yang terbaik buat pasangan ini.

Sumber Berita: Tonton Extra

17 responses to Saya Teringin Nak Kahwin – Nazim Othman

  1. Anonymous says:

    kawin jer laaa…dh 31pn..dh liat…

    0

    0
  2. Really?? says:

    Dia ni nak kahwin dengan penulis yang banyak silap kat beautifulnara… si Bella??
    OK.lah. Tapi kenapa bibir dia ni birat (warna gelap)? Perokok tegar ke?

    0

    0
  3. lynna says:

    xde siapa dlm dunia ni tiada keinginan nak kawen. melainkan baby or knak2.. bdk2 pn pndai tw men kawen2..*tu time zaman ak la.lol

    0

    0
  4. Anonymous says:

    kalau nak kawin gi lah pinang bella tu…
    takkan bella nak pinang kau pulak..

    0

    0
  5. Dan says:

    kan…sian bella dally…jd coverina…

    0

    0
  6. diva says:

    nak kahwin dh ahkak nazim nih…syabas…

    0

    0
  7. anon says:

    cara hidup,pakaian ,pergaulan,penampilan diri dah tahu siapa ko sebenarnya..takyah lah nak buat statement propa mcm ‘sakit kpala’ ko dulu……artis low mantaliti !

    0

    0
  8. acha sepertibiasa says:

    senang je mok. cara2 dia :

    1) tinggalkan dunia gay
    2) pinang bella dally
    simple!

    0

    0
  9. anonym says:

    pi sedut keluar silikon kat muka tu dulu…..uuuwekkks sangat …muka kak bedahhh sgt

    0

    0
  10. no name says:

    serius laa dia ni gay ????? korg xbaik fitnahhh

    0

    0
  11. zaza says:

    xpayahlah nk pura2 nk kawin, ko kawin jelah dgn boyfriend kau tu.
    kahkahkah.

    0

    0
  12. Anonymous says:

    tak tau kenapa,aku tak berkenan dgn dia ni..tp ramai je ckp dia ni hensem..stiap kali tgk gamba die mcm sesuatu..tak berkenanlah..hahaha

    0

    0
  13. anon says:

    tak banyak peminat rupenya mamat ni……apa lagi tukar profesyen la…

    0

    0
  14. Bellalicious says:

    Oh niat dia baik….
    Hai, this is my name card, Call me :-P

    0

    0