Saya Terasa Bila Dia Kata Saya Sekadar Peminat – Pramugari Digosip Dengan Shahir AF8

Saya Terasa Bila Dia Kata Saya Sekadar Peminat – Pramugari Digosip Dengan Shahir AF8

Sebelum ini, Shahir Zawawi selaku juara Akademi Fantasia Kelapan menafikan dia mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan seorang pramugari Firefly yang bernama Mona Syamimi Samsudin.

Shahir mendakwa Mona Syamimi atau lebih dikenali sebagai Mimi akan memberi kenyataan memperbetulkan keadaan bahawa dia hanya peminat Shahir, dan mereka tidak ada hubungan selain itu. Kepada Harian Metro, Mimi telah memperjelaskan keadaan sebenar, bahawa dia bukan peminat Shahir dan tidak pernah meminati penyanyi yang juga pernah berlakon dalam filem Karak itu.

Advertisement

Sebenarnya saya kawan kepada Shahir. Saya kawan dia, bukan peminat atau penyokong dia.

Kami berkawan, keluar berdua dan keluar beramai-ramai. Kalau peminat atau penyokong, kami tak keluar berdua kot.

Kami berkenalan sebulan lepas melalui Instagram. Saya keluar makan malam dan tengok wayang dengannya. Kami keluar pertama kali memang sebagai kawan. Kami kerap keluar berdua kemudiannya dan ada kalanya juga dia luah perasaan dia, saya hanya dengar saja. Mungkin dari berkawan, kami perlahan-lahan mengenali satu sama lain.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

J”Raja dan Pemaisuri Langkasuka begitu menginginkan anak, hinggakan mereka terpaksa membuat perjanjian dengan Naga Berapi. Tercapaikah hasrat mereka? Apakah perjanjian itu dan apakah yang akan berlaku seterusnya? Jom sama-sama saksikan! Tiket berharga RM 20 (biasa) dan RM 50 (premier) boleh anda dapatkan dengan menghubungi 03-2614 8200 #mysenibudaya”

Ditanya sama ada dia berpendapat Shahir sukakannya, Mimi memberitahu:

Dari pandangan saya, dari WhatsApp, FaceTime dan mesej-mesej dia, mungkin dia sukakan saya. Takkan dia buat begitu pada semua peminat.

Mimi juga mengakui berkecil hati apabila Shahir memberitahu pihak media yang dia hanya seorang peminat:

Saya memang terasa. Kalau dia kata saya peminat takkanlah setiap peminat dia layan begitu, kan? Jadi saya terasa juga bila dia kata saya peminat dan penyokong dia. Ia menyebabkan orang luar rasa saya ini…entahlah. Tak tahu nak cakap apalah.

Sekarang pun saya susah nak keluar, orang cakap saya ini gila glamor lah, apalah.

Saya terasa sebab dia kata saya peminat. Tiap-tap hari I habiskan masa keluar dengan you, you kata I peminat. Macam tak logiklah.

Mona juga mendakwa Shahir menghabiskan masa dengannya keluar dari malam sehingga ke pagi untuk berbual. Kini, setelah perkara ini menjadi viral, Shahir cuba menghubunginya namun dia tidak mahu dihubungi Shahir:

Dia cuba telefon saya banyak kali, malah kawan-kawan saya juga dia dah kacau. Tetapi buat masa ini saya tak nak bercakap dengan dia. Sebab saya terasa hati gelaran ‘peminat’ itu. Tak ada apa nak dicakapkan dengan dia.

Dia nak penjelasan saya, saya dah bagi penjelasan.

Mimi juga mendakwa kenyataan Shahir memberi kesan kepada kerjayanya:

Saya nak beritahu kenyataan Shahir tak betul. Dia harus memperbetulkan kenyataannya bagi tidak memalukan saya dan syarikat saya sendiri. Ia menjejaskan kerja saya sekarang. Saya tak suka.

Apabila dia mengatakan saya peminat saya rasa dipermainkan dan dimalukan. Saya rasa dia kawan, tapi dia kata saya peminat. Selama ni you keluar dengan peminat you ke apa? You mesej rindu semua tu dekat peminat?

Jangan jadi fake. Beritahulah perkara sebenar. Jangan begitu begitu pada media sini, dan begini pada media situ, takut nanti bukti lain pula yang keluar. Saya bukan ugut, saya hanya tak mahu memalukan diri saya. Saya rasa dia yang menjatuhkan saya, bukan saya yang jatuhkan dia.

Mimi mendakwa pernah bertanya kepada Shahir mengenai perhubungannya dengan Erra Fazira:

Dia beritahu dia berkawan dengan Erra. Namun begitu dia mendakwa hubungannya dengan Erra waktu ini renggang, jadi dia ingin berkawan dengan saya dulu.

vlcsnap-2017-10-19-19h11m43s140

vlcsnap-2017-10-19-19h12m06s158

Percubaan Mimi untuk menghubungi Shahir melalui telefon di hadapan wakil Harian Metro tidak berjaya. Video temubual itu boleh ditonton di Facebook Harian Metro:

Terdahulu, Shahir mendakwa hubungannya dengan Mimi ialah sekadar artis dengan peminat. Dia mendakwa tidak tahu menahu mengapa Mimi memuat naik gambar seolah mereka keluar berdua. Dia juga mengumumkan akan berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Malaysia 1994 dan primadona filem Melayu, Erra Fazira selewatnya awal tahun hadapan. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...