Saya Telefon Rita Guna Nombor Zarema Untuk Bercakap Dengan Anak-Anak – Aidil Zafuan

Hiburan

Saya Telefon Rita Guna Nombor Zarema Untuk Bercakap Dengan Anak-Anak – Aidil Zafuan

Akhirnya misteri panggilan telefon yang diterima oleh Rita Rudaini di tengah malam-malam buta terjawab jua. Aidil Zafuan telah tampil membuat pengakuan yang dia menggunakan nombor telefon Zarema membuat panggilan kepada Rita untuk bercakap dengan anak-anak. Selain itu Aidil juga mengakui telah membuat laporan polis terhadap Rita kerana nombor telefonnya dan nombor telefon Zarema telah didedahkan oleh bekas isterinya menerusi Instagram.

zarema aidilAidil juga mempersoalkan penipuan yang dilakukan oleh Rita yang menulis Zarema mengacau dan meng’stalk’ dirinya. Malah perbuatan Rita mendedahkan nombor Zarema telah menganggu privasi dirinya dan isteri. Kata Aidil:-

Advertisement

Walaupun dia tidak menyatakan dalam Instagramnya nombor itu siapa tetapi menerusi kapsyen gambar, dia seolah-olah meminta peminatnya menyiasat nombor siapakah itu. Kemudian dia juga mendedahkan nombor telefon saya pada bahagian komen.

Perkara itu membuatkan saya dan isteri menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali sejak semalam (Rabu) sehinggalah ke hari ini (Khamis) tanpa henti. Ini dikira sudah mengganggu privasi kami,

Diakui saya cuba menghubungi Rita menggunakan telefon bimbit isteri saya kerana Rita telah sekat nombor saya agar tidak boleh menghubunginya.

Saya menelefon dia pun ada sebabnya, mahu bercakap dengan anak-anak tetapi dia tidak menjawab panggilan itu. Mengapa dia nak menipu mengatakan nombor Zarema itu kerap menghubunginya? Saya tidak faham apa tujuan dia berbuat demikian

rita dan aidil

Laporan polis telah pun dilakukan oleh Aidil Zafuan di Balai Polis Nusajaya, Johor. Fuh~~ Nampaknya kemelut yang melanda bekas suami isteri ini semakin meruncing. Kedua-duanya menganggap diri sendiri berada di pihak yang benar. Agak memalukan juga apabila semua masalah mereka dikongsi di media sosial sehingga menjadi bualan ramai. Entahlah. Abang Nara tak tahu nak sokong sapa. Cuma berharap agar kedua-dua belah pihak dapat mencapai kata sepakat yang boleh membawa berkat terhadap anak-anak mereka. Sama-samalah kita doakan. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...