Saya Tegur FFM Untuk Beri Peringatan – Que Haidar

Hiburan

Saya Tegur FFM Untuk Beri Peringatan – Que Haidar

Que Haidar tidak pernah menyangka bahawa luahan pendapat beliau mengenai Festival Filem Malaysiea Ke 27 di laman Twitternya baru-baru ini akan menjadi satu topik hangat. Buat Que, beliau tidak pernah mempunyai sebarang niat untuk menghentam pihak FFM tetapi sebagai satu peringatan kepada pihak berkenaan agar memandang sesuatu perkara dengan lebih serius. Malah, Que juga tidak mempertikaikan sistem penjurian FMM 27.

Advertisement

Pertama sekali saya nak minta maaf kalau ada pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang saya buat di Twitter. Tujuan saya buat tidak lain tidak bukan cuma ingin mengingat-ingatkan kepada pihak yang berkenaan. Bagi saya, kadangkala kita kena saling mengingatkan sebab kalau dibiarkan lama-lama, takut tak ada pula yang nak pandang serius hal macam ini.

Saya terpanggil untuk bersuara kerana rasa sayang dan cinta saya pada industri lakonan. Ini adalah semata-mata kerana keprihatinan saya. Kalau saya tak peduli, saya tak akan ambil kisah dan saya tak akan tegur. Benda macam ni orang akan ingat remeh dan bukan niat saya untuk mempertikaikan sistem penjurian.

Menegur dalam bentuk yang agak sinis, ramai tertanya adakah Que meletakkan harapan yang tinggi agar filem lakonan beliau Ophilia menang.  Namun, filem tersebut tidak tercalon dalam kategori  cerita asal dan kostum terbaik sedangkan mereka yang tercalon didalam kategori berkenaan tidak lah begitu hebat.

Bukan berharap nak menang pun tapi langsung tak tercalon. Itu yang saya hairan. Kalau tengok pada pencalonan top 5, kostum yang dipakai dalam filem-filem itu, semuanya pakaian biasa. Yang tak perlu beria-ia sangat pun boleh tercalon. Nampak jelas sangat kot. Itu yang menyebabkan saya rasa terkilan dan terpanggil untuk cakap. Kalau ini untuk anugerah popular, lainlah. Tetapi kita sedang bercakap mengenai FFM, sebuah anugerah yang berprestij.

Bukan sahaja orang di dalam industri yang angkat ia sebagai berprestij, bahkan khalayak ramai juga anggap ia begitu. Jadi janganlah buat pemilihan tu ikut rasa semata, suka tak suka. Kalau nak buat begitu jangan ada juri, buka secara undian biar semua orang buat pemilihan ikut rasa. Contohnya kalau sesebuah filem itu dipilih kerana kontroversi , popular atau gosip.

Mungkin teguran Que itu ada betulnnya, apa salahnya untuk pihak FFM buka mata mereka dan menerima pandangan orang lain yang ada pengalaman serta jiwa dalam bidang seni untuk kebaikan bersama.  Lagipun industri hiburan serta seni di Malaysia ini kecil, kalau ada idea yang bagus sama-samalah usahakan.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...