Written by AbangNara | October 10th, 2014

Pelakon Rita Rudaini memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, dia tidak pernah meminta cerai dari bekas suaminya, ketua pasukan Harimau Malaya, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak.

Menurutnya, dia tidak pernah meminta cerai sebaliknya hanya mengemukakan tindakan mahkamah untuk Aidil kembali melaksanakan tanggungjawab sebagai suami yang sah pada masa itu.

Dalam jawapan pembelaannya, Rita, 38, selaku plaintif menyifatkan tindakan bekas suaminya itu yang menceraikannya melalui SMS sebagai tidak bertanggungjawab.
rita rudainiJawapan pembelaannya itu dikemukakan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita bagi membalas pernyataan pembelaan Aidil yang diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak Rafie, pada 11 September lalu.

Rita dalam pembelaannya turut berkata, bekas suaminya itu tidak pernah memberitahu atau mengajaknya berpindah keluar dari rumah kelamin yang mereka duduki.

Katanya, Aidil gagal membuktikan pemastautin semasa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling dan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, dalam kes nusyuz dan hak penjagaan anak.

Menurutnya, mahkamah berkenaan membuang kedua-dua kes itu kerana bekas suaminya itu tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan kes itu di Selangor.

Kes itu disebut dalam kamar di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Atrasina Mohd Zahrullail tanpa kehadiran Rita dan Mohd Aidil Zafuan.

Mahkamah menetapkan kes tuntutan itu akan didengar pada 13 November depan.
ritaSebelum ini, Aidil, 27, dalam pernyataan pembelaannya tidak bersetuju dengan tuntutan bekas isterinya itu kerana menyifatkan nilai mutaah RM300,000 adalah melampau.

Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar mengemukakan permohonan tuntutan mutaah itu mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 7 Julai lalu.

Pelakon itu mengemukakan tuntutan nafkah tertunggak RM100,000 terhadap bekas suaminya itu pada Januari lalu dan prosiding perbicaraan bermula 30 September ini di mahkamah sama.

Pada 8 November 2012, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, yang meliputi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Keputusan kes itu didengar pada 10 Disember ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 responses to Saya Tak Pernah Minta Cerai – Rita Rudaini

    • Datin Semahs says:

      pendapat ku.. harap kemelut ni dpt diselesaikan segera. al maklum, si bekas somi dah pun nak dapat baby baru. proses makamah syariah memang sedia termaklum ….lembap. masalah kelewatan ini berpunca dari kurangnya hakim syariah yang bertugas untuk handle masalah yang semakin hari semakin bertambah. al- maklum, hakim syariah tak masyuk macam hakim mahkamah lain..ye dak? oh, sudahkah anda bersedai utk pembentangan Budget 2015?

      0

      0
      • Olga says:

        citer si rita ni sampai tahun depan pun tak habis. result disember 10 baru nak dpt. adoi…tu x termasuk rayuan segala mak nenek selepas tu. aku rasa besok aku tanam pokok apple, pokok apple aku gurantee akan berbuah dahulu then baru kes cerai ni selesai rasanya. bersedia lah utk menguap dan terus menguap….uolsss.

        0

        0
        • Mak Hayam says:

          rita hoi, daripada ko buang masa jadi pengemis cinta yg xde kesudahan, baik kau carik lain la yg kaya2 sikit sis. ko tu masih cantik orangnya, gunakan la kecantikan ko tu cari laki yg berada sikit. jangan meroyan cam perempuan bodoh takde visi. itu pun nak kena ajar ke? contohilah nurul- bekas bini ajai tu hah sis. nah, dpt mat salleh lagi. terus beranak. camtu la. ni ko, tak habis2 tunggu duit susu anak. kami yg baca kicah cinta kau yg hangus pun turut stress.

          0

          0
        • Mami D'Jarum Emas says:

          ni rita, mami ni bukannya apa. nk pesan sikit kat hang ni. hang jangan dok tarik muka baik punya merajuk nanti kat mami bila jumpa. nak pesan sikit ja.

          ni, sudah2 la tu rita hang dok pukui canang pasai kes cerai dgn jantan haprak kamjat musibat tu. orang dok mengata hang la ni. cerita hang yg tak habih2 ni orang dah mula fed up. hang buat la kelas kelas sikit. jangan dok pung pang pung pang sangat. tok sah dok cerita la kat media semua tu. depa tu bukan boleh percaya sangat, belakang hang dok mengata canang nak bagi laku majalah, velog dan suratkabaq depa ja. lain kali cakap “no komen” ja. malu adik beradik hang nanti. satu kampung satu pekan dok tanya awat jadi sampai jadi lagu ni? hang pikiaq baik baik na pesan mami ni. dulu orang simpati tapi jangan sampai orang naik meluat, teruih orang tak suka kat hang. jangan dok buat lagu tu dah na. malu tau dak!

          ni dah panjang dah ni. mami nak siap2 nak pi kedai mas beli gelang sat lagi ni. ok, hang dok baik baik na. itu saja mami nak pesan kat hang. assalamualaikommmm…

          0

          0
      • Fakta Pernikahan says:

        Datin, graduan x berminat kerja di makamah sbb gaji ciput berbanding makamah sivil biasa…dan pulok tuh, bukan si rita ni sajer yg bercerai di msia neh. ex-husband pulak IQ cam budak baru nk ambik PMR…lambat la kes ni bergerak.

        0

        0
      • narathiwat says:

        bila nak abis da………………………………………………….

        0

        0
  1. Anonymous says:

    pompuan gila $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ keluar lagi….

    0

    0
    • tt says:

      komen baik2 boleh x?kene kt kau baru tau..

      0

      0
    • princess says:

      blom kene batang hidung ko kan. kalo di izinkan kene kat diri ko sendiri, tgk mcmana gelagat gila ko pulak…stupid person…

      0

      0
    • Anonymous says:

      Kalau Rita gilakan $$$ seperti yg anda katakan rasanya tak mungkin kot dia Kawin dgn si aidil ni…lgpun $$$ yg dia minta tu adalah hak dia n ank2…dia minta pun dr bapa kpd ank2 dia dan bekas Suami dia…yg peliknya kenapa ramai pula yg Sakit hati? Bukan Rita minta duit dr kta pun…

      0

      0
  2. cik kembang says:

    Bila la nk sudah cerita minah poyo dengan mamat poyo 2 ekor ni. adoiiii..meluat betul la. hakkktuiiiiii…

    0

    0
  3. bulan says:

    Go Rita, kalau benda yang benar, Allah permudahkanlah segalanya untuk mu dan anak-anak..Amin.
    Ajar sikit manusia yang hipokrit macam Aidil and the family.. lebih-lebih lagi isteri baru dia yang konon maintain BAGUSSSSSSS. Kebenaran akan terungkai tidak lama lagi…. Malaysia nie ada undang-undang, bukan ikut suka mak bapak diaorang je nak kata u pompuan gila $$$$$.Jenis yang bercakap macam nie semuanya jenis yang kurang faham tentang agama atau pun langsung tak tahu pasal agama. You can do it Rita, allah setiasa berada bersama orang yang sabar dan benar.

    0

    0
  4. badang says:

    memang kau x minta cerai..kau dh tua bangka..saper nak kat kau lagi..alik2 kau nak salahkan ex kau..meroyan x tentu pasal..ke ni cr baru nak cr gelamer..kalau kau baik ..kau blh minta cr baik..cpayah nak citer citer bodo ni kat media…koh3x

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku rasa kau yang bodo. dia nak tuntut 300k tu sbb diceraikan tanpa sebab, tu mmg boleh tuntut. so dia kena la ckp bkn dia yg mintak cerai kat mahkamah. benda ni prosiding mahkamah, bkn cerita kat media. media masuk mahkamah amik buat cerita. tu pun x reti2 ke??

      0

      0
  5. Cik comot says:

    bila la nak habis cite janda gersang nie…mengeluh sambil tunggu next gosip please

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bodoh punya org….janda yg gersang ko kata 2 adalah omak ko…..ko tk ingat ke kejadian omak ko main dgn tiang lampu kat dpn balai raya hari 2………comot hoooii

      0

      0
  6. bedah bedot says:

    Cerita pasal janda ni banyak episod….. memang la tak abis2. Kasi kawin je, lega la tu.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Heh!! igt pmpuan gersang sgt mcm jantan.. asik pk psl kawen lain ja.. Rita ni nk tuntut hak dia.. lantak dia la. bt pengajaran utk jantan2 yg asik nk kawen lain ja. tanggungjwb ntah ke mana…

      0

      0
  7. narabongok says:

    ape kena mengena ko letak gambar dia dgn wife dia skrg. ko ni mmg suka melaga lagakan org.

    0

    0
  8. ms.tulip says:

    boring nyerrr…next!!!!

    0

    0
    • Mimimimimimi... says:

      Kalau ko boring jgn baca blog gosip ni bodo!!! Jgn bukak langsung bodo!! Jgn komen trus bodo!!
      Menyampah aku ngan ko nih bodo piang!!

      0

      0
  9. abam roshaannn says:

    xpe rita kite kan kamcing..boleh belai2 lengan abam waktu siaran GALAXY tu kan..nanti i produce citer utk kite dua orang k. Jgn risau lepas ni rita boleh usap2 dahi i plak k. biar semua krew TB 3 tengok k.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    rita diceraikan tanpa sebab..? itu pada pedpt rita ler… mgkin dia x mintak cerai scr direct tp kalau dilht dr apa yg jd… dgn dia duk bercerita pong pang pong pang pasai keburukan aidil.. makayah aidil.. sms aidil msh lagi jadi suami dia. jd to dikira camno too..? sebagai lelaki, kamu masih ada isteri n isteri kamu berperangai mcm ni.. ceta seolah x ada lngsung kebaikan kamu.. adakah kamu masih mahu trs mnjdkan dia isteri kamu.. pleze la… amik iktibar cerita nabi ibrahim dgn menantunya..

    0

    0
    • aku syg nabiku says:

      Dh perangai emak bapak mentua dan suami mmg buruk…kalo simpan nnti makan dlm…tk kan nk simpan kot….mkin rita pon dh lama tahan jdi dia luahkan le sbb dia pon dh tk de hati lgi nk jdi isteri pd suami yg tk matang dan hadap mentua yg jdi batu api dlm rumahtanga dia…..nak ambik iktibar dgn cerita nabi ibrahim mkin tk sesuai kot…jauh beza perangai nabi dgn emakbapak mentua yg jdi batu api ni…..jauh sikap ank nabi dgn perangai si aidil ni….jauh…jauh sunguh…..

      0

      0
    • dia ni bodoh ke apa says:

      Nak ambik iktibar pon agak2 le…buat perbandingan yg setara perangainya….jgn menyokong spai tk boleh berfikir logiknya…..plzzzzz leeeee…

      0

      0
  11. a says:

    let it go….~~~ let it go~~~~

    0

    0
  12. huhuhu says:

    Sabarlah kak rita ……kalau orang dah xnak kita biarkan je lah …harap kak rita tabah mengharungi dugaan ni..semua yang terjadi adalah kehendak Allah…merelakan , menerima dan redha dengan apa yang terjadi lebih baik.. terima qada’ dan qadar Allah..

    0

    0
  13. I am Kerani says:

    Rita nak tuntut nafkah /nafkah tertunggak anak2 itu aku stuju. xde persoalan!! hak anak,ttp hak anak… tapi aku x bekenan cara si Rita ni Ade beberapa point y buat aku x phm ngan kes Rita ni
    1. Rita x nak cerai,tp duk canang2 keburukan si bekas suami
    2. Kalau beriya reporter tanya psl kes -dia boleh je jawab ‘no komen’ dari burukkan situasi.
    3. sekali bekas laki die buat stetment (itupon sbb jawab stetment die balik) – 5 statements die balas..
    4. Aritu ada baca jgk dlm BN ni psl “Cuba kalau saya kerja kerani” n sehari 2 lepas ade terbaca lg Rita ade syarikat/peguam/produk2 kecantikan die sendiri. Maknanya,die bkn hidup melarat. Masih berkemampuan walaupon sederhana. – Masih aku ingat stetment “anak2 sy kurang makan nasi cuma makan KFC,nugget dll’
    5. Aku becerai dgn exhasben dh 3 tahun. tahun pertama naikturun mahkamah,last2 aku pk.Dari sakit otak sbb x dpt kerjasama dr suami. Biar Allah y balas. aku redha cari rezeki utk anak2. takyah lah aku mengemis mcm mintak sedekah. Hatipon tenang….Insyaallah

    0

    0
    • nasib baik ko kerani says:

      kak..memula nak ckap takziah la sbb jodoh akk x pnjg..
      tp meh sy nk tlg terang kat akk supaya akk lbih pham before nk komen..
      1- die x nak cerai tp aibkan suami = sarang tebuan jgn jolok kak..klu x sebab kluarga mertua die xmulakan dlu..die pun aman bahagia..n aidil sbgai “suami ketika itu patutnye jernihkan keadaan bukan pg mnyusu balik kt mak dan mnyulitkan keadaan (time ko bawak die lari siam x plak aidil tu pk mak bapak plak)
      2- repoter tye die jwab = ko rase wartawn tu akan diam je if rita jwab ‘no komen’??
      3-laki die balas statement= tu pun die balas ngn mngauta/memutarbelitkan cerita..mmg ptt la kne reply balik berdas2 by rita
      4-rita just ckp KALAU DIE KEJE KERANI cmne die nak sara keluarga die dengan pragai aidil yg mcm tu..bukan die ckap die mmg kerani cik kak..hakikat nye mmg die mampu..TAPI die tuntut jgk sbb xnak aidil tu lupe tanggunjawab sebagai ayah pde 2 benih yg die da semai..jgn suke buat anak tp lpas tnggungjwab
      5-akk pun ade pngalam bercerai n trun naik mahkamah + dpat laki spesis aidil tp sygnye akk x bole pham hati pompuan yg senasib ngn akk. sorry la kak sebab kononnye xnak sakit otak pk bnde xsudah (mcm kes akk) akk mnggalakkan lg spesis2 lelaki jeni kawen cerai +lepas tanggunjwab membiak dengan jayanye. sbb kite pompuan duk la redha..redha..redha tp xde usaha nk lawan balik..betol kite pompuan..jage aib..jage adab jage mulut segalnye kene jage tp x bermakne kite terlupa kite jugak MANUSIA yg yang ade hati prassan..kite jugak manusia yg ade hak (sebab malaysia ni ade undang2..undang2 n hukum Allah tu bia Allah je bg gnjaran nye,kite x leh masuk campur keje ALLAH..) skang sy ckap undang2 dunia,undang2 manusia..Jangan sampai HAK SEBAGAI MANUSIA pun dinafikan sebab nak terlalu redha.

      0

      0
  14. Move On says:

    kejutkan aku bila makamah dah buat keputusan ye….

    0

    0
  15. Mak jemahhhh says:

    she fight for her son..lagipun apa yg aidil buat tu tak kena..nafkah tu wajib bagi even bercerai sekalipun..apa yang kita buat sekarang tak mustahil akan jadi kat kita balik one day..Allah maha adil ingat tu

    0

    0
  16. conflake says:

    walopun dah bercerai..bekas isteri ade hak utk menuntut.. atleast rita berusaha sndri utk cri duit tanggung anaknye sejak bapak diorg tglkan tanpa duit.. masih suami isteri dl tp skandal dgn isteri skrg.. isteri mne xbisg kalo suami amik xpeduli keadaan dirinye n anak2.. kalo bf gf pun dah terasa..inikan dl suami isteri.. bangga dgn rita sbb die berusaha besarkan anak sndri dgn kos sara hidup skrg..dgn tiada gaji tetap setiap bulan..
    anak dlm perut isteri skrg same taraf dgn anak2 rita..jgn bandingkn anak2.. rezeki anak2 Allah yg tetapkan.. jgn smp Anak doakan yg xbaik utk bapak sndri,.. ade hikmah knape rita dikurniakan anak LELAKI…

    0

    0
  17. Selamah says:

    tulahhh…kang kata saper suruh kawen dgn anak ikan beringus kata dah jodoh….konon cinta lah sgt kan…mcm che ta takper lah dia bleh kontrol zain…yg rita ni nak kontrol camana..dpt pulak football player kan….nama pon player…jumpa yg lagi rasa mendebarkan dada tinggal lah yg tua “cengey” ni….moral of this story…mmg kalau dah jodoh tp jodoh pon pilih laa dari yg sekufu….

    0

    0
  18. lalala says:

    aidil bayar jelah…ssh sgt naper..pelik aku..dah terang2 gaji ko byk…jgn lah kedekut sgt ngan anak2…be fair to them

    0

    0
  19. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Kalo org gila dpt cm rita tu xyah mntk cerai pon wajib diceraikn..kurang ajar,xpndai hormat suami,org tua apatah lg…woi nara ko jgn nk delete komen aku plak..dh 2 komen aku ko delete..kipas x mati rita betoi ko ni kn

    0

    0
    • menyampah says:

      ko tu sempurna sangat ke..meroyan macam la rita tu kenal ko

      0

      0
      • eeee meluat ! says:

        aku rasa ko yg meroyan , lg atas sampai bawah .. komen ko je . ea2 sgt backup rita tu dah kenape ? mcm ko lak rita

        0

        0
        • kiki says:

          Yg ko pulak dh kenapa….sentap atas bawah…..rita pernah tolak cinta ko ker…ooppsss ko pondan tua mulut puaka 2 ye….pondan mana noleh masuk syurga nabi tk mengaku umat….

          0

          0
        • eeee meluat ! says:

          pakai nama kiki la pulak . sentap ker ? kahkah .. bila fan rita baru nak berlajar jadi penbela tegar , ni la salah sorang contohnya .. komen menbabi buta .. dah macam org bodoh aku tengok ..

          0

          0
  20. Tok Kay says:

    stim nya…

    0

    0
  21. Kak Mala says:

    Tak sudah sudah dia org berdua ni….your marriage is long over…get over it lah. move on and stop being bitter Rita oii! It will eat you up inside…let it go..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Mmg rita dh let it go dh sbb 2 dia tk kisah bercerai….dh 3 kali pon dia bercerai…no hal punya….tpi bab hak ank2 dia mana boleh let it go…sbb benih 2 dri siapa kena le tuntut….jgn pandai tabur benih jer sana sini cam anjing….kita maknusia kena le ada tgjwp dgn keturunan kita…2 yg bezakan manusia dgn binatang….go rita…go….

      0

      0
  22. Anonymous says:

    Aidil pernah kata yg Rita berbelanja ke atas anak lbh dr kemampuan…dia pernah mempertikaikan Rita yg bawa ank2 ke hospital Swasta prince court yg bertaraf 5 bintang sedangkan byk lg hospital yg lbh murah…jd sy nk tunggu dan lihat adakah isteri baru aidil Akan melahirkan bb baru di hospital yg lbh murah dan ank barunya nanti tdk dilimpahi kemewahan dan Hanya diberikan keserdehanaan seperti yg diharapkan oleh aidil…atau pun isteri baru pun sama keadaannya dgn yg Rita semua tanggung sendiri…sy lihat apa yg aidil cakap mmg tak serupa bikin langsung…ank2 dia suruh Rita ajar cara bersederhana mentang2 Rita minta duit dr dia…sedangkan aidil sendiri dr atas sampai bawah semuanya brg berjenama…dia blh berbelanja mewah tapi nk ajar ank bersederhana…nmpk sgt selfish dan kedekut

    0

    0
  23. Anonymous says:

    mmg la rita x penah mintak cerai , tp rita dah saiko otak adil tu sampai ceraikan rita .. bukti ? x perlu la .. tgk je la rita dok jaja aib suami kat org ramai .. laki mana blh tahan ..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Kalo tk nk aib diri kena jaja senang jer, jln kan tjwp dgn ank2…so ex wife pon tk de sbb nk jaja cerita…kalo masa dlm perkahwinan pon asik melarikan diri dri masalah..pas bercerai asik larikan diri dri byr nafkah ank2….cam ner le org tk jaja aib dirikan….

      0

      0
  24. midah says:

    Inilah org tak paham. Perceraian is expensive. apatah lagi kalau dah kahwin lama dan ada zuriat. Korang kena paham tu. it is not easy. Aidil yg tak mature tu memang tak paham pung. Thats is why lawyers in divorce case boleh buat duit byk.

    ini cerita transpired dari mahkamah.

    0

    0
  25. cili says:

    tolonglah seseorang issue waran tangkap utk pemain bola sepak tuh, hahahahahahaha.

    0

    0
  26. […] besar Aidil tampil menunjukkan segala bukti ini adalah kerana kenyataan Rita pada minggu lalu yang mendakwa dirinya tidak pernah meminta cerai daripada pemain bola sepak itu. Menurut Aidil, dakwaan tersebut adalah palsu […]

    0

    0
  27. Anonymous says:

    hmm

    0

    0
  28. nona says:

    Rita memang tak pernah minta diceraikan. Tapi perangai kau tu makcik rita oiii yg meminta2 untuk diceraikan. Meluat.

    0

    0