Written by AbangNara | July 5th, 2012

Rasanya semua orang tahu betapa rapatnya Nora Danish dengan keluarga bekas mentuanya. Setiap tahun, walaupun selepas penceraian dengan Jejai, Nora Danish akan turut serta di dalam holiday trip keluarga mentuanya. Hari ini, menerusi Berita Harian, Nora Danish menegaskan yang dia tidak pernah mengambil kesempatan atas hubungan rapatnya itu.

nora danish

Menerangkan tentang fitnah yang melanda dirinya (kononnya Nora menghasut keluarga mentuanya), Nora Danish berkata:-

Nora akui memang rapat dengan keluarga bekas mentua kerana anak. Mengapa tidak, Nora pernah menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Tetapi Nora tidak pernah cerita apa pun kepada mereka.

Malah Nora menegaskan yang dia tidak menyimpan dendam atau marah kepada isteri Jejai sekarang, Fasha Sandha. Tambah manis apabila Nora mendoakan agar Fasha dikurniakan anak lelaki. Kata Nora:-

Saya cuma mengharapkan Jejai tidak mengulangi kesilapan lalu dan memberikan kasih sayang sama rata kepada anak. Nora berdoa Fasha dikurniakan anak lelaki kerana Jejai mahu anaknya mengikut jejak dia meminati sukan permotoran

nora danish

Semoga dengan penerangan daripada Nora Danish ini, kita semua tidak lagi menyimpan buruk sangka dan menamatkan segala kontroversi yang melanda dirinya, Jejai dan Fasha Sandha. Mereka semua pun sudah bahagia bersama orang yang tersayang. Nora pun dah doakan kebahagiaan Fasha. Fasha pun tampak sangat bahagia bersama Jejai. Marilah kita sama-sama doakan agar kebahagiaan itu akan menjadi milik mereka selamanya.

84 responses to Saya Tak Pernah Menghasut Bekas Mentua – Nora Danish

  1. Choki-choki says:

    Sabar laaa.. ada hikmah semuanya tu

    0

    0
    • HATERS says:

      “Nora berdoa Fasha dikurniakan anak lelaki kerana Jejai mahu anaknya mengikut jejak dia meminati sukan permotoran”

      eleh ko… jejai tak ckp apa yg ko plak nk bercakap on behalf dia kenapa? nmpk sgt batu api ko nora..

      0

      0
    • No name says:

      Sabar ye nora atas kutukan org..Dah terbukti sekarang siapa yang tinggalkan siapa untuk org lain. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & melindungimu. Aminnnn:)

      0

      0
  2. Anonymous says:

    first ~~

    0

    0
    • Choki-choki says:

      Sori ye dik, sy yg first.. tapi kalau kamu nak, amik laa.. sy tak kesah pun.. :P

      0

      0
      • humaimah says:

        apa pun anak nora adalah pewaris sulung jejai…
        walaupun anak fasha nnti adalah lelaki ttp anak nora ttp kepala waris.. anak sulung lelaki….

        0

        0
  3. No Need says:

    Bagus la klo betul..

    0

    0
    • Sasha Sandha says:

      cantik2 pon kena tinggal , sorry ya dona danish i bukan peminat u yg veryderr plastique !!

      0

      0
      • Anonymous says:

        Yla dia cantik, ada rupa and ada duit. Dari kau??? Itulah ssh muka tak cantik (mcm plastik) ada hati nk pertikai kan kecantikan org yg mmg satu Msia tahu dia cantik. Hbs kalau kau bkn peminat pun perlu ke ckp seperti org yg tak hbs belajar?Ingat.. rezeki, JODOH, ajal dan maut ditangan tuhan?
        Suatu hari nanti kalau kau dah kahwin and ada ura2 berpisah… Kau fikir kan lah ‘Eh eh org tak cantik mcm aku pun kena cerai jgk’
        Haha.

        0

        0
      • LAKI MAK SASHA SANDHA says:

        Kalau ko dah kawen pastu laki ko kena kebas org ko jgn lupa cium kaki akak pasha yer..

        0

        0
      • izzah bkn nama sebenar says:

        Kalo die plastik pn, ko peduli hape..? Ko tu lawa sgt ke? Ko lupe ke jodoh, ajal maut tu di tentukan Allah.so kalo Dh tertulis jodoh die sampai situ je, ko sape lak nk pertikaikan..budusssssss!

        0

        0
  4. agro says:

    haha

    0

    0
  5. yaya says:

    first ~~

    0

    0
  6. ecah says:

    betul tu , lau x tau story mory x pyh nk burokkan nama org . n I bkn nk bela nora

    0

    0
  7. Tak habis2 lg ke??? says:

    Gitu ke?

    0

    0
  8. Lisa says:

    Alhamdulillah Nora. In sha Allah kalau tiada dendam dan benci pasti Allah memudahkan lagi perjalanan hidup nora and anak. In fact tak salah pun rapat dgn bekas mentua sbb mereka akan terus menjd ibu bapa kita sampai bila bila walaupun kita bercerai hidup mahupun bercerai mati.

    0

    0
  9. observer says:

    nikmatnya bila kita memaafkan :)

    0

    0
  10. elajb says:

    suke nora..wlaupun dulu fasha penah buat ati nora sakit, tapi nora tetap happy sebab skrg nora lebih matang & tenang, suke tgok nora happy..setakat laki mcm jajai ape la sgt nk d banggekan or nk d sedihkan =) kan, lagi pun nora dah semakin d sukai ramai..ape pun aku tetap sokong nora..love u

    0

    0
    • Lan Todak says:

      Ha ah la btol ckap kau, baru aku prasan . Dia happy tu pasal la dia dengan snang hati pose seksi dkat majalah n clubbing smpai kul 3 pagi … klau dia sdih , dia duk rumah jaga anak je .. aku suke tgok nora happy sbb aku pn happy gak tgok gmbo dia tu …. , ..to nora.. semoga happy selalu

      0

      0
      • Lan todak kepala hotak says:

        Itu semua cerita lama. Tak baik buka aib org. Dia happy dia sedih kau tetap tak dapat dia!!! Muahahahah kesian kau. LAN TODAK KEPALA HOTAK

        0

        0
      • Arai says:

        g jahanam kau

        0

        0
      • Lan todak bong....p !!! says:

        problem nyer cnie nora heppy..ko tu yg sbnrnye tk happy, busuk ati..dengki.. bongappppp!!!

        0

        0
  11. Lan Todak says:

    “Nora akui memang rapat dengan keluarga bekas mentua kerana anak”

    klau ye pun nk berkate2 cover la skit ayat tu … kang nnti takut ade orng laen plak mempersoalkan klau xde anak macamaner ? xrapat ke … ? terus putus hubungan ke ? …

    juz saying .. fans ND xpayah la nk reply n argue dgan aku plak .psal bnde remeh-temeh ni .. itu pndangan aku

    0

    0
    • Anonymous says:

      Fans tak fans aku rasa statement kau mcm nk back stab org !! This is no good babe. Rapat sbb anak pun kau nk hangin kan?? Hbs kalau takda anak dlm statement dia apsal???? Kau nak benci dia ??? Dah mcm kau pulak hebat kan semua benda nak argue. Chill

      0

      0
    • Man todak says:

      statement ko nie..nmpk sangat dengki dn tk nk mgaku fan fasha cuii!!!
      c todak c todak..

      0

      0
  12. xyz says:

    benda dah lepas jauh sangat lah. abangnara jangan lagi ungkit cerita macam ni.

    0

    0
  13. cabai melaka says:

    masak la ko fasha klau dpt ank prempuan… waris kuat kalo ank lelaki… lagi la mertua bt xtaw..kekeke..berlagak sgt!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bg aku, cucu laki ke..pompuan ke..sume sma..aku x rasa parents jejai akan bt xtau once fasha dh brsalin n dpt anak pompuan…cucu tetap cucu…parents jejai mybe still bnci fasha..tp xsmestinya dieorang xkn pndang cucu yang pompuan 2…ape yg aku nmpak,,parents jejai nie jnis yg syg cucu…pepon,,just wait n see jela…aku plak doakan fasha dpt ank pompuan..aku xsuka prangai die..tp die cntik..n klu dpt anak pompuan msti comel…

      0

      0
    • Anonymous says:

      wei cibai melaka, ko jantan ke betina? ko ade anak lelaki?

      0

      0
    • embok ketum says:

      Anak laki ke perempuan ke, itukan rezeki dr ALLAH.. Knp nk dipertikaikan? Sbb nk waris harta dunia? Waris utk akhirat x nak ke?

      0

      0
  14. ain whiteberry says:

    ramainya penyokong ambil laki orang…sedarlah..si fasha bahagia skrg atas bekas laki org….cerita belum ada ending lg…baru start je jalan citer die… kat dunia ni what u give..u get back… janji nora danish xkaco hidup si fasha dulu…so nampak sgt sapa yg BUSUK HATI k!!! (bela abis…hehehe)

    0

    0
    • jodoh ditangan Tuhan says:

      pelik la jenis yang suka cakap ambil laki orang.. ambil laki orang..

      once u married x semestinya itu jodoh sampai mati.. mungkin di tengah jalan berpisah (aik, masa kawen kemain cakap “sampai dah jodoh dia”.. then bila cerai pandai plak cakap “dah bukan jodoh nak buat macam mana”)..

      Tuhan yang menentukan segala nya. Mungkin jodoh Jejai ngn Fasha. tapi sebelum jumpa jodoh mati (hopefully), hati jejai rasa Nora Danish yang pertama dan yang terakhir. siapalah hati manusia untuk menepis ketentuan Tuhan. diberikan “sebab” oleh Tuhan untuk perpisahan itu bagi menemukan jodoh yang tertulis di luh mahfuz..

      0

      0
      • Anonymous says:

        aku xsetuju part yg kata fasha amik laki org, sbb fasha kawen ngan duda bukan laki org.

        but aku setuju yg ‘terms’ amik laki org tu mmg wujud. yes jodoh sudah ditentukan, tetapii klu ko mmg dh jadi perampas laki org or pengambil laki org, mmg taraf ko tetap perampas laki org. klu itulah yg jadi ‘sebab’ utk bertemu jodoh ko, nak xnak ko tetap di cop perampas jugak.

        bila ko angkat sgt martabat seorg perampas dgn menyatakan jodoh pertemuan tu sudah tertulis di luh mahfuz, mungkin ko pun kene mengangkat martabat pencurik, pembunuh, perogol sbb tu kan semua dh tertulisssss kannnnnn…

        menganggu rumah tangga org, menyebabkan keruntuhan rumah tangga org tetap haram dan berdosa. xtau laaa klu ikut agama kau semua tu halal, semua tu ‘takdir’ semata2 so x berdosa. tapi dlm islam, haram bercinta dgn suami org atau isteri org, klu nak kahwin lebih dari satu pun ada caranye, bukan dgn bercinta sebelum kahwin.

        ingat, ape yg kita pilih kat dunia ni atas tangan kita, klu semua nak salahkan takdir, nk ckp eh aku jd mcm ni sbb semua dh tertulis, mungkin korg kene taubat nasuha. dan pergi menuntut ilmu balik.

        0

        0
    • boboy says:

      i dont think fasha ambik laki orang. rasa2nya sebelum jejai kahwin dengan nora danish dia memang bercinta dengan fasha sandha. it’s just that maybe keluarga nora danish dengan keluarga jejai especially mak dorang rapat, so they arranged the marriage. but it couldnt work out. just a two cent words saja.

      0

      0
      • Kurus says:

        aku plak dr dulu heran naper org lelaki tk ada ‘gelaran’ dlm hal ini?
        korang ni agak berat sebelah

        0

        0
  15. Anonymous says:

    nora danish terbaik .i always support you.. :)

    yg dok mengata nora tu yg busuk hati..nk mengata kat nora konon..ibarat cakap dengan cermin…cara kau orang duk kutuk nora dah tahu hati korang yg busuk sebenarnya..ish2

    0

    0
  16. maya says:

    assalamualaikum.. wow.. byknyer pahala yg nora dpt.. abg nara n yg kutuk dpt ek..

    0

    0
  17. maya says:

    “dapat apa ek”

    0

    0
  18. italiana says:

    eh..korang xtau ke a perempuan even kita bercerai or suami mati hubungan dgn mak n ayah mertua tu xkan putusla..kita still kene hormat dia cm mak ayah…xtahu ek?? Ni buat2 kalian yg cetek agama p;astu tau memfitnah ajer.. Soalan 7 : Adakah mertua dikira mahram?

    Ya memang mertua dikira mahram. Walaupun hubungan suami isteri sudah putus kerana perceraian contohnya, mertua tetap dikira mertua. Mereka wajib dihormati. Walaupun selepas perceraian, mereka dianggap sebagai bekas mertua, tetapi diharamkan mana-mana lelaki untuk berkahwin dengan mertua/bekas mertua. Inilah yang dapat difahami dalam ayat Al-Qur’an Surah al-Nisa’ Ayat 23 bermaksud : “Dan (diharamkan) ibu kepada isteri kamu”

    0

    0
  19. aiseyman... says:

    anak lelaki ikut bapaknya dlm sukan permotoran tak per la… jgn anak lelaki ikut bapak yg kaki pompuan cukup la…

    0

    0
    • pizza says:

      Super like…. hendaknya anak tu ikut sifat yang baik2 jer, yang x molek tu jangan lekat skali. Parah la kalau like father like son dlm semua perkara…

      0

      0
  20. wakaka says:

    lantak kat dialah … yg kau org pula yg lebih2 apahal pula… kau org pula yg rasa sakit hati kenapa… nilah bangsa kita suka nak menyibuk hal org lain… apa celop.
    kita patutnya mendoakan yg terbaik buat sesama insan bkn blebih2 mengutuk org.

    0

    0
  21. AntiMediaKlise says:

    mohon pada pihak media x perlu ler nk highlight sgt soal keinginan artis nak anak lelaki atau perempuan.

    benda jantina2 ni bkn leh pilih2 kalau dah mengandung.Kan lebih sedap kalo media highlight pasal keredhaan parents pada anak yang dikandung..lebih indah gitu khennn

    mohon jangan dilahar komen iols ni :p

    0

    0
  22. meeradriana says:

    baguslah..
    camtulah baru nmpk matured..

    0

    0
  23. miss s says:

    X fhm dgn sesetengah mentaliti pengomen
    bn yang condemn statement nd. Wlaupun dorg dh brcerai, takkn iktn silaturrahim yg dh terjalin nk diputuskn? Dn klu btl nd hsut ex mertua jgn trima fs, takkn nye dorg kawen dn bhgia skg. Dn abg nara x perlu lh nk kuar cite2 ni lf. Msinf2 dh bhgia pun kn.

    0

    0
  24. Kentut Plastik says:

    Hi uolls. I orang baru kat sini. Nampak macam iols dgn tukang komen kat BN ni semua boleh kamcing, pasai semua mulut longkang hati busuk! HAHAHA.

    0

    0
  25. to nd says:

    untung nd..rmai org defend..and u deserve it nd :)

    0

    0
  26. Fasha Sandha says:

    Alahhhhhhhhh…… Nora saje jeles sebab keluarga jejai takde cucu pompuan lagikkk, kalau aku beranak anak pompuan mesti Toh Puan mak mertuaku akan cair hati dan sayang padaku, Nora akan dilupakan dan tersingkir masuk longkang kalau aku dapat anak pompuan, Busuk ati si norah nie…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Siapa busuk hati sekarang? Nora ke kau? Statement mcm kau pulak yg ada issue dgn fasha. Kau tu wangi sgt ke hati nk cakap org busuk hati? Cermin diri dulu tgk mulut kau yg serupa longkang itu sebelum nk singkir2 org masuk longkang. Elok lah geng dgn si todak tu menyalak serupa dia pulak yg terlibat.

      0

      0
  27. kak li says:

    sabar nora, akak arap terus suksess dlm hidup, tahniah, kerana tetap hormat mak mentua, jarang dengar org rapat ngan mak mentua. ada pun asyik gaduh mcm rita rudani. jaga perangai juga, supaya org tak pandang serong dn nora. Semoga dapat yang baik mcam suami irma tu, yg juga mangsa lelaki kegatalan.

    0

    0
  28. Xoxo says:

    Anak laki ke pompuan ke sama je.yg penting sihat sempurna.tak habih-habih lg ka crita nd dgn fs ni.udah2 lo.

    0

    0
  29. No One says:

    bawak sabo je la ND…
    jejai pon klu dpt 10 anak ngan FS, anak dgn ND jgn diabaikan…
    anak ND tu anak ko jugak jejai…
    & aku x rasa ND tu giler harta…klu dia giler harta lama dah dia kawen ngan VVIP…
    bkn x de VVIP yg himpit2 ND…
    ape2 pon best of luck ND.. yg penting kita enjoyyy… ;)

    0

    0
  30. bunga says:

    sya pn bercerai disebbkan ada org ke 3, tapi sya sllu maafkn ex husband dan org ke 3 tu sbb sllu pecaya Allah tu sllu mendengar dan selalu ada dgn org yg dianiaya..buat nd, akak doakn kebahagiaan awk dunia dan akhirat dan setiap manusia punya cabaran yg perlu ditempuh utk diduga olehNya…moga Allah memberkati hidup kita smua teutama ibu2 tunggal dan isteri2 yg teraniaya..amin…

    0

    0
  31. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    sape2 pn jngan lah tudoh2 noraaaaaaa kerana hubongan baik nye ngan bekas mak mertua tk bermakna nora menghasot ! buat ape nk buat keja tu semua ! lebih baik tumpukn pada lakonan dapat jugak hasil ! dh lah nora buat bodoh je jngan peduli ape yg orang2 musibot ni cakap ok…tenang2kn pikiran jngan stress tumpukan pada pekerjaan dn anak yg makin membesar n hensem ok………

    0

    0
  32. Amier says:

    Mengejar lelaki kaya untuk kemewahan……tidaklah sehebat sepertimana impian yang diidamkan. Persepsi tentang lelaki dan cara sebenar untuk kebahagiaan hidup perlu diketemukan terlebih dahulu.

    0

    0
  33. jack says:

    Anak menantu diharamkan berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bapa mertua kerana status mereka adalah seperti ibu dan bapa sendiri.

    Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat ke-23, yang bermaksud, “Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibu mu; anak-anak mu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang lelaki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibu mu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isteri mu ( ibu mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’ 04: 23)

    Berdasarkan ayat ini :

    1. Anak menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua tidak membatalkan air sembahyang. Ini kerana ibu bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahram selama-lamanya iaitu tidak batal wudhu’ dan haram berkahwin antara anak dan ibu tiri tersebut selama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua tersebut.

    2. Bapa mertua sama taraf dengan bapa sendiri. Begitu juga dengan ibu mertua adalah sama taraf dengan ibu sendiri.

    Jadi rasanya tidak salah dalam jawapan Nora “Nora akui memang rapat dengan keluarga bekas mentua kerana anak. Mengapa tidak, Nora pernah menjadi sebahagian daripada keluarga itu”. Nora masih menghormati kedua ibubapa mertuanya seperti yang disyariatkan Islam.

    Cuma, berharap agar suatu hari nanti Nora juga menutup aurat seperti mana yang digariskan oleh Islam kepada seluruh umat Islam (kaum wanita)

    0

    0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

      ape kate kite saran kn kerajaan mlysia supaya di kompalsri kn wanita islam mlysia supaya bertudong atau selubong kn bagos …jadi tkde sape leh elak lagi amacm ok ? jadi tkde la asek2 nk cakap pasal isu tudong kn ! suka tk suka kena pakai walau pn tk iklas !

      0

      0
      • jack says:

        Kenapa nak timbul isu “suka tk suka kena pakai walau pn tk iklas !” dalam bab menutup aurat?

        ISLAM MEWAJIBKAN UMAT ISLAM (lelaki / perempuan) MENUTUIP AURAT.

        Di zaman jahiliyah di Mekah wanita-wanita masih belum sempurna menutup aurat dan ramai yang keluar rumah untuk menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga zaman jahiliyah di Malaysia, seperti zaman P Ramlee dulu contohnya, waktu itu masih dikira zaman jahiliyah di Malaysia ini kerana masih ramai yang tidak faham dan tidak mendapat pengajaran agama yang secukupnya kerana banyak faktor.

        Tetapi sangat berbeza sekali di zaman moden hari ini yang mempunyai pelbagai saluran media untuk mengetahui tentang Islam yang sebenar. Tetapi semakin banyak saluran media untuk menyebarkan maklumat nampaknya semakin jahil jadinya umat kita, na’uzubillah. Maka kita lihatlah sekarang semakin ramai wanita yang mempermudah-mudahkan hal berkenaan aurat sehinggakan pernah suatu masa dahulu , SIS (Sisters In Islam) di dalam satu sessi dialog berkenaan Islam Liberal mengatakan “pakaian taqwa itu adalah lebih baik dari menutup aurat”, sehingga meremehkan soal memakai tudung kepala.

        Mungkin mereka berdasarkan kepada ayat ini, “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Surah Al-A’raaf : Ayat 26

        Dan ramai wanita memberikan alasan seperti “don’t judge a book by its cover” dan alasan anda pula “suka tk suka kena pakai walau pn tk iklas”. Tetapi sila tanya mereka kembali, jika kamu nampak sebiji buah nangka yang buruk membusuk, adakah kamu masih mahu memakannya?

        Ya sememangnya nampak bagus alasan yang diberikan oleh SIS & anda di atas, kerana ada juga hadith yang bermaksud bahawa Allah tidak memandang pada paras rupa tetapi pada taqwa. Tetapi sedarkah kita bahawa kita telah cuba mengubah atau mencabut hukum yang diperintahkan oleh Allah sendiri iaitu wajib menutup aurat bagi wanita?

        Menutup aurat dan taqwa adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan, kerana menutup aurat itu adalah tanda manusia itu bertaqwa , walaupun bukan semua orang yang menutup aurat itu bertaqwa.

        Bagaimana mahu dikatakan taqwa sedangkan hukum menutup aurat yang wajib itu senang-senang dilanggar dan diperlekehkan? SIS & anda mesti faham dan rujuk semula apa erti sebenar taqwa.

        Yang WAJIB tetap WAJIB, ianya tidak boleh dipersoalkan lagi. Hukum dalam Islam tidak boleh diubah-ubah apabila ianya telah nyata / muhkam. Semoga kita tidak menjadi seperti umat Yahudi dan Nasrani dulu yang suka mengubah-ngubah Hukum dalam agama mereka mengikut selera dan keadaan semasa mereka.

        Cuba lihat di dalam kitab Bible / AlKitab yang diimani oleh umat Kristian pun ada memerintahkan agar menutup aurat dengan betul termasuk menutup kepala. Dalilnya adalah seperti di bawah;

        [1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.

        [1 Kor 11:6] Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.

        [1 Kor 11:10] Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.

        [1 Kor 11:13] Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?

        Maka adakah kita umat Islam mahu menjadi seperti umat Kristian itu juga yang sekarang ini sudah tidak menutup kepala lagi melainkan biarawati-biarawati mereka sahaja? Jika hal ini tidak diambil berat dan dipandang ringan, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam sudah tidak dikenali dan aurat sudah tidak terjaga lagi. Jika wanita Islam juga tidak mahu memakai tudung kepala dan menutup aurat dengan betul, maka apa bezanya rupa luaran antara wanita Islam dengan wanita Kristian?

        Sedangkan dalam masalah janggut dan misai pun Nabi Muhammad suruh agar bezakan dengan umat Yahudi, ini kan pula soal aurat wanita yang boleh menggoyang iman seorang lelaki.

        Dan banyak lagi jarum-jarum halus yang ditusuk ke dada umat Islam seperti mengatakan bahawa memakai jilbab bagi wanita itu dapat menghalang kemajuan, membataskan produktiviti, merimaskan dan camam-camam lagi.

        Jadi jangan meletakkan keterpaksaan dalam diri kerana ianya ADALAH WAJIB!

        0

        0
  34. just nak gelak says:

    aku bkn peminat nd ni tapi kesian gak kat dia. masa dia isytihar perang ngan Fs dulu… kena kutuk. sekarang dia dah ok, dah cakap baik2 pun kena kutuk gak… biarlah..kat dia. Fs pun dah bahagia dengan jejai. biarlah dia bahagia juga.

    0

    0
  35. nina says:

    kisah dia org ni buat i teringat kisah Jennifer Aniston ngan Brad Pitt. masa Jennifer dah bercerai dengan Brad, dia still baik lagi dengan mentua dia(parent si Brad Pitt) n tu yg Angelina Jolie mcm bengang gak la.. tapi this is like few years ago la.. nak wat camner kalau dah bekas isteri jadi pilihan bekas mentua. huhu

    0

    0
  36. lovelime says:

    semua manusia tak perfect mcm tue jgk dgn nd n fs…tp past is past so jgn lah kaitkan lg nd dgn hdp baru fs n jejai kesian kat kedua2 pihak sebab tak leh hdp tenang.lagi kesian kat nora bila bace statement dia “semoga jejai tak ulang salah yang sama….”walaupun dah move on dgn life baru tp parut kat hati tue…ssh nak lupa tau.so press semua tlg lah buat kerja n story lain jgn tambah kesedihan nd nie!

    0

    0
  37. QiQi nuriraQ says:

    hot mama ;)

    0

    0
  38. ella says:

    apalah korang ni.. mesti tak ikut cite2 dia sblm ni. dia kan nak htr anak dia belajar tahfiz, yg si Jejai jebon tu plak nak anak dia tu jd racer mcm dia. mestilah ND doakan dpt sorg lg lelaki, so that anak dia tak perlu dah ikut langkah Jejai tu. Blh hantar dia anak dia jd Al Hafiz.. ok what, blh tlg mummy ND dia di akhirat kelak

    0

    0