Written by AbangNara | December 10th, 2013

Rasanya semua orang tahu akan kemesraan yang wujud di antara Zizan Razak dan Emma Maembong. Sebelum ini Abang Nara ada berkongsi artikel mengenai bukti-bukti percintaan antara mereka berdua yang dikumpulkan oleh peminat. Namun sehingga ke hari ini, sama ada Emma atau Zizan masih berdiam diri dan enggan menguar-uarkan status hubungan mereka.
emma maembong dan zizanNamun Emma Maembong hari ini menerusi Harian Metro memberitahu ada sebabnya dia hanya mahu peminat mengetahui hubungannya dengan Zizan sekadar kawan rapat. Kata Emma:-

Bukan saya nak buat peminat berteka-teki mengenai status kami. Terus-terang ini bukan permainan atau gimik untuk raih publisiti. Biarlah orang tahu status kami sebagai kawan rapat saja, kalaulah tiada jodoh lebih mudah nak jelaskan nanti.

Kalau status kekasih tak perlu nak canang pada semua kecuali memang tentu dia (Zizan) jodoh saya. Mungkin sekarang saya berkawan rapat dengan Zizan tapi esok lusa adakah pasti dia jodoh saya? Macam mana kalau satu hari nanti hubungan kami putus dan tak ke mana pun (berkahwin), tentu orang akan buat spekulasi itu dan ini jika saya sibuk canang kami bercinta sekarang. Sebab itu, lebih senang anggap kami berkawan rapat

Menarik juga konsep yang diguna pakai oleh Emma Maembong ini. Secara logik ada kebenaran kata-katanya. Kalau bagitau lebih-lebih, tup-tup tak jadi memang boleh bikin malu. Kalau betul-betul bercinta pun, lebih baik hanya mereka berdua sahaja yang tahu perasaan itu. Tambah Emma lagi:-

Saya tak nak cakap dia (Zizan) kekasih saya dan begitulah sebaliknya. Untuk cakap kami bercinta mungkin belum tiba masa sesuai. Lainlah kalau betul tertulis jodoh, sudah tentu kami akan berkongsi dengan semua. Selagi belum ada apa-apa, rasanya tak perlu cakap banyak mengenai hubungan ini

emma maembong dan zizan

Nampak gayanya peminat yang mahukan Zizan dan Emma bercinta kenalah tunggu Zizan masuk meminang Emma. Setakat sekarang ini, anggap sahajalah mereka sekadar kawan rapat. Apa pun, Abang Nara tengok Zizan dan Emma ini memang sama padan sama cantik orangnya. Semoga suatu hari nanti apabila sudah ada hubungan yang sah, mereka akan tampil ke hadapan untuk memaklumkannya kepada semua orang. Jangan sorok-sorok pulak.

P.S: Kereta masuk air ketika banjir? Tonton video ini untuk mengetahui apa yang harus dilakukan.

35 responses to Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong

  1. kalau aku kaya says:

    jeng3!! malu2 meow plakkkk

    0

    0
  2. sotong hitam says:

    ruper memang tak jadi masaalah, tapi tak sepadan!!! ape2pun budi dan hati mau baik….

    0

    0
    • dena says:

      kalau rupe tak jadi masalah apa lak yg ko ukurkan sampai nampak tak padan?

      i love u both..so tak kesah la kapel ke tak kapel ke..jadi kawen ke tak jadi kawen..kalau kawen lagi suke :)

      0

      0
  3. nlmr says:

    abang nara.. gossip ND & D’meroyan pulak ler.. dorang tengah syok kat Thailand tu.ta saba na tgk komen2 psl drg ni..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    sama aje dengan nellydia senrose….muke cantek….tapi bercinta asal tangkap

    0

    0
  5. safee sali kahwini janda says:

    btol cara emma ni.. kalau dh jodoh x ke mana.. org lain yg kepohci..

    0

    0
  6. Olaf says:

    ye la kalau jodoh x kan ke mane…tpi mcm x sepadannnnnn jer…..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Selalunya mereka yang tak nak mengaku ni sebab belum bersedia nak bercouple. Mereka suka dikatakan berpasangan tapi dalam kata lain masih mencari dan menanti yang lain. Bila kata kawan rapat at least selamat la. Tiada ikatan dan bebas mencari yang lain. Kalau tak dapat cari yang lain, yang sedia ada tu boleh jadi penganti. Tetapi selalunya orang yang bersikap macam ni akan melepas. Yang dinanti tak dapat yang sedia ada dikebas orang.

    0

    0
  8. keymon la says:

    erk??? cerite ni da basi la.. n ade aku kesah ke dorg nak bercinton ke ape, emma, kaw jgn jadi naseb macam leez af kene tinggal gitu je dgn zizan .. bagosla xpayah kecoh, senyap je dahla .

    0

    0
  9. Sama padan doh tu..apa tunggu lagi abg zan masuk minang sis emma terus…sweet couple ever

    0

    0
  10. Kepochi says:

    Zizan is Eeeeeuuuuwww. Cartilage orang lain.

    0

    0
  11. miss s says:

    biarla drg

    0

    0
  12. MAXMORA says:

    kemon lah..tak ngakulah pulok..alaa macam comei jer.. macam cantik jer..

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      macm hipokrittt je hehe… helo emma ! u tk payah la ambek si zizan tu mateair ngan uuuu….zizan tu pendekkkk tk kena ngan u yg agak tinggi la jugakkk…u tu jambuuuuu cantek comellllll kejar la cita2 tu jadi bintang yg paling paling popular berita harian dulu pahammmmmm…asek asek nk bermateair mateairrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr aje tk habis2 ! kalau taste u tu ok tk pe la jugak ..

      0

      0
  13. peace yo! says:

    lantak kome ler..asal bahagie..

    0

    0
  14. sarah says:

    Bang nara betol ker 7 x 5 =35? mcm nk tahu btol ke x jwpn tu…

    0

    0
  15. fatih says:

    comel emma maembong

    0

    0
  16. […] Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong (23) […]

    0

    0
  17. muja says:

    betul atau tak,, moga ada hikmah semuanya :D

    0

    0
  18. […] Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong (26) […]

    0

    0
  19. […] Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong (27) […]

    0

    0
  20. […] Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong (28) […]

    0

    0
  21. […] Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong (29) […]

    0

    0
  22. […] Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong (30) […]

    0

    0
  23. […] Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong (31) […]

    0

    0
  24. […] Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong (32) […]

    0

    0
  25. […] Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong (33) […]

    0

    0
  26. […] Saya Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma Maembong (34) […]

    0

    0