Saya Tak Kisah Orang Pertikaikan Kemenangan Saya – Sufi AF2015

Hiburan

Saya Tak Kisah Orang Pertikaikan Kemenangan Saya – Sufi AF2015

Tahun ini Akademi Fantasia 2015 cukup hangat dengan kontroversi, bermula daripada kes Che Ta menarik diri daripada menjadi juri tetap sehinggalah beberapa pihak yang merasa tidak puas hati apabila peserta daripada Singapura iaitu Sufi dinobatkan sebagai juara.

Advertisement

Jika anda mengikuti perkembangan terkini, pasti anda tahu tentang luahan tidak puas hati Michael Ang akan keputusan tersebut sehingga mencetuskan berita panas apabila pengetua AF2015, Edry KRU yang membalas balik kenyataan Michael yang menegaskan pengarah itu tidak berhak memberikan pendapat kerana tidak relevan dalam bidang muzik.

Menyedari ia satu isu yang sedang viral, Sufi menerusi portal Murai berkata beliau sama sekali tidak kisah jika kemenangan beliau dipertikaikan.

Bercakap mengenai pertikaian sesetengah pihak yang mengatakan saya tidak layak menang kerana saya berasal dari Singapura, saya tak kisah. Saya tak rasa apa-apa.

Semuanya bergantung kepada rezeki. Sejujurnya, saya langsung tidak rasakan yang saya boleh menewaskan Syamel, Bila dan Sharul kerana mereka semua berbakat besar dan memberikan saingan sengit setiap minggu.

Buat Sufi, beliau sebenarnya sudah puas hati ketika mendapat peluang untuk beraksi di peringkat akhir. Apabila beliu diumumkan sebagai juara tiada apa yang dapat beliau katakan selain merasa syukur dengan ketentuan rezeki buatnya.

Menempatkan diri ke peringkat akhir sudah menjadi satu bonus buat diri saya. Ketika pemenang diumumkan, saya sendiri tidak sangka dan terkejut namun saya sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan.

Menang itu memang satu bonus, apa yang penting sebenarnya cara Sufi nanti untuk terus membina kerjaya beliau dan menghadapai segala ujian dalam bidang hiburan dengan baik. Seperti kata Datuk Ramli MS, jangan hanya popular sekejap lepas tu hilang je macam tu.

Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...