Saya Tak Ada Niat Persenda Sesiapa – Rosyam Noor

Hiburan

Saya Tak Ada Niat Persenda Sesiapa – Rosyam Noor

Susulan lawak kontroversi yang dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi penyampai Anugerah Skrin 2012, Metro Ahad semalam telah berjaya mendapatkan respon daripada tuan punya badan. Rosyam menegaskan yang dia tidak berniat mempersendakan sesiapa sebaliknya hanya menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesyen tv.
stesyen tv rosyam

Untuk makluman, kata-kata yang dilontarkan oleh Rosyam Noor pada malam tersebut adalah dialognya sendiri. Di bawah ialah penjelasan daripada tuan punya badan:-

Advertisement

Bukan niat saya mahu mempersenda mana-mana stesen televisyen tapi menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesen TV dan mengangkat Gagasan 1Malaysia. Ketika saya menyebut stesen TV Alhijrah, maksud saya ialah stesen itu mengangkat lakonan mengikut landasan Islam. Begitu juga sepatutnya Snow White dicium sebelum saya tersedar dan katakan ini Malaysia bukan Amerika. Mesej saya untuk karyawan seni tempatan supaya memahami peraturan stesen TV itu sendiri. Begitu juga saya menyelitkan mesej antara saya dengan orang kerdil iaitu jika saya sumpah kami menjadi tinggi, orang kerdil itu menjawap, saya takut lupa diri

Ok ada logiknya penjelasan daripada Rosyam Noor (cuma Abang Nara tak berapa faham bab mengangkat Gagasan 1Malaysia). Kiranya dialog yang dilontarkan oleh Rosyam adalah bukan satu lawak jenaka, sebaliknya hanya fakta semata-mata. Diharap anda semua berpuas hati dengan penerangan panjang lebar ini.

P.S: Kereta Bentley versi nerd gadjet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...