Saya Tahu Itu Baju Perkahwinan Lana, Pereka Kata Tiada Masalah Jika Saya Pakai – Ayda Jebat

Hiburan

Saya Tahu Itu Baju Perkahwinan Lana, Pereka Kata Tiada Masalah Jika Saya Pakai – Ayda Jebat

Lana Nodin sebelum ini ada meluahkan rasa terkilan beliau apabila busana perkahwinan beliau telah dipakai oleh Ayda Jebat dalam penggambaran sebuah iklan.

Advertisement

Kekecewaan Lana disebabkan beliau sendiri yang memilih kain untuk busana tajaan Altelia Amani itu dan beranggapan ia cukup eksklusif dan seharusnya pereka fesyen menawarkan rekaan lain untuk Ayda pakai.

Susulan kenyataan itu, Ayda menerusi portal Tonton Extra berkata  pereka fesyen busana itu sendiri yang memberikan kebenaran untuk beliau memakai baju perkahwinan Lana.

Saya memang tahu itu baju yang pernah dipakai kak Lana ketika majlis perkahwinannya dan saya tanya pereka baju itu sama ada baju tersebut milik kak Lana atau baju rekaannya yang disimpan di butik. Saya dah tanya elok-elok kepada pereka dan dia kata tiada masalah dan okay, jadi saya pun okaylah. Lagipun, waktu itu saya memang dah agak last minute mencari baju kerana lusanya dah nak pakai baju untuk shooting iklan Aura White Gold Collagen.

Buat Ayda beliau tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai isu berkenaan.

Kalau dia (Lana) rasa saya salah, biarkanlah. Bukannya saya tak terkejut dengan kenyataan pihak sana, cuma saya tak pasti di mana silapnya. Bagi saya, tidak salah sekiranya saya nak pakai kalau pereka baju itu sendiri yang bagi saya pakai.

Sebenarnya tidak (perlu berhati-hati) kerana banyak saja artis yang ulang pakai baju pereka. Saya sendiri pernah ulang pakai baju artis lain tapi mereka tidak cakap apa-apapun. Bagi saya, tak perlu perbesarkan isu yang kecil.

Kami rasa  ada timbul salah faham apabila pereka tersebut mengatakan beliau akan menaja pakaian perkahwinan Lana Nodin. Mungkin beliau tidak maksudkan sebegitu dan hanya meminjamkan ia kepada Lana.

Sumber Berita: Tonton Extra

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...