Written by Bella | November 16th, 2015

Kalau hendak bercerita tentang setiap satu gosip ataupun kontroversi yang menghantui Zizan Razak memang tidak ada kesudahannya, daripada gosip percintaan sehinggalah yang terbaru dimana beliau dituduh menganggu periuk nasi pelakon lain.

Sering dikritik oleh orang ramai meskipun tidak semua mengetahui cerita sebenar  disebalik sesuatu perkara itu, Zizan akui beliau sudah penat menghadapi segala kontroversi lebih-lebih lagi ada sahaja pihak yang cuba untuk menyalahkan dirinya.

Apabila orang bercakap tentang saya bermakna mereka sayang dan berikan perhatian kepada saya. Sebab itu orang asyik bertanya jika ada sesuatu isu baru timbul. Kalau ia cerita yang tidak sedap didengar, saya tak akan jawab. Mana perkara yang tidak betul, saya akan perbetulkan dan biarkan sahaja ia senyap. Mulut orang bila dah penat bercakap nanti berhenti juga.

Kadangkala rasa penat juga apabila orang tidak habis-habis mencari kesalahan saya sahaja. Jika ada yang reka cerita tidak benar biarlah orang itu tanggung sendiri. Saya reda sahaja.

Saya tidak tahu ke mana mahu mengadu dan siapa lagi boleh dipercayakan? Hanya pada Tuhan saya berdoa dan memohon maaf. Itu yang membuatkan saya kuat bertahan.

Bila seseorang itu lebih berjaya pasti akan ada dugaan dan ujian buatnya, sabar ajalah Zizan kerana pilihan hidup sebagai seorang artis, segala kontroversi itu adalah asam garam kehidupan.

Sumber Berita: Mangga Online

 

23 responses to Saya Sudah Penat Dihimpit Kontroversi – Zizan Razak

  1. lara alana says:

    kalau dah penat takyah jadi artis. takyah jugak buat kontroversi cakap nak kawen nak kawen padahal nak lari daripada berita putus hubungan dgn emma kembong. eloklah tu. selamat jalan hero.

    0

    0
  2. Pekerja Gomen says:

    Relax je bro…
    Dulu CT kena teruk juga masa dia nak kahwin Dato K..
    Skang elok je dia…. gosip ni mcm kena gigit nyamuk..
    Masa mula2 kena gigit mmg sedap kena garu..
    Lama2 parut gigitan pun takde…

    0

    0
    • Adele says:

      Errr ok whatever lah.
      Tapi aku prasan zizan ni, BERMATI-MATIAN akan cari awek mix mat saleh.
      Dari dulu lagi ‘the girls’ yg he will always get involve with mesti half mat saleh.
      Ok fainnn mmg la tak salah cuma aku rasa… Patheticccccc!
      Hshahahhaha.
      K takpe la zizan sedar diri muka tak helok, so berusaha keras utk cari retis muka mix!

      0

      0
  3. Anonymous says:

    Fitnah ada dimana2. Yg tak jd artist jg selalu difitnah. Yg penting sabar dan berserah kpd yg Esa

    0

    0
  4. anon says:

    Zizan….that’s the price you pay for being famous. Ade yg suka, ade yg tak suka….dah lumrah nak wat mcm mana. Kene sabar jelah…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Percayalah, makin kita kuat bersabar dgn ujian, makin melimpah ruah Allah berikan rezeki kpd kita. Yg penting hadapilah ujian berpandukan Alquran dan Alsunnah. Biarkan shj org nak mengata kita tp kita jgn mengata org. Makin byk org mengata kita, bertambah2 pahala yg kita dpt…yg ptg sabar

    0

    0
  6. aku says:

    sabar jer la nk wat guane…..dh nk sgt jadi retis

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Bila mu nak kawin Zizang???

    0

    0
  8. phoebe says:

    sabar zizan ye…asalkan jgn melukakan hati ibu bapa…jaga diri molek…solat jgn tinggal…akak doakan zizan berjaya dunia akhirat…

    0

    0
  9. blablabla says:

    a tiger doesnt lose sleep over the opinion of sheep. chill.
    ko tabah je zizan. jgn buat bnde haram. ingat ckp mak ayah ko. kata2 org ni hiasan sebelum akhirat. kat sana lebih kekal abadi

    0

    0
  10. Bian says:

    Sabaaar

    0

    0
  11. Bian says:

    Sabar la zizan

    0

    0
  12. melati says:

    Ko gi terjun KLCC pun takder org nk amik tahu lah….harap hidung jer beso…..memang hidup ko malang Zizan….

    0

    0
  13. melati says:

    Konon stylo lew Dressing camgini…ko tak sedor ker Zizan saya tgk macam Bangla nk gi cari kojer jer dressing ko, pastu hidung cam belalai Gajah ingat handsome lew sgt….menggong..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Berdosa menghina ciptaan Allah. Kita ni siapa nak pertikaikan bentuk fizikal org. Tak psl2 menambahkan dosa

      0

      0
  14. paca says:

    lari topik sat. burgerbyte zizan kureng ar rase dia. sedap lagi burger yg jual dkt2 ngn nasi emak ujang corner tu.

    0

    0
  15. anabelok says:

    pada sape yg follow IG vie shanti ex Eizlan yg cun melecun tu boleh perasan yg Zizan sejak 2menjak ni asyik duk comment ngayat Vie je..followers pun siap ada komen lg ckp Zizan nk adjust Vie..emm,, Zizan ni mmg taste yg cun melepak aje ye? huhu..tapi xtau la kalau sekadar usik-mengusik. kalau betul dia intend nk ngorat Vie, mmg kesian la kt Datuk Eizlan. dia kemain nk tawan hati Vie and cuba pujuk Vie balik..huuu..hope sgt dorg bjodoh kembali..kesian anak2

    0

    0