Written by Bella | August 9th, 2016

Umum mengetahui pelakon cantik Siti Saleha sudah dilamar baru-baru ini oleh yang hanya dikenali dengan nama L. Ketika mereka berdua bercuti di Cancun, Mexico dan pada masa yang sama menghadiri perkahwinan rakan mereka disana.

Beberapa hari lepas, ada peminat yang menyangka beliau sudah bertunang apabila Siti Saleha memuat naik foto beliau dengan kekasih di Instagram dengan kapsyen “ Suicide Squad tonight with fiance.”

Tidak mahu peminat terus keliru dan salah sangka, Siti Saleha menerusi Harian Metro mengakui dirinya sudah dilamar tetapi masih tiada sebarang majlis pertunangan yang diadakan.

Jelas Siti Saleha, buat masa ini kedua-dua belah keluarga sedang berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis berkenaan.

Saya tidak mahu peminat terkeliru dengan penerangan di Instagram itu. Memang saya sudah dilamar tapi kami belum lagi mengadakan majlis pertunangan.

Apabila majlis pertunangan itu berlangsung nanti selesai barulah saya berkongsi segalanya. Buat masa sekarang biarlah keluarga kami berbincang terlebih dulu.

Ramai yang ingin tahu siapakah gerangan lelaki yang berjaya mencuri hati Siti Saleha bukan? Nampaknya anda kena bersabar sedikit kerana Siti Saleha akan mendedahkan setiap butiran mengenai kekasihnya itu selepas majlis pertunangan mereka yang direncanakan berjalan dengan lancar.

Biasalah kadang-kadang kapsyen di Instagram agak mengelirukan. Doakan sahaja setiap perancangan Siti Saleha dan kekasihnya untuk mempunyai satu ikatan yang halal berjalan dengan baik.

Sumber Berita : Harian Metro

14 responses to Saya Sudah Dilamar Tapi Belum Bertunang – Siti Saleha

  1. Kamtome says:

    biasala org putihh…lamar tepi jalan pun dah kira bertunang.

    0

    0
  2. Kamtome says:

    eh tak sangka 1st

    0

    0
  3. nor says:

    Belum ape2 lagi dah tulis mcm ni….tunangla, manangla,banangla….jap g xjadi….pada muka hg…pelik2 artis malaysia ni….

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Handsome kekasih dia… memang padan dgn Siti Saleha ni. Moga berkekalan hingga ke hujung nyawa.

    0

    0
  5. sentap says:

    kawin je la xyah kecoh2..kna lamar pun nak kecoh 1 msia…ko dah nmpk berumur saleh oiiiii….

    0

    0
  6. leha says:

    ehh aritu ckp suke mat salleh je..propa minah ni,xda mat salleh nak ko…tu ko pilih melayu

    0

    0
  7. Anynomous says:

    Namanya cantik sgt seindah rupanya..tp kehidupan..ntahla..keliru agama kot..

    0

    0
  8. miss opppssss says:

    Belum bertunang tapi tulis “date with FIANCE”… aku x reti english ke atau dia ni yg xtau maksud fiance?

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Minah ni kecoh lebih… tak ambil pelajaran ke kisah2 lalu tu. kecoh punya kecoh putus… dah tu tulis caption fiance tu ingat cam barat sgt la… mentang2 la muka cam mat salih tp jgn la perasan.. ko tu siti saleha kut…. bkn cynthia sabella pun… phuiii

    0

    0
  10. Jehnama says:

    i think i saw this guy yesterday at the PMO. I guess he is a government officer. Congrats anyways.

    0

    0