Written by AbangNara | March 11th, 2015

Selepas Hans Wong tidak mahu memberi sebarang komen tentang keretakan perhubungannya dengan Tasha Shila, para peminat sekali lagi dibelenggu misteri apabila pelakon wanita itu turut mengambil pendekatan yang serupa. Entah mengapa mereka berdua enggan merungkaikan persoalan ini. Mungkin kedua-duanya masih sayang menyayangi antara satu sama lain. Kalau bagi komen takut-takut ada pihak yang terasa hati sekaligus menyukarkan usaha pemulihan hubungan.

tasha shila

Penjelasan daripada Tasha Shila amat diperlukan kerana Abang Nara percaya ramai jejaka-jejaka di luar sana sudah bersiap sedia untuk mengorat pelakon jelita itu apabila pengesahan dirinya kini ‘single’ dilakukan. Namun nampaknya para jejaka yang menaruh hati terhadap Tasha Shila harus bersabar sedikit sahaja lagi. Buat masa ini, Tasha terlalu sibuk untuk memberi sebarang ulasan. Kata Tasha Shila:-

Minta maaf saya sibuk sekarang. Saya tak nak komen apa-apa.

tasha shilaPendek dan bermutu tinggi sungguh jawapan yang diberikan oleh Tasha Shila. Nanti bila Tasha sudah tidak sibuk, pasti akan ada jawapan yang diberikan. Mungkin esok lusa, mungkin sebulan dua, atau mungkin 5,6 tahun lagi. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to Saya Sibuk Sekarang, Tak Nak Komen Apa-Apa – Tasha Shila

  1. Anonymous says:

    tula masa bercinta bgai nk rak sgt.. bkepit je.. 24 jam ktanya bersama.. last putus x nk komen pulak… hurmm mcm2..

    0

    0
  2. semek says:

    aku pun tak gigih nak tahu nokkkkk

    0

    0
  3. karim bin zema says:

    Tasha shillaq ni sapadiaq?

    0

    0
  4. Anon says:

    anon tgh imagine.. apa yg best sgt mamat ni…hmmm.. hebat diranjang ka? kahkahkah..

    0

    0
  5. melati says:

    x payah la ko kejar sgt mamat kulup tu…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Aik after kena gossip escort girl alih2 putus cinta….mmmmmmm

    0

    0
  7. Anonymous says:

    halangan keluarga ke..yela tattoo penuh tangan..nak convert islam kena la buang tattoo dulu..sanggup?

    0

    0
    • anon says:

      – mintak maaf anonymous, nak tegur ni, islam itu mudah, tak jumud, nak masuk islam, tak wajib buang tatu melambak-lambak tu kalau menyakitkan, tapi kalau dia banyak duit nak laser kulit dia, bagus la kan, janga nasyik baca BN je, baca benda lain jugak ye

      0

      0
  8. Anonymous says:

    Kenapa artis2 berebutkan Hans. Siapa dia? Orang kaya kah, anak jutawan kah, ahli permniagaan kah atau Datuk2 dan VIP2 miang. Nak kata hansome, biasa2 je. Yang nyata banyaknya tatoo kat badan dia.

    0

    0
  9. mak jemah says:

    Mak Jemah tahun lepas pergi hard rock penang. Mak Jemah pegi hard rock hanya untuk menonton live band bukan untuk berpesta ya, takut mak jemah dengan orang malaysia skarang sebab tu mak jemah jelaskan dulu situasi mak jemah. Masa mak jemah kat dalam tu, mak jemah duk atas. Tiba-tiba time show tu ada sorang perempuan tergedik2 bila band start nyanyi, menjerit bagai. Mak jemah tengok betul2, rupanya minah tasha shilla ni. Arak ada kat atas table, diorang berempat. Mak jemah pun cari instagram dia, sah lah dia bila dia ada update dalam insta, sambut bday boypren tinju dia ni. Diorang paling havoc skali lah sebab dah mabuk…. berpeluk2 semua. Bercium semua la…. pakai tak seksi tapi mabuk dah minah ni. Bila hardrock dah nak tutup, mak jemah pun nak lah balik ke hotel hard rock je le, mak jemah stay situ. Mak jemah nampak diorang ni bergaduh…. Maki maki siap. “Fuck you” tasha shilla cakap sama hans ni. Mak jemah menyaksikan yang si hans ni kejar tasha shilla tangkap, angkat dan hempas tasha ke atas kereta orang yang park sekitar tu. Keadaan menjadi kecoh bila owner sedar keretanya yang dihempas tasha tu. Lawak jugak lah… dari awal romantis hujung ganas gile. Mak jemah malas nak layan, mak jemah balik. Esok mak jemah bukak insta dia, elok je lebiu2 tulisnya…. dah mabuk mmg bangang lah sifat manusia ni. Begitulah flashback saya

    0

    0
  10. anon says:

    Tasha ni nak kejar vip , takkan dia nak org mcm Hans ni. Samalah jugak dgn si lopak tu, tak nak jugak dgn Hans sb duk sebok kejar vip. Agaknya org yg bernama Hans ni nasib tak baik dlm bercinta…..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Alah si tasha ni buat muka cucuk botox sana sini peha cucuk segala bagai tak ngaku ,mcmana lah galaxi boleh amik pengacara kontroversi mcm dia

    0

    0