Written by AbangNara | September 26th, 2014

Ammar Alfian satu ketika dahulu memang ‘ganas’ orangnya. Masih lagi Abang Nara teringat ancaman ugutan bunuh terhadap wartawan yang pernah dikeluarkan oleh Ammar. Biasalah orang muda. Darah tengah panas. Kebanyakan tindakan adalah mengikut hati. Tak berfikir panjang. Namun sekarang ternyata Ammar sudah mula berubah dan menyesali tindakan-tindakannya sebelum ini.

ammar alfian

Kontroversi yang terjadi sebelum ini ternyata banyak memberi pengajaran dan mematangkan Ammar. Kata Ammar menerusi Mstar Online:-

Saya sedar tindakan memuat naik status di laman Facebook telah menyebabkan ramai pihak media marah dengan saya biarpun saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi ia memakan masa untuk hubungan itu kembali pulih.

Empat tahun saya cuba untuk menjernihkan keadaan bagi mendapatkan kembali kepercayaan mereka dan Alhamdulillah hubungan itu semakin menampakkan tanda-tanda positif dan saya berharap ia akan berkekalan selepas ini.

Bohonglah kalau saya kata tidak perlukan rakan wartawan untuk menaikkan kerjaya lakonan saya. Saya serik dengan tindakan saya sebelum ini namun pada masa sama ia memberikan banyak pengajaran dan mematangkan saya sebagai seorang individu dan pelakon

ammar alfian

Baguslah keinsafan sudah menjelma dalam diri Ammar. Gaduh lama-lama pun tak guna. Selaku pelakon, kalau tak ada publisiti, maka takkan dikenali ramai. Kalau tak dikenali ramai, tak adalah dapat tawaran berlakon. Tahniah diucapkan kepada Ammar kerana mengakui kesilapannya. Semoga masa depan Ammar akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

P.S: Senarai harga Proton Iriz

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Saya Serik Dengan Tindakan Saya Sebelum Ini – Ammar Alfian

  1. sentap says:

    da tak dek job la tu… konon nak nyendeng nak dpt job baru eh.. korang bace tak kt page saiful nang. dye bash wartawan.. hamek kau

    0

    0
  2. bilakakjemahmenulis says:

    DIA SAPA WEI?

    0

    0
    • Coreena A says:

      Dia ex bf Putri Sarah yg skrg ni wife syamsul yusuf. Mmg dia ni suam2 kuku je. Knal dia pn sbb pnh bc kt Bh ttg dia sindir ex gf kt media sosial

      0

      0
  3. Anonymous says:

    nape hek aku x minat langsung le kat mamat bangla ni…sama jugak la ngan hafni sahad..

    0

    0
  4. Anon says:

    Honestly aku nampak mamat ni mcm jahat je, tapi itu cume luaran lah, tak taulah kot2 hati dia baik. Wlpn ade perumpamaan……never judge a book by its cover…..but sometimes you can. Kdg2 sifat peribadi seseorg tu blh nampak dari raut wajah nya.

    0

    0
  5. Melati says:

    Masa Akedemi Fantasia dulu Ciktu tk ajar berlakon ker? pasal tu terkeluar awal baran sgt..lagi pun suara Ammar Afian bukan nya sedap sgt….dh lah panas baran pastu suruh org Afundi plak..hehe

    0

    0
    • lala says:

      erk bila plak ammar tu masuk af?
      dia ni dlu junior aku masa kt uitm alor gajah..mmg poyo mamat ni..
      pegi class, bwk moto siap pakai helmet mahal + glove..

      0

      0
  6. BANGLA says:

    Statement to get more jobs…
    Lancau lah nak berubah….berubah jadi BANGLA hipokrit adalah. Cara hidup langsung tak islamic sungguh….bertattoo kat badan….model underwear…pergaulan bebas laki perempuan….. kalau aku kaum family dia malu siut…

    0

    0
  7. semoga bang Ammar Alfian ini bisa merubah sikapnya karena beliau merupakan figur bagi masyarakat yakni harus memperlihatkan sifat yang baik dan mengagumkan semua

    0

    0
  8. ane setuju dengan perubahan bang ammar,, semoga bang ammar benar-benar akan merubah sikapnya,, yang pastinya kita doakan ya hehe

    0

    0