Written by AbangNara | May 15th, 2015

Kalau dilihat raut wajah, jambang dan aksi lakonannya di dalam filem, tiada siapa dapat menjangka perwatakan sebenar Awie. Ramai yang menganggap Awie sebagai lelaki yang tegas, garang dan ganas. Namun itu hanyalah persepsi mereka yang tidak mengenali penyanyi lagu Ukiran Jiwa ini. Sebenarnya Awie adalah seorang lelaki yang sensitif, berjiwa lembut dan mudah menangis. Jujur Abang Nara pun terkejut membaca pengakuan Awie ini.

awie

Hati Awie lebih mudah tersentuh apabila melibatkan hal-hal berkaitan keluarganya. Terharu Abang Nara mendengar apabila Awie memaklumkan yang dirinya akan menangis apabila teringatkan anak-anak. Kata Awie:-

Mana ganas. Sebenarnya, berperwatakan dan berwajah begini, ia anugerah Allah. Tetapi, tidak semua orang tahu apa sebenarnya yang berada dalam hati dan jiwa saya. Saya seorang yang sensitif dan berjiwa lembut. Saya mudah menitiskan air mata apabila ia membabitkan hal keluarga. Tak dapat bertemu anak pun, saya boleh menangis.

Namun Awie tidak menyalahkan orang ramai yang membuat tanggapan dirinya seorang yang ganas. Biasalah manusia memang suka menghakimi manusia lain dengan hanya memandang luaran. Kata Awie lagi:-

Persepsi yang diberikan oleh masyarakat tidak mendatangkan kesan kepada saya. Dengan adanya misai dan janggut serta kes mahkamah begini menguatkan lagi tanggapan mereka. Namun, saya sama sekali tidak menyalahkan mereka.

awie

Pasti ramai yang terkejut mengetahui sisi Awie yang selama ini menjadi rahsia kan? Abang Nara pun terkejut jugak. Memang betullah kata omputih iaitu “don’t judge a book by its cover”. Abang Nara pun ada kawan-kawan yang layan lagu rock, metal dan yang tak tahu lirik sebut apa, tapi bila tengok filem jiwang dia yang menangis dulu. Mungkin Awie termasuk dalam kategori ini. Sumber BHPLUS.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Saya Seorang Yang Sensitif, Jiwa Lembut & Mudah Menangis – Awie

  1. xon34 says:

    Yeerr kerrr… dalam hati lembut gitu boleh pulak hempuk bini eh. Cam yahudi la ko ni awie.

    0

    0
    • tlkw says:

      wak lu “don’t judge a book by its cover”, dah sah2 terang lagi nyata ko belasah bini macam separuh mati minah tu dikerjakan.. lagi tak mo ngaku ganas. eee tolonglaaa

      0

      0
      • Sahdo says:

        sesentengah bini memang layak dirotan dan dibaling dgn microwave…lebih2 lagi yg suka berjoli duit laki, beli handbeg beribu-ribu dan songlap duit. okbaiii.

        0

        0
        • kalau aku pun says:

          ex-bini yg jenis main asap, bomoh, syirik syaiton dan memperduakan tuhan siap simpan tangkal bentuk kemaluan dan patung buddha celah katil konon nk suruh si somi tunduk.. haruslah dihentak ke dinding.

          0

          0
        • Anonymous says:

          bomoh tu awie yang cakap.mana bukti dia buat semua tu?mahkamah pun tak terima.ni bukan kedai kopi bengong!

          0

          0
        • Siti Fatimah says:

          muka ganas pecah rumah.. cite nak gaduh2 aje abg long kawasan..
          tup tup “hatiku sekeping tisu”… choiiii

          0

          0
        • Siti Fatimah says:

          dah ex-laki jahanam simpan pompuan kat luar…
          selayaknya bertemu ruas dgn kaki mak esah uolsss…
          sesuai laa jadi laki bini..

          0

          0
        • blurkk says:

          orang yang sokong perbuatan awie, apabila 1 hari nanti apa yang terjadi pada ex-wife awie terjadi pada ibu/kakak/adik/anak awak, time tu mungkin korang akan sedar yang sejauh mana sekalipun kesalahan seorang isteri, memukul sehingga memudaratkan/separuh mati adalah totally salah!

          0

          0
        • rizal says:

          abis camne jantan y mls nk keje tp asik minta duit isteri je..dh mmg tu tggjwb laki…klu rs xnk bg nafkah jgn jd laki baik jd binatang…sbb tu kawen ni tanggungjawab besar…bkn kawen sbb seks je abg sahdo..dlm islam pun mmg ckp kewajipan suami menyediakan nafkah tuk isteri termasuk rumah,pakaian,selain dr makan minum…len kali bljr agama tggi skit bang..

          0

          0
        • ayoi says:

          lelaki ade 9 akal,1 nafsu wanita ada 9 nafsu 1 akal..tp kenapa 9 akal tu x boleh nk didik dn bimbing 1 akal??mmg lumrah wanita 9 nafsu tu ske bershopping,buat tu,ini..abis kan duit tp kt y lelaki y ade 9 akal ni spttnye menggunakan sebaiknya 9 akal ni supaya dpt didik 1 akal ke arah cara hidup islam…jgn asik nk slhkn isteri je..isteri jd begitu pun atas didikan suami y kurg didikan agama…klu suami didik isteri dgn islam i.allah jd baik laa isteri…berapa rmai kwn aku y laki dpt isteri time mude bkn main sosial tp bl dh kawen alhmadulillah berubah…so,solehahnya sorang isteri itu adalah hasil dr didikan suami y soleh….

          0

          0
        • saling memaafkan ... says:

          Mmg benar matlamat tak menghalalkan cara. Bab pukul tu mmg sadis. Lihat juga kebaikan seseorg. Klu 10 jahat cubalah tngk juga 1 kebaikan saudra kita tu. Ex wife dulu pun pernah kata awie semasa masih suami sgt 2 bertanggungjwb dn baik. Senang shj jalan penyelesaian balik kpd kehidupan cara islam yg sbnrnya. Awie minta maaf dgn ex wife dn ex wife minta maaf krna menyihirkn suami. Lps tu cari pasangan baru masing2. Hidup kene diteruskn. Cari duit halal bnyk2 bg makan kluarga. Hasilnya Insya Allah sgt 2mndpt rahmat dn diberkati Allah swt. No war.

          0

          0
      • humble says:

        Aku ada kawan yg agak liar…sering tukar boyfriend, merokok, penkid, suka bergaduh dan mcm2 lagi….tpi dia jugak lah orgnya yg paling sayang mak dan keluarga dia…..sanggup berhenti kerja utk jga mak sakit, berulang alik ke hospital….jadi aku nk ckp…wlaupun luaran awie ni nampak ganas, tpi aku pasti dia ada side yg sensitif…aku percaya dia sygkan anak2 dan keluarga dia….dan disebabkan sygkan anak2 dan geramkan dgn tindakan bini yg tidak tahu bersyukur dan hny tahu menghabiskan duit shj wlaupun sudah dinyatakn duit itu utk tabungan anak2 lah menyebabkan awie hilang kewarasan diri …..tpi wlaupun begitu, jgn ditutup sebelah mata kebaikan yg ada pd awie….

        0

        0
        • rttff says:

          ok betul dia ada side yang baik.. memang tak dinafikan.. tapi adakah itu melayakkan dia untuk memukul wanita? perempuan tu memang salah. memang patut pun kena tangan.. tapi sampai separuh mati, betul ke tak betul tu? betul sayang anak/sayang bini ditangan2kan, tapi ada hadnye kan? tu nasib bini dia masih hidup, kalau arwah? tak ke tali gantung jadinya?

          0

          0
        • Anonymous says:

          matlamat tak menghalalkan cara bang…ikut laa cara hidup islam…

          0

          0
    • minah jambu terlajak habis says:

      bini perompak mesti la nk kena tendang terajang ! peduli happe pompan ke lelaki kalau dh rompak mesti nk kena terajang la !!

      0

      0
    • Anonymous says:

      Sape ada anak dia tau la maksud awie ni…
      org yg ada anak tp xde feel mcm awie… mmg takkan faham..
      so xyah nak menghentam statement awie ni…
      hanya orang yang faham & rasa apa yg awie rasa ni aje yg faham statement ni.

      0

      0
  2. Tudung Biru says:

    Kebenaran dan keadilan pasti berpihak pada mereka yang ikhlas menyayangi keluarga mereka. Semoga berjaya, Awie

    0

    0
  3. hihihihihiii says:

    biar apa pun orang kata..aku tetap rasa awie tak bersalah
    dan aku tetap rasa mmg dia ni hati lembut…sensitif

    0

    0
    • Tudung Biru says:

      Akak pernah jumpa dia 3 kali, member-member bawakan. Serious, antara orang paling peramah dan friendly walaupun namanya artis besar. Baik sangat orangnya

      0

      0
      • Siti Fatimah says:

        Siti Fatimah jumpa dia 9 kali, party menyasau dengan girlfriend dia.. Seriously, dia dengan girlfrend dia tu dah lama sangat dah chuols…

        0

        0
        • Tudung Biru says:

          Ni hari Jumaat, Siti Fatimah (kalau itu nama sebenar awak la kan?). Awak ada hak untuk menulis apa saja yang awak mahu, tapi ingat, kalau tak benar apa yang awak tuliskan, maka jatuh fitnah hukumnya dan menjawablah sendiri di hari pengadilan nanti.

          Secara peribadi, semua orang yang kenal dengan Awie tahu dia insan jenis macam mana. Kata-kata awak tu tak masuk akal walau seinci pun.

          Jangan kerana nak famous dalam ruangan komen yang tak seberapa ni, azab di hari akhirat nanti pula yang ditanggung.

          0

          0
        • Siti Fatimah says:

          perlu ke nak famous di ruangan komen?? tak munasabah uols..
          kalau uols kenal awie tu, takkan tak taw dia ada girlfriend…
          dia dgn perempuan tu kann dah laammmaaa…
          girlfriend dia pon pernah kene bantai dengan dia..
          tak caya, tanya la PA Awie..

          0

          0
        • Siti Fatimah Bodoh says:

          Jawapan orang tak matang ——–> Siti Fatimah

          0

          0
        • minah jambu terlajak habis says:

          minah jambu teros belom pernah jumpa Awie tapi minah jambu tengok muka dia minah jambu dh tau Awie ni baik orang nye dn ada sikap penyayang pada Awie..lov u Awiee..

          0

          0
  4. kus says:

    badan beso .. dlm hati ada taman ghupanya ….

    0

    0
  5. lalalla says:

    kau buat lawak ke apa ni Awie oiii! “Saya Seorang Yang Sensitif, Jiwa Lembut & Mudah Menangis” awwwww…

    0

    0
  6. Anon says:

    Kah Kah Kah

    0

    0
  7. awieketot says:

    tengok air muka dah tau . Bengis bebal abis. Jenis manis bila tak kenal aje….hahaha. Nyanyi pon alamak oi. Perasan lebeh. BOOOOO. Kaki pukul ppuan. Tarak TELOQ.

    0

    0
  8. damai says:

    Wpun awie perwatakaan begitu, dia sebenarnya seorg yg mudah kesian dgn org apatah lagi jk org itu kwn dia, very respect with elderly and kids, very humble and frenly same like Hans Issac

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Nak termuntah aku baca perang publisiti yang tak abis abis si Awie ni supaya menang kes cerai dia … next!!!!!!!

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      ape next huh !!!! minah jambu lom lagi komen kt bawah kau ni huh ! semoga Awie sakses dlm proses peceraian yee..

      0

      0
  10. Anonymous says:

    Apa bini dia x sedih ke dipisahkan dari anak2… awie ni mentality maslan jugak ke????

    0

    0
  11. Ellie says:

    seganas2 mafia, taiko2 klu bab anak ni mmg diorg lembut, sayang sgt2..diorg pun ada hati & perasaan lerr.. mgkin silap dia x dpt nk kawal amarah nya. peace yoo!!

    0

    0