Written by Bella | June 25th, 2015

Baru-baru ini, Shuib Sepahtu telah memuat naik foto isterinya Siti Sarah yang kelihatan sudah mengenakan tudung.  Ramai yang menyangka beliau kini sudah berhijab sepenuhnya, namun dalam satu kenyataan kepada portal Murai, Siti Sarah tidak berani memberikan sebarang komen mengenai imejnya itu kerana seperti tahun-tahun sebelum ini ia sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menghormati bulan mulia itu.

Sebenarnya setiap Ramadhan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini. Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini. Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini.

Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan.

Buat Siti Sarah berhijab bukan  satu perkara yang boleh dibuat main-main. Ia tidak bermakna seseorang itu hanya menutup aurat pada bahagian kepala tetapi ia merangkumi pelbagai aspek seperti tidak memakai pakaian yang terlalu ketat ataupun singkat.

Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara  yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main.

Kita berdoa agar satu hari nanti Siti Sarah diberikan rahmat dan keberkatan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik lagi dan yang penting lahir daripada hatinya sendiri tanpa paksaan orang lain. InshaAllah.

Sumber Berita: Murai

 

8 responses to Saya Selesa Berhijab Setiap Ramadhan Tak Mahu Komen Bimbang Ia Tidak Kekal – Siti Sarah

  1. 1 big happy fmly says:

    Happy family …. tahniah …. suke tengok

    0

    0
  2. melati says:

    Ni sekor lagi nk pupus jer Berhijab…pakai lah tektik baru skit , hoi..artis2 yg nk pupus ni…

    0

    0
    • Kemboja Putih says:

      sekurang2nya..ada PERUBAHAN ke arah kebaikan yg dia buat…dari mengata dia di bln pose ni, lagi x guna!!

      “melati” kehadiran kamu x sesuci bunga melati ditaman…

      0

      0
    • Anonymous says:

      Kurang hajar si melati nih
      cover la skit mulut tuh!!!!

      0

      0
  3. mak jah says:

    elok hang p bukok pose je la melati…tu pn klu hang puase..!

    0

    0
  4. mem besar says:

    doakan yang baik2.yang penting pengakhiran hidup kita bukan permulaan hidup kita.
    diorang tak pernah kacau hidup kita,jadi tak perlulah kita nak keluarkan perkataan tidak baik kepada mereka,apalagi di bulan puasa yang mulia

    maaf.

    0

    0
  5. No name says:

    Kurang hajar melati nih
    Cover la skit jari tu ble nk tinggalkn komen!!!!

    0

    0
  6. nil says:

    wahai melati..
    di sini sya memohon jasa baik kamu utk mnggunakan bahasa yg elok.

    nama sya juga melati gelaran sejak dilahirkan ttapi ramai yg hanya memanggil sya dgn hanya sebut LATI shja..
    indah bukan nama itu..seindah si bunga melati kenapa kamu mencemari ia dgn perkataan2 yg tdak sepatutnya.
    sya minta sgt…becareful with the single words.

    0

    0