Written by Bella | June 16th, 2015

Berita mengenai Erma Fatima yang memfailkan permohonan cerai tanpa pengetahuan suaminya, Bade Hj Azmi selepas lebih 20 tahun mendirikan rumah tangga nyata mengejutkan ramai pihak. Sebelum ini, Erma tampak tenang dan menerima baik madunya, Aida Abdul malah mereka pernah bercuti bersama ke Bandung.

Buat adik kepada Erma iaitu aktres terkenal Umie Aida, beliau  yakin setiap masalah ada jalan penyelesaiannya  dan sentiasa berharap agar kakaknya itu mempertahankan rumah tangga yang telah dibina  serta sering memberikan kata-kata positif setiap kali Erma meluahkan perasaan hatinya berhubung isu tersebut.

Erma dan Bade sudah berkahwin selama 25 tahun dan saya sentiasa beritahu kakak saya supaya pertahankan rumah tangganya. Dia ada memberitahu masalahnya kepada saya tetapi tidak pernah sekali pun saya memberikan kata-kata negatif sebaliknya yakin ada jalan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Walaupun keputusan Erma untuk bercerai  membuatkan orang ramai terkejut, Umie bagaimanapun tidak merasa sedemikian kerana mengetahui kakaknya sudah meneliti dan memikirkan perkara tersebut semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

Mengenali Erma sebagai kakak dia bukan seorang yang mudah buat keputusan dan akan mengambil masa berfikir sebelum menyatakan sesuatu.Saya yakin tindakannya memfailkan permohonan cerai itu bukan sesuatu yang mudah buatnya dan pasti dia ada sebab tersendiri.

Pada masa yang sama Umie meminta agar semua pihak memberikan ruang kepada Erma dan Bade untuk mengharungi dugaan ini dan meminta agar masyarakat mendoakan yang terbaik buat mereka.

Erma Fatima sebelum ini telah memfailkan perceraian secara baik terhadap suami Bade Hj Azmi sekitar bulan Mei di Mahkamah Rendah Gombak Timur dan sebutan kali pertama kes mereka telah berlangsung pada 11 Jun lalu.

Kes mereka telah ditangguhkan pada 10 Ogos depan bagi sebutan semula kes selepas Bade tidak dapat hadir pada prosiding berkenaan dan pihak mahkamah telah membenarkan Erma untuk menghantar notis amaran kepada suaminya itu.

Tetapi Bade dalam satu kenyataan berkata beliau sama sekali tidak tahu mengenai permohonan cerai tersebut dan memberitahu media bahawa beliau berkahwin dengan Erma dan Aida bukan untuk bercerai.

Sumber Berita: mStar Online

 

5 responses to Saya Selalu Beritahu Erma Untuk Pertahankan Rumah Tangganya – Umie Aida

  1. Anonymous says:

    dah tak Datin lagi ke Umni?

    0

    0
    • hihihihihiii says:

      penting ke ade ke x de..

      0

      0
      • macam2 says:

        bukan nak cakap negatif ke ape. Tulah erma, dulu buat cerita tentang ustaz poligami bagai tu, sekarang dah rasa sendiri baru tahu kan? Next time, just do something which u really2 know.

        0

        0
  2. mak kuntum says:

    pernah sekali tu aku tengok kat tv erma kata ..dia nk sangat merasa pengalaman mengandung, melahirkan walaupun hanya sekali…time tu aku rasa syahdu syahdan sangat..dia cakap relex n tenang je tapi aku yang berlinang air mata………….

    0

    0