Written by AbangNara | September 1st, 2013

Tak sudah-sudah dihimpit kontroversi si Ammar Alfian Aziz ini. Tak salah untuk Abang Nara katakan si Ammar ini lebih dikenali dengan hal-hal mengarut berbanding karier lakonannya. Lepas satu demi satu. Terbaru, Ammar dikatakan mengasari seorang pelakon baru yang bernama Nurjihan.

ammar alfian

Tampil menerusi BiPop hari ini, Ammar Alfian menafikan dakwaan dia mengasari Nurjihan. Sebaliknya menurut Ammar, dia hanya menepuk bahu Nurjihan dengan lembut, bukannya sekuat hati seperti yang didakwa. Yang menariknya, Ammar mendakwa ada pihak yang membenci dirinya. Kata Ammar:-

Saya sedar, sehingga hari ini masih ada yang membenci saya, sebab itu apa saja cerita negatif, lontar pada saya. Saya dah minta maaf dan tak mampu melawan apa-apa lagi. Mungkin ada individu tertentu masih tak berpuas hati dengan saya.

Saya tak tuduh Nurjihan mahupun Aiman, tapi mungkin ada individu lain yang cuba meraih publisiti dengan cerita seumpamanya dan pada masa sama memburukkan nama saya. Rekod saya memang dah buruk sebelum ini, panas baran dengan Syamsul lagi, jadi orang menggunakan alasan itu, saya ni memang takkan berubah.

Saya dah lali, buat bodoh sajalah. Manusia, penyakit hati itu memang ada dalam diri masing-masing. Saya buat 10 kebaikan, orang tak sedar, tapi dengan satu kesilapan, orang ingat sampai bila-bila. Walaupun saya dah minta maaf, orang masih nak label saya ni panas baran. Saya tak mampu puaskan hati semua orang.

Hmmm. Agak pelik juga untuk orang mencemburui dan menyakiti hati Ammar Alfian. Kalau popular macam Aaron Aziz bolehlah difahami. Mungkin Ammar kena periksa diri sendiri terlebih dahulu. Tengok di mana silap sampai asyik timbul kontroversi. Orang lain jadi pelakon juga tapi tidaklah asyik-asyik keluar cerita buruk je. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Saya Sedar Ada Orang Benci Saya – Ammar Alfian Aziz

  1. minah_jambu_gourges says:

    ko mmg kaki perempuan….dasar lelaki hidung belang…ko x layak wujud dlm dunia seni nie..wat menyusahkan org lain je…xyah bajekk baik sgt la…bertaubat la ye

    0

    0
  2. nora danish says:

    pulun betoi mamat ni~~
    dia ni blakon cita pa yg bulih jd plakon ni?
    habaq mai sat..x phm betoi ar..

    0

    0
  3. mieyra says:

    macam2la dia ni

    0

    0
  4. Mrs x says:

    Tak habis-ii cari masalah -.-

    0

    0
  5. feedingfish says:

    “Agak pelik juga untuk orang mencemburui dan menyakiti hati Ammar Alfian. Kalau popular macam Aaron Aziz bolehlah difahami”…heheheee..

    0

    0
  6. Anggun Pesona says:

    Ammar , sila berubah , berhenti berlakon dan masuk pondok agama. Insyaallah, anda akan dapat mengawal sikap baran anda. jangan lupa solat……..

    0

    0
  7. guest says:

    tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…? tak gitu…?

    0

    0
  8. kiki lala says:

    adoi mamat ni kalau bersuara memang x dk yg betoi.. bukan best mana pon berlakon…

    0

    0
  9. jaafar says:

    xpayah nk belagak retis sgt lah.gosip murahan xabeh2.org lain pelakon jgk,tp xdela asyik2 kuar cite bodoh mcm ko.aku rasa baik ko jadi penoreh getah lg bgs.belum ape2 lg dah ade cite xelok.

    0

    0
  10. MULUT JAHAT GILER says:

    AKU RASA AMMAR NIH ANTARA REGULAR CUSTOMER KAT WAYANG @CURVE TUH.
    DULU2 TIME DIA BERCINTA DGN SARAH, ASYIK2 MUKA DIEORANG JE..

    SEKARANG DAH BREAK.. AKU NAK TGGU DGN SAPER LAK DIA DATE KAT WAYANG @CURVE TUH.. HAHA~

    0

    0
  11. paukaya says:

    baru tahu ke org benci die??hahahhahahahaha

    0

    0
  12. orang benci ko sebab perangai ko tu macam pungkoq

    0

    0
  13. kucingkuJojo says:

    rasanya kau ni mmg manusia yg bermasalah la dik..jenis suka cari masalah..rasanya kau ni kena belajar cool down, belajar bercakap dan yg paling penting kau kena belajar buka sajadah semula..sujud pada Allah..sebab manusia yg terlalu keras hatinya, degil dan sebagainya selalunya gagal menunaikan kewajipan kepada Nya..tu sebab asyik ikut telunjuk makhluk yg dilaknat..makanya, kembalilah..sampai bila nak hidup mencari masalah..ye tak..

    0

    0
  14. minah jambu merah biru says:

    sebenar Nye peminat2 atau orang2 tk benci ngan uuuuuuuuu…dorang benci prangai uuuu yg panas baran tuuuu paham takkkk !! asal ada cerita panas aje dorang akan cerita pasal panas baran ..asek2 kelua cerita yg sama babtu la peminat2 ni tk suka ngan u bukan Nye dorang benci ngan u cik Ammar oiiiiiiiiiii ! tapi minah jambu tau u ni mesti loving kn orang Nye? cuma u ni panas baran aje kan? eeeeeeeee benci benci benci !!

    0

    0
  15. […] Saya Sedar Ada Orang Benci Saya – Ammar Alfian Aziz (24) […]

    0

    0
  16. […] Saya Sedar Ada Orang Benci Saya – Ammar Alfian Aziz (25) […]

    0

    0
  17. […] Saya Sedar Ada Orang Benci Saya – Ammar Alfian Aziz (26) […]

    0

    0