Written by Bella | January 4th, 2016

Sekitar bulan Oktober tahun lepas, berita tentang kehamilan Datuk Siti Nurhaliza mula menjadi viral meskipun beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya. Boleh kata hampir setiap rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Siti Nurhaliza dan kandungannya.

Namun, disaat Siti Nurhaliza sudah bersedia untuk mengumumkan beliau sudah hamil, ternyata takdir menyatakan yang sebaliknya. Siti Nurhaliza mengalami keguguran selepas dua bulan hamil. Berita yang cukup sedih itu dikongsikan sendiri oleh beliau menerusi akaun Instagramnya.

Hanya berdiam diri sebelum ini mengenai keguguran beliau, Siti Nurhaliza menerusi portal Harian Metro baru-baru ini berkata, beliau redha dengan ujian yang diberikan.

Saya reda dengan ujian ini dan saya tahu, bukan saya seorang saja diberikan dugaan sebegini. Saya tetap bersangka baik dengan apa jua ujian daripada-Nya. Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Pelbagai spekulasi yang dibuat mengenai punca beliau keguguran, namun menurut Siti Nurhaliza antara faktor perkara itu berlaku kerana beliau kurang rehat.  Apatah lagi beliau tidak sangka sedang hamil saat menjayakan Konsert Suara Volume 2.

Mulanya saya sendiri tak menjangka sedang hamil kerana ketika itu saya sibuk dengan persiapan Konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya dan perkahwinan anak suami. Dalam masa sama pula, suami dijangkiti demam denggi. Jadi saya tak cukup rehat dan tenang. Tetapi tak mengapa kerana itu adalah ketentuan Allah. Dia sudah tetapkan segalanya.

Walaupun menghadapi satu ujian yang agak besar dan mencabar ketabahan hati, Siti Nurhaliza tetap tidak berputus asa dan akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata lagi.

Doakan semoga selepas ini lebih cepat . Menurut doktor kalau sudah keguguran, kemungkinan untuk mengandung lagi lebih cepat. Jadi, saya mahu biar segera dikurniakan cahaya mata. Penantian selama hampir 10 tahun bukan satu jangka masa pendek. Apa yang penting, saya dan suami tak pernah putus berdoa.

Datuk Siti Nurhaliza pada kami seorang wanita yang agak tabah dan kuat menerima ujian yang sangat besar daripada Allah SWT. InshaAllah, jika ada rezeki pasti satu hari nanti beliau akan dikurniakan lagi cahaya mata.

Sumber Berita: Harian Metro

9 responses to Saya Redha Dengan Ujian Ini, Tetap Akan Cuba Dapatkan Cahaya Mata – Siti Nurhaliza

  1. MariaMariana says:

    Berusaha lagi Siti, Allah x menjanjikan bila berkhawin mesti ada anak, siti pun dah sungguh bertuah sebab dah ada anak tiri. Abaikan kata-kata hatters, fans love u no matter what. May 2016 akan memberi sinar dalam hidup CTDK.

    0

    0
    • minah jambu gerek says:

      tkpe la siti tuhan lom nk kasi baby jangan mengharap sangat berdoa aje pada yg maha kuasa kalau Allah nk kasi nanti ada la kt dlm perot tu baby kembar eemuah hahaha….!

      0

      0
    • profesor serba tatu says:

      Ngape bulan may 2016?

      Anyway, Allah beri kita apa yg kita perlukan, bukan apa yg kita mahu.

      0

      0
  2. Faizah says:

    Jangan stress sangat Tok Ti…banyak kan berehat…kurangkan aktiviti menyanyi dan buat show2 ni …fizikal dan mental serta psikologi kena relax..lepas tu cuba lagi!

    0

    0
  3. Ijan says:

    Btw..dalam gambar baju purple tu siti nampak lain..

    0

    0
  4. Serina says:

    Walaupun bukan peminat DCT, tapi saya suka keperibadian beliau. Saya harap impian DCT dan DK untuk dapat cahaya mata bersama akan tercapai. Sebaiknya CT ambil cuti dan berehat untuk fokus kepada perkara ini. All the best.

    0

    0
  5. Wawa says:

    Walaupon kita kaya dan punya segalanya tapi tetap hati kosong..fikir la..mungkin dulu kita pernah buat org menderita..ada pergi ada balik..

    0

    0
  6. anon says:

    Cari je laki muda, laki tua sperm tak kuat. Tinggal je pakcik tu. Lagipun ko siti kene bomoh siam….
    Kesian pulak dpt laki tua….sob sob…

    0

    0
  7. khadeja says:

    Assalamualaikum
    satu dugaan dan satu pelajaran … rezeki dah melimpah tapi anak tiada dapat dah selama itu . mungkin je ade kesilapan di masa lampau yg perlu diingat dan diperbaiki .. wassalam

    0

    0