Written by Bella | June 7th, 2017

Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita sedih dimana anak kepada Bazli UNIC, Muhammad Syahid telah disahkan meninggal dunia akibat kanser limfoma. Seluruh netizen juga turut meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada Bazli dan keluarga atas pemergian anak kecil itu.

Ketika ditemui pihak media, Bazli memberitahu beliau dan isteri sudah redha dengan pemergian anak mereka.

Saya redha dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan. Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti.

Arwah Muhammad Syahid disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Jenazah dimandi dan dikafankan di surau kuarters HKL sebelum di bawa balik ke kediaman Bazli di Sungai Buloh. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas solat Zohor.

Sumber Berita : Harian Metro

13 responses to Saya Redha Dengan Pemergian Syahid – Bazli UNIC

  1. Anonymous says:

    anak syurga….sedihnye

    6

    0
  2. biarbetik says:

    Kesian…Alfateha…disyurga la tempat anak2 kecil tak berdosa, Aamiin.

    4

    0
  3. wekkkkkkk says:

    tgok muka sebelum meninggal tu, alahai sedihnya aku tgok, sakit menahan kesakitan. Akupun tau mcm mana rasanyer..masa anak msuk cepital asunta..jangkitan kuman..nasib baik cpt bawa..syukr pada Allah kerna skrg dh sihat.
    TAKZIAH YA BAZLI..sempena hari raya nanti cept2 ya ziarah pusara..
    AL-FATIHAH.

    7

    0
  4. sentap says:

    Al-fatihah…

    berbahagia la syahid bintang syurga…bidadari sedang menunggumu…

    3

    0
  5. Hamba Allah says:

    Al fatehah…

    Syurgalah tempatmu sayang…

    2

    0
  6. Anonymous says:

    Alfatiha(baca) anak . Ini akan menolong ibubapa kelak ke syurga

    4

    0
  7. brunes says:

    al fatihah, love from Brunei!

    3

    0
  8. peace says:

    Bila orang beriman & mempunyai ilmu agama tinggi menerima berita kematian..masih mampu tersenyum..mampukah kita seperti itu??syurga tempatmu nak..AlFatihah

    19

    0
    • Anonymous says:

      kan…? aku pun selalu tertanya2… rasa mcm x mampu.. tgok anak org lain pun dah sedih teramat..!

      3

      0
    • Double Mint says:

      Samalah.. Tak boleh tahan air mata ni tiap kali tertengok gambar anak syurga ni dekat ig. Allahuakbar. Aku yg menangis.

      Al-Fatihah. Syurga tempat mu sayang. Pimpin tangan mama & ayah kamu nanti ye.

      0

      0
  9. nana says:

    syurga pasti untukmu sayang…Al fatihah

    4

    0
  10. jonjonijanajatarapampampampampam says:

    tah kenapa aku yg sebak gila dgr stori ni

    0

    0
  11. nerofbb says:

    tabahnya hati seorang ibu yg redha dgn ketentuan Illahi.masih tersenyum wlpun di duga..mashaallah..subhanallah.

    tenanglah syahid di sana.amin

    0

    0

Leave a Comment

Optional