Saya Rasa Ada Sebab Lain Yang Cuba Diselindung Hafiz – Bekas Suami Joy Revfa

Hiburan

Saya Rasa Ada Sebab Lain Yang Cuba Diselindung Hafiz – Bekas Suami Joy Revfa

Sejak dari mula kontroversi, bekas suami Joy Revfa yang dikenali sebagai Datuk Ray Imran ini sering tampil memberikan pendapatnya. Sebelum ini Datuk Ray memaklumkan yang dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku terhadap perkahwinan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa. Kali ini, Datuk Ray mencurigai motif Hafiz Hamidun, seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh penyanyi tersebut.

ray imran

Advertisement

Kata Datuk Ray Imran:-

Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul. Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz.

Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang.

Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi. Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi

joy

Pada pendapat Abang Nara, permasalahan ini berpunca daripada sikap acuh tak acuh Joy Revfa dan suaminya terdahulu di dalam mendaftarkan penceraian mereka. Sepatutnya bekas suami Joy Revfa bertanggungjawab sepenuhnya dalam bab melepaskan isteri. Takkan kahwin je pandai daftar? Bila nak cerai tiba-tiba tak pandai nak buat? Kalau dari awal segala dokumentasi diselesaikan mengikut saluran yang betul, pasti tidak akan timbul sebarang masalah. Itu pendapat Abang Naralah. Apa pula pendapat anda? Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...