Written by AbangNara | February 21st, 2014

Abang Nara tahu ramai di antara anda yang tak percaya dengan ketulusan dan kerelaan hati Almy Nadia menerima kembali Fizz Fairuz di dalam hidupnya setelah pelbagai kontroversi yang terjadi di antara mereka berdua. Kalau difikirkan secara logik, patutnya cinta mereka sudah berakhir lama. Namun ternyata Almy dan Fizz kuat jodohnya. Mereka berdua bakal disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.
fizz fairuzMenariknya menerusi Berita Harian hari ini, Almy Nadia sendiri mengakui dia tidak tahu mengapa dirinya tidak ragu-ragu untuk menerima kembali cinta yang dihulurkan oleh Fizz Fairuz. Kata Almy:-

Ibu hairan kenapa saya terlalu taksub kepada Fizz sehingga beliau menggelarkan percintaan kami sebagai “cinta mati”. Entahlah saya pun tidak tahu apa istimewanya Fizz sehingga sukar menolak cintanya.

Mungkin sebab Fizz boleh menerima anak angkat saya, Nur Afrina Darwisya. Ini kerana tidak semua lelaki yang cuba merapati boleh menerima Afrina seperti Fizz. Begitu juga dengan keluarganya.

Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Saya pun tak sangka begitu mudah hati ini memaafkan Fizz, walaupun saya tak nafikan, hubungan kami agak tragis.

Jika saya tak kuat, mungkin hubungan kami tidak akan bertahan sampai ke tahap ini. Barangkali saya sudah lebih matang, daripada marah lebih baiklah saya reda dengan apa yang berlaku kepada saya selama ini.

fizz dan almy

Rasanya kalau kisah cinta Almy difilemkan dan didramakan pasti akan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Memang penuh tragedi, kisah duka dan paling penting, berakhir dengan kegembiraan buat semua pihak. Apa pun, akhirnya kebahagiaan menjadi milik Almy Nadia jua. Semoga perkahwinannya dengan Fizz kelak akan berakhir dengan “cinta mati” seperti yang dikatakan oleh ibunya. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Honda City 2014 sudah boleh ditempah sekarang

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 responses to Saya Pun Tak Tahu Apa Istimewanya Fizz – Almy Nadia

  1. Khalish says:

    semoga berbahagia

    0

    0
    • JKKKKKKKKKKKKK says:

      Cakap jer gini…

      “Akak terdesak dikk… mata akak buta dek cinta…”

      0

      0
      • Aiman says:

        cinta lah sangat..jangan nanti dah kawen meroyan cam rita rudaini sudah ler…

        0

        0
        • Lembu Gemok says:

          kita tak tau apa yang Allah nak hidangkan kepada kita di masa hadapan…segala yang berlaku sebelum ni adalah penceritaan yang Allah nak tunjukkan kepada ko…bahawa kebahagian tak mudah dikecapi…jika itu takdir ko, percayalah, yang terbaik pasti ada denga ko..semoga Allah permudahkan segala urusan kalian berdua..lagi sekali aku dgr gosip korang, mmg aku tumboookk dua2 muka korang!!!!

          0

          0
    • Ritu vs Aya says:

      Kamon la Nara… Asyik pasal citer diorang ni jerk. Dah diorang nak kawen tu maknanya dua2 mmg dah istimewa pd pandangan masing2 la tu. Toksah tanya2 dah apa istimewa apa x istimewa… Cuba kerja kuat sikit Nara. Cari citer yg gempaq skit..

      0

      0
    • Anonymous says:

      anak angkat tu bkn muhrim dgn Fizz atau kemungkinan anak tu anak kandung Fizz yang x sah..kalau diperhatikan muka budak tu dgn Fizz hampir sama..mungkin tu la rahsianya yg Almy x bole lari kot..

      0

      0
  2. Br1m dah masuk says:

    Tahniah

    0

    0
  3. miss s says:

    cakap putar belit..tu keistimewanya

    0

    0
  4. Jumbo Gajah Birua says:

    Saje nak panaskan cite..nak tgu sponsor lah tewww

    0

    0
  5. fiizzmantop says:

    alaa da kene la tu psl xley rejek..cliche

    0

    0
  6. Love Jebat says:

    ini lah yang dikatakan kalau dah jodoh tak kemana
    *semoga saya berjodoh dengan #abgJebat

    0

    0
  7. Aku pelat says:

    Ala bior le dia…yg nk kawen pun dia…klu dah mak dia pun kata cinta mati nak buat camne kan? Ada la tu yg istimewa ttg fizz ni kat mata si almy ni kut…bg aku xde isu terdesak sbb si almy ni kategori lawa dan sweet apa…ni la klu kata dah jodoh…mcmana halangan pun ttp akn bersatu juga…ok nara, next plisss!!!

    0

    0
  8. Ali says:

    Perempuan bodoh.

    0

    0
    • mas joko says:

      kan ali baba bujang lapok. muka comel sweet pergi lah cari lelaki yang senonoh sikit yang boleh jaga dan bela anak ko tu. kawin dengan artis tiba time surut miss soru cam ner. pikirlah baik-baik almy ingat masa depan. jangan taksub sangat dengan cinta. berfikir lah secara rasional. masih belum terlambat lagi. CHAIYOK ALMY

      0

      0
  9. Anonymous says:

    kuatnye cinta almy pd fizz…tula kan kita sebagai manusia xbole tolak takdir-Nya

    0

    0
  10. Anonymous says:

    bosannnnnnnn cite kapel ni….menyampahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    0

    0
  11. lulu says:

    heran aku.. brcinta punyela lama.. keistimewaan mamat 2 pn ko x tau?? ko ni bia btul cik kak? jgn ko mroyan sda la pas kawen nnt :P

    0

    0
  12. wawa semput says:

    x habis2

    0

    0
  13. kikilala says:

    Lagi statement bangang yg penah aku dengar di abad ini !!!!!

    0

    0
  14. markiah says:

    bercinta lama pun masih tak tau keistimewaan maybe nak bercinta lepas kawin kut. hek hek.. semoga berbahagia yerkkkkkkkk

    0

    0
  15. anon says:

    Hmm….dah jodoh kamu dgn dia sb tulah kamu nak jugak walaupun mamat ni kuat putar belit.

    0

    0
  16. Dah lafaz nikah disahkan imam dan saksi2 baru bole kata dah berjodoh…..ni blum apa apa lagi…blum disebut jodoh! Dalam tangan pon si Fizz tu hampir kena baham buaya betina yang dipunyai buaya jantan yg laen.

    0

    0
  17. Felixia Yeap says:

    Tipah senang ditipu… That’s whyyyy…..

    0

    0
  18. kenariputih says:

    saya pon sokong almy n fizz sebab nampak sepadan sangat. lagipon hanya yang bercinta saja tau, kalau diberi pilihan maybe almy pon xmau fizz atas apa yang berlaku, tapi kalau lama2 tunggu satg lebih byk fitnah. cewah.. hehe

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Lelaki if belum kawin pun dh byk buat u mkn hati…lepas kawin tak tau la…krn lelaki yg rata2nya berpangkat bf mmg sweet,n syg sgt kat teman wanitanya…tapi bla dh kawin semuanya akan berubah inikan lg yg dh tunjuk perangai dan tk bertanggungjawab ketika masih jd teman lelaki lg…tapi ini pilihan sendiri apa2 kena lah tanggung sendiri.

    0

    0
  20. laila says:

    mungkinkah kau simpan sesuatu..smpai kau terikat sgt ngn laki ni..sedihh

    0

    0
  21. awk says:

    kalau ada terikat sebab sesuatu dgn lelaki ni pun jgn lah kahwin kalau lelaki ni awk rasa tak mmbahagiakan awk. nk kahwin seumur hidup. ksian tgok awk..

    0

    0
  22. nana says:

    keistimewaan husband i ialah dia seorg yg penyabar dan baik kepada semua org. sebab tu kami bercinta bertunang dlm masa setahun terus kahwin dan smp sekarang pilihan i mmg tepat. itula keistimewaan husband i.. almy bercinta setengah abad xtau keistimewaan fizz hmmmm…

    0

    0
  23. yan says:

    kalau x jadi jugak mau terduduk si almy ni…itu pun kalau dah insaf lah.. kalau x insaf jugak x taulah.. apapun semoga almy bahagia.Dah suka nak buat camna..org lain x boleh nak kata apa…

    0

    0
  24. Wolkwagen pink says:

    Herm..Almy istikharah dlulah…kalau skrg pon dia byk menyakitkan ati awk..caner nnt kawin?lrtke nk mkn hati berulam jantung selalu?…Forget him…

    0

    0
  25. mulut celupar says:

    keistimewaan fizz ni, mulut manis..tu yang almy termakan pujuk rayu dia, blueekkk…xgitu?

    0

    0
  26. ikan says:

    tedesak le tu.. klu dah jodoh tak ke mane. tapi jangan sampai kene tipu lagi dahla. penipu ni kadang2 bukan menipu sebab terpaksa, tapi sebab dah jadi habit, dah jadi lifestyle. pikir jela bebaik. sesal dulu pendapatan.

    0

    0
  27. […] Saya Pun Tak Tahu Apa Istimewanya Fizz – Almy Nadia (35) […]

    0

    0
  28. […] Saya Pun Tak Tahu Apa Istimewanya Fizz – Almy Nadia (36) […]

    0

    0
  29. […] Saya Pun Tak Tahu Apa Istimewanya Fizz – Almy Nadia (37) […]

    0

    0
  30. […] Saya Pun Tak Tahu Apa Istimewanya Fizz – Almy Nadia (38) […]

    0

    0
  31. […] Saya Pun Tak Tahu Apa Istimewanya Fizz – Almy Nadia (39) […]

    0

    0
  32. […] Saya Pun Tak Tahu Apa Istimewanya Fizz – Almy Nadia (40) […]

    0

    0
  33. […] Saya Pun Tak Tahu Apa Istimewanya Fizz – Almy Nadia (41) […]

    0

    0