Saya Pun Bergurau Juga, Cuma Orang Tak Faham & Wajah Serius Sangat- Jamal Abdillah

Hiburan

Saya Pun Bergurau Juga, Cuma Orang Tak Faham & Wajah Serius Sangat- Jamal Abdillah

Akhirnya Datuk Jamal Abdillah telah tampil untuk memberikan penjelasan tentang kontroversi yang terjadi antaranya dengan Nabil Ahmad ketika konsert akhir Gegar Vaganza 2. Rata-rata peminat mengkritik beliau kerana dilihat terlalu serius dan tidak boleh dibawa bergurau ketika Nabil membuat lawak tentang dirinya. Kata-kata Datuk Jamal Abdilllah “Astro bayar aku mahal-mahal bukan untuk jadi bahan lawak kau“ masih terngiang-ngiang di telinga para penonton GV2 malam itu.

nabil ahmad

Advertisement

Rupa-rupanya Jamal Abdillah turut sama berlawak cuma ia dilakukan dengan wajah yang serius sehingga ramai yang tersalah faham. Kata Jamal Abdillah:-

Jangan terus hentam, Nabil hanya membuat kerja dia iaitu menghiburkan orang. Kita kena faham tugas dia bukan sesuatu yang mudah untuk buat orang ketawa dan terhibur.

Dia hanya bergurau dan saya juga membalas kata-kata dia juga dengan gurauan. Bagaimanapun, oleh sebab ‘Jamal Abdillah’ ini bergurau dengan wajah yang serius, orang anggap saya marahkan Nabil. Sebenarnya, saya langsung tak marah, malah membalas kata-kata Nabil juga dengan niat untuk bergurau semata-mata.

Nampaknya, orang kurang faham dengan apa yang saya ‘guraukan’ itu dan membuat tanggapan bahawa saya marahkan Nabil. Saya berharap dengan penjelasan ini, tidak membuatkan orang marahkan Nabil lagi.

nabil ahmad

Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak yang salah faham akan jelas dan tidak lagi buruk sangka terhadap Datuk Jamal Abdillah mahupun Nabil Ahmad. Biasalah kadangkala memang ada manusia yang bergurau dengan wajah yang serius. Orang kata gurau kasar. Salah seorangnya daripadanya adalah Datuk Jamal Abdillah. Semoga tahun depan Datuk Jamal akan memeriahkan lagi Gegar Vaganza 3. Seronok juga mendengar komen daripada otai. Sumber Utusan Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...