Saya Percaya, Beliau Ialah Jodoh Terbaik Untuk Saya – Julia Ziegler

Hiburan

Saya Percaya, Beliau Ialah Jodoh Terbaik Untuk Saya – Julia Ziegler

Bakal berkahwin dengan seorang jurutera kimi bernama Johan pada awal tahun hadapan, pelakon Julia Ziegler mempercayai jejaka pilihan hatinya itu adalah calon terbaik buat dirinya.

Advertisement

Menurut Julia, bakal suaminya itu mempunyai darah kacukan seperti beliau dan saling memahami antara satu sama lain. Malah, sikap mereka juga hampir sama.

Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

Saya percaya, beliau ialah jodoh terbaik untuk saya dan beliau memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya.

Berbicara mengenai persiapan perkahwinannya, Julia dan Johan telah pun menghadiri kursus kahwin baru-baru ini dan segala rencana mereka sudah hampir sempurna. Julia tidak mahu membazir untuk majlis raja seharinya itu dan hanya melakukan apa yang wajib sahaja. Cukuplah untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana.

Majlis kahwin saya cukup ringkas dan sederhana. Paling penting ialah acara wajib, iaitu akad nikah, berlangsung dalam suasana yang sempurna.

Dalam membuat persiapan majlis bersejarah kami, saya juga harus mengambil kira permintaan keluarga dan bakal mentua.

Bukan mudah untuk mencari pasangan yang serasi dengan diri kita. Harapnya Julia dan Johan akan bahagia dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...