Written by Bella | October 31st, 2016

Bakal berkahwin dengan seorang jurutera kimi bernama Johan pada awal tahun hadapan, pelakon Julia Ziegler mempercayai jejaka pilihan hatinya itu adalah calon terbaik buat dirinya.

Menurut Julia, bakal suaminya itu mempunyai darah kacukan seperti beliau dan saling memahami antara satu sama lain. Malah, sikap mereka juga hampir sama.

Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

Saya percaya, beliau ialah jodoh terbaik untuk saya dan beliau memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya.

Berbicara mengenai persiapan perkahwinannya, Julia dan Johan telah pun menghadiri kursus kahwin baru-baru ini dan segala rencana mereka sudah hampir sempurna. Julia tidak mahu membazir untuk majlis raja seharinya itu dan hanya melakukan apa yang wajib sahaja. Cukuplah untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana.

Majlis kahwin saya cukup ringkas dan sederhana. Paling penting ialah acara wajib, iaitu akad nikah, berlangsung dalam suasana yang sempurna.

Dalam membuat persiapan majlis bersejarah kami, saya juga harus mengambil kira permintaan keluarga dan bakal mentua.

Bukan mudah untuk mencari pasangan yang serasi dengan diri kita. Harapnya Julia dan Johan akan bahagia dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

6 responses to Saya Percaya, Beliau Ialah Jodoh Terbaik Untuk Saya – Julia Ziegler

  1. mak kuntum says:

    Tahniah Cik Kak Julia, semoga perakhiran perkahwinan yang membahagiakan..sesuai sangat kan darah campur + darah campur, berpikiran terbuka..kang klu ngan melayu ko berbikini habis la kena kepochi ngan keluarga mertua ye takk

    18
    0
  2. melati says:

    Benda2 yg belom terjadi jgn Pong pang2 nanti jadi mcm Uqasha Senrose (gila) tunggu bakal tunang tak sampai2 ….hihihi..!!

    1
    1
  3. Anonymous says:

    who?

    0
    1
  4. kak mah says:

    Bagus lah kalau dh serasi cepat2 la nikah ye..nama pun cantik dah serasi juga..julia johan

    2
    0
  5. Anonymous says:

    Oklah labu

    2
    0
  6. Anonymous says:

    berdarah campuran dan berfikiran terbuka.. kalau darah x campur x ok la.. cehhh

    7
    0

Leave a Comment

Optional