Saya Percaya Allah Perancang Terbaik – Mizz Nina Tidak Ingin Terlalu Tertekan Soal Anak

Hiburan

Saya Percaya Allah Perancang Terbaik – Mizz Nina Tidak Ingin Terlalu Tertekan Soal Anak

Sudah berkahwin selama lima tahun, Mizz Nina dan Noh Hujan sering diajukan soalan tentang bila mereka akan mendapat zuriat. Kalau pasangan lain, mesti sudah merasa tertekan bukan dengan mulut-mulut orang ramai yang mencetuskan pelbagai spekulasi.

Advertisement

Namun, buat Mizz Nina dan Noh mereka menyerahkan perkara itu kepada takdir dan mempercayai bahawa perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik.

Malah, beliau juga redha jika tidak mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.

Saya percaya Allah itu perancang terbaik dalam hidup kita. Dia paling tahu apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kita tak faham, kadang kadang apa yang kita nak tak semestinya terbaik untuk kita.

Serahkan padaNya. Kalau Dia mahu kurniakan sesuatu kepada saya, Alhamdulillah. Jika bukan rezeki… saya reda. Saya tak mahu terlalu memikirkan soal ini hingga menjadi tekanan dan beban. Setiap manusia di muka bumi ini ada ujian dan cabaran tersendiri.

Sama saja, sama ada kita ada anak, hidup solo atau sudah berkahwin, ia bukan jaminan yang hidup kita akan jadi lebih baik daripada sebelumnya. Semuanya terpulang kepada bagaimana kita bertakwa kepada-Nya.

Buat setiap pasangan, mendapat anak adalah satu bonus tetapi tanggungjawab dalam mengekalkan kebahagiaan itu yang penting. Tidak apa Mizz Nina, kalau Allah SWT itu kata ada rezeki untuk anda menjadi ibu satu hari nanti pasti ia akan termakbul juga. Biarlah orang-orang mengata, lama-lama diam la tu..

Sumber Berita: BH PLUS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...