Written by Bella | October 30th, 2015

Video anak Norman Hakim yang memberikan tazkirah tentang jerebu sudah menjadi viral di media sosial. Dek kerana itu, aktor Norman Hakim, bekas isterinya Abby Abadi serta Memey Suhaiza di hujani dengan begitu banyak komen yang memuji mereka  sudah berjaya mendidik Mohd Danish Hakim dengan baik.

Walaubagaimanapun, Norman menjelaskan tindakan beliau untuk memuat naik video tersebut bukanlah kerana ingin meminta pujian tetapi berniat mahu  orang ramai mengambil ikhtibar akan bencana jerebu yang sudah melanda beberapa negara di Asia sejak 2 bulan lalu.

Sebenarnya, Danish tak tahu saya rekod senyap-senyap ketika dia berbicara tetang Jerebu. Saya bangga kerana daripada kata-katanya itu memperlihatkan bahawa dia sangat matang, malah secara tak langsung saya juga perasan pengetahuannya lebih luas daripada saya tentang bencana alam dan kiamat.

Saya muat naik video itu bukan sebab mahu meminta pujian. Sebaliknya saya ingin berkongsi kata-kata berguna Danish itu kepada orang ramai supaya kita sedar dan ambil iktibar mengenai bencana itu. Itu saja.

Pada masa yang sama Norman juga mengakui terkejut apabila Danish telah membuat perjanjian untuk mengajar beliau menghafaz Al-Quran sekiranya Norman berjaya melatih anak lelakinya itu memiliki bentuk badan yang lebih sasa dan sihat seperti dirinya.

Danish ada beritahu saya yang dia mahu jadi fit macam saya dan bercita-cita nak bina badannya dengan mendapat guideline serta tunjuk ajar daripada saya. Saya gembiralah kerana sebelum ini badannnya agak berisi dan saya ada suruh dia kuruskan sedikit badannya.

Tapi katanya ada syarat. Jika dia sudah jadi sado, dia mahu saya pula hafaz Al-Quran seperti dia yang kini sedang dilatih menjadi Hafiz di sebuah sekolah agama di Bangi. Saya terkejut juga bila dia buat perjanjian seperti itu. Tapi dalam masa yang sama saya bangga punya anak macam dia. Bersyukur sangat diberi peluang untuk belajar Al-Quran dengan anak yang juga darah daging saya sendiri.

Pada kami Norman Hakim, Abby Abadi dan Memey Suhaiza cukup beruntung ada anak seperti Danish. InshaAllah, mungkin ini salah satu cara Allah SWT untuk mendekatkan lagi keluarga Norman denganNya dan mendalami ilmu agama dengan lebih baik.

Sumber Berita: Murai

24 responses to Saya Muat Naik Video Danish Bukan Sebab Mahu Minta Pujian – Norman Hakim

  1. Anonymous says:

    anak cuba menyelamat kan ayah nya supaya tidak berzina lagi dengan berdua2an dengan wanita, itu sebabnya dia suruh hafal al quran. dia tidak mahu jadi macam ibunya masa pantang bapa pigi bersundal dengan perempuan sundal juga

    0

    0
  2. Pekerja Gomen says:

    Alhamdulillah…. cerita macam ni la sonok baca.
    Pernah terbaca dalam satu buku, ibu bapa yang punya anak yang menghafal Al-Quran (Al-Hafiz) dia boleh memimpin ibu dan bapanya ke Syurga di akhirat kelak. InsyaAllah….

    Bahagianya ada anak Al-Hafiz.

    0

    0
  3. mira says:

    apa2 je la norman. dh upload pun kn. xyah nk propa sgt. org ada mcm2. ada yg pikir negative ada yg positive. xyah nk bt2 sedih lak pas ni. bosan

    0

    0
  4. Anonymous says:

    benda dh lepas tak yah laa ungkit2…silap norman dulu2 tak yah laa cerita balik…kita ambik yg baik je laa…masing2 pun dah ada hidup baru…

    0

    0
  5. SMN says:

    Semua orang pernah melakukan kesilapan. Yang penting kita berusaha untuk belajar daripada kesilapan kita dan berusaha untuk menjadi diri kita yang lebih baik. Insya Allah Norman dan keluarga terus istiqamah. Tahniah Norman :)

    0

    0
  6. ena says:

    benda dh lepas takyah la nk ungkit2..sekurang2nye die dh berubah ke arah yg lebih baik…kita ni yg takde sejarah silam mcm die pn belum tentu dpt didik anak cmtu tau..so..aku bangga ngn dorng ni dlm mendidik anak2 wlu pn sblm ni ade cite yg x elok psl dorng..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Betul tu barang yg lepas jgn dikenang,
      Tu case IMDB pun kita lupakan aje la .
      Maafkan Kak semah gan abg Ajib k.

      Podahhhh

      0

      0
  7. Lara says:

    Bagusnya anak dorang, hopefully dapat ajak ibu “tutup mulut” sekali yer.

    0

    0
    • ain says:

      tapi sekurang nye sebab ibunya berubah kearah kebaikan sebab itu anaknya jadi begini. jika masuh dengankehidupan dulu, adakah anaknya akan jadi begini.

      0

      0
  8. lola says:

    Kalau menunjuk pun apa salahnya.. menunjuk benda yg baik.. bukannya salah. Berapa ramai anak-anak muda di luar sana, bukan kata menghafal je tapi yang reti baca jawi, apatah lagi al-Quran. Allahualam.

    0

    0
  9. wanita berkalong sorban says:

    satu je byk yg kita tak tahu…sapa anak nya hafiz..boleh selamatkan 7 keturunan dari masok neraka..pastu mak ayah akan dipakaikan baju yg cahaya nya lebih terang dr matahari…correct me if im wrong.

    0

    0
  10. anonymous says:

    Bakal Investment dunia akhirat, ada juga spotong surah alfatihah selepas sholat tuk sedekahkn pada ibubapa nnti

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Brapa byk anak2 y mbcakn sedekah alfatihah selepas sholat kepada org tua yg sudah mningal dunia

    0

    0
  12. anonymous says:

    Brapa byk anak2 y mbcakn sedekah alfatihah selepas sholat kepada org tua yg sudah mningal dunia

    0

    0
  13. qistina baik2 sahaja says:

    i penah ajar anak dia kat wangsa maju.. anak dia nih memang baik pun.. diam jer tak banyak cakap.. well done Danish!

    0

    0
  14. Mak som says:

    Laaaa aku ingat kan Nora Danish!!
    Eh DANISH TU nama BISKUT kan ..,
    Hahahah

    0

    0
  15. wati says:

    sejuk perut abby mengandungkan Danish.semoga terus maju jaya hingga ke jannah Danish.

    0

    0
  16. joyah sport says:

    eleeeeh…ni semua sebab abby adabi tu yang pandai didik anak….nak harapkan norman ni…hampeeeeh…

    0

    0
  17. anon says:

    Mestilah tujuan utama tu riak & nak menunjuk2 & mengharapkan pujian….tak usah nak bohonglah….Kalau tak, buat ape nak di uploadkan. Simpan je utk tatapan peribadi. Skrg ni kan akhir zaman, semuanya utk tontonan ramai…. tengoklah kat facebook ke insta ke, semuanya berlumba2 menunjuk2 semua bende….gih makan angin ke, masakan ke, menunjuk main golf ke, jumpa artis ke…..now, nothing is private anymore…

    0

    0