Saya Menjaga Penampilan Diri Bukan Sebab Rasa Cemburu – Wawa Zainal

Hiburan

Saya Menjaga Penampilan Diri Bukan Sebab Rasa Cemburu – Wawa Zainal

Aktres jelita Wawa Zainal menjelaskan tujuan beliau menjaga penampilan diri bukanlah kerana rasa cemburu melihat suaminya, Aeril Zafrel menjadi perhatian peminat wanita tetapi hanya menjalankan kewajipan beliau untuk kelihatan cantik buat suami tercinta.

Advertisement

Saya tidak pernah merajuk atau cemburu pun jika dia sering menjadi perhatian peminat kerana selepas lima tahun berkahwin saya kenal benar dengan sikapnya. Perubahan dan menjaga penampilan diri ini bukan kerana cemburu tetapi ia kewajipan saya untuk kelihatan cantik untuk suami, itu sahaja.

Saya seperti wanita berkahwin lain tetap sibuk dengan urusan rumah tangga selain menguruskan keperluan suami dan dua anak kami yang masih kecil. Tetapi saya tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk mengabaikan penampilan diri walaupun sudah berkahwin. Saya kurus dan menjaga penampilan pun bukanlah kerana ingin bersikap menunjuk-nunjuk sebaliknya apa yang dilakukan adalah semata-mata demi suami.

Dalam pada itu, Aeril akui beliau sebenarnya tidak kisah dengan penampilan Wawa. Mencintai dan menyayangi Wawa seadanya, Aeril memberitahu beliau akan setia bersama Wawa selamanya.

Tidak kira dia cantik atau tidak, hanya Wawa sahaja yang saya pandang tambahan pula pada fasa sekarang saya langsung tidak terfikir untuk buat perkara yang tidak mendatangkan faedah. Anak kami sudah dua dan fokus saya kini hanyalah untuk bekerja keras demi meningkat ekonomi keluarga.

Memang romantik dan sweet habis sebenarnya pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, mereka cukup memahami antara satu sama lain. Semoga kebahagiaan mereka berdua bertambah setiap hari dan kekal sehingga ke jannah.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...