Written by Bella | January 27th, 2017

Aktres jelita Wawa Zainal menjelaskan tujuan beliau menjaga penampilan diri bukanlah kerana rasa cemburu melihat suaminya, Aeril Zafrel menjadi perhatian peminat wanita tetapi hanya menjalankan kewajipan beliau untuk kelihatan cantik buat suami tercinta.

Saya tidak pernah merajuk atau cemburu pun jika dia sering menjadi perhatian peminat kerana selepas lima tahun berkahwin saya kenal benar dengan sikapnya. Perubahan dan menjaga penampilan diri ini bukan kerana cemburu tetapi ia kewajipan saya untuk kelihatan cantik untuk suami, itu sahaja.

Saya seperti wanita berkahwin lain tetap sibuk dengan urusan rumah tangga selain menguruskan keperluan suami dan dua anak kami yang masih kecil. Tetapi saya tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk mengabaikan penampilan diri walaupun sudah berkahwin. Saya kurus dan menjaga penampilan pun bukanlah kerana ingin bersikap menunjuk-nunjuk sebaliknya apa yang dilakukan adalah semata-mata demi suami.

Dalam pada itu, Aeril akui beliau sebenarnya tidak kisah dengan penampilan Wawa. Mencintai dan menyayangi Wawa seadanya, Aeril memberitahu beliau akan setia bersama Wawa selamanya.

Tidak kira dia cantik atau tidak, hanya Wawa sahaja yang saya pandang tambahan pula pada fasa sekarang saya langsung tidak terfikir untuk buat perkara yang tidak mendatangkan faedah. Anak kami sudah dua dan fokus saya kini hanyalah untuk bekerja keras demi meningkat ekonomi keluarga.

Memang romantik dan sweet habis sebenarnya pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, mereka cukup memahami antara satu sama lain. Semoga kebahagiaan mereka berdua bertambah setiap hari dan kekal sehingga ke jannah.

Sumber Berita : mStar Online

10 responses to Saya Menjaga Penampilan Diri Bukan Sebab Rasa Cemburu – Wawa Zainal

  1. ratu says:

    rasenya ariel yg ptut lg risau wawa dikebas..wawa sgt cntik

    29

    0
    • Anonymous says:

      Ini baru lah yang dikatakan sama cantik sama padan! Subhanallah indah ciptaanNya.

      10

      1
    • minah jambu - safety first says:

      bagos ariel u pandang wawa sorang aje n anak2 u yg comel …kerja keras untok keluarga…ingattttttttttttttttttttt ! jangan pulak cakap ngan bini gi miting tapi u gi thailand kawin lagi satu !!!

      9

      0
  2. Yaya says:

    Iye lah iye lah..
    (baca gosip artis suam kuku ni sambil kunyah snek)

    6

    0
  3. Fidot says:

    Oi NARA! Dah kenapa asyik kuar cite dorg ni je. Sumbangan utk drama best xde la sgt! mohon cite lainn… ke ko dibyr? huhu

    4

    1
  4. Anonymous says:

    Mamat pendek ni ramai ke peminat..hahaha wawa xpatut risau pun dia cantikkk gilaa

    8

    0
  5. Muzaku says:

    Haha, boleh tuh … semoga kebahagiaan mereka berdua kekal selamanya.. amiinn

    1

    0
  6. melati says:

    Nasib baik kisah Mereka berdua…!! boleh lew baca2 skit, kalau kisah Neelofa & Fatah tu lg aku boikot Nara…..hmmmmmm

    5

    0
  7. Mak Becok says:

    Baguslah Ariel! Hentikan berselfie dgn. pompuan2 miang mahupun kau sendiri jadi miang kerana angkuh dgn. kekacakan mu!! Isteri setia dan jelita, serta anak2 mu yg. masih kecil, lebih penting dr. semua benda mengarut tu!

    1

    0

Leave a Comment

Optional