Written by Bella | March 10th, 2015

Imej seksi dan perwatakan yang tidak menghiraukan percakapan orang ramai sudah cukup sinonim dengan Nabila Huda. Hal ini membuatkan beberapa pihak risau jika anak perempuannya Keisha Laila turut terpengaruh dengan sikap ibunya yang dianggap tidak begitu sempurna di mata masyarakat.

Namun, empunya diri  sama sekali yakin sikap beliau tidak akan memberikan kesan buruk kepada anak tunggalnya itu dan mempunyai cara tersendiri dalam mendidik serta membesarkan anaknya.

Saya rasa tak perlu untuk saya tunjuk kebaikan saya dengan anak saya. Biarlah urusan ini antara saya dan anak saya saja, namun yang pasti semestinya saya inginkan yang terbaik untuk Keisha.

Saya mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak saya.

Buat Nabila, komunikasi diantara ibu dan anak itu penting. Oleh itu, beliau memilih untuk menjadi teman baik kepada Kesha agar anaknya itu berasa selesa dan jarang sekali marah tanpa sebab yang serius.

Saya menganggap Keisha seperti ‘best friend’ (rakan karib) saya dan bukan sejenis mak yang marah anak sepanjang masa. Bagi saya komunikasi itu begitu penting dan saya menerangkan kepada Keisha kesan tindak-tanduk dalam apa yang dilakukan.

Malah Nabila berpendapat Kesha lebih matang dari segi pemikirannya kerana dia menggalakkan anaknya untuk bergaul dengan orang ramai.

Berbicara soal jika beliau sudah bersedia untuk berkahwin semula setelah sekian lama hidup solo. Nabila memberitahu buat masa ini beliau hanya ingin fokus kepada kerjaya dan anaknya walaupun mengakui setiap wanita pasti menginginkan perkahwinan yang indah.

Setiap wanita pasti impikan perkahwinan yang indah. Tidak mungkin saya akan berkahwin dalam masa yang terdekat kerana semuanya memerlukan wang, tapi saya berharap agar semua mendoakan yang terbaik untuk saya.

Ibu mana yang tidak sayangkan anak? Setiap ibu mempunyai cara mereka tersendiri dalam membentuk anak mereka. Mungkin cara Nabila Huda tidak kena dimata masyarakat, tetapi hanya beliau tahu apakah yang terbaik buat Kesha.

Sumber Berita: Berita Harian

18 responses to Saya Mempunyai Cara Tersendiri Untuk Membesarkan Anak Saya- Nabila Huda

  1. Anonymous says:

    my favourite actress…….watak lakonan jahat & gatal memang tip-top

    0

    0
    • Anonymous says:

      watak baik pun maveles…. mmg tip top

      0

      0
      • Saodah Padukone says:

        Quotes from bitchology

        Daughter : Mommy when I grow up I wanna be a total bitch just like you !!

        El Ow El !!!

        ” My mom cursed so much when we’re little, I thought my name was f*ck ”
        -Khloe Kardashian

        0

        0
        • Anonymous says:

          Banyak sgt tgk kardashians, mana anak x kata ngko bitch..

          0

          0
        • Saodah Padukone says:

          I’m sorry that you’re facing difficulties understanding What I ve written , your brain really need some medicine , you skanky “beach”

          0

          0
    • Anonymous says:

      Iman x boleh diwarisi. Kejahatan pun tak diwarisi.

      0

      0
  2. tony says:

    penah Nampak Nabila and her daughter ni masa tengah makan kat kulcats barrio. memang comel si keshia ni, tapi bising menjerit2 sampai aku nak cakap pon tak boleh. yang maknya diam je anak memekak terlolong menjerit.

    0

    0
  3. aku says:

    Keshia nie kiut… byk celoteh… biasa lah budak2….

    0

    0
  4. Anonymous says:

    jahat sgt ke Nabila ni..biarkan lah dia..tu antara dia dengan Allah..mana tau suatu hari nanti dia jadi muslimah yang solehah, baik dari kita2 semua….naluri ibu mesti nak yang terbaik untuk anaknya..

    0

    0
  5. aku kenal dia says:

    apa pun anggapan org pd dia aku ttp minat kat dia. dia x sombong dan x hipokrit.

    0

    0
  6. sue says:

    cute lah anak dia. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mengajar anak. Anak-anak saya lebih kurang macam tu jugak, suka jerit-jerit. Tuhan je tahu perasaan saya. Bukan tak ajar, tapi dah dia orang macam tu. Yang sulung sekarang dah padai jaga tata susila. 10 tahun dah pun. Tinggal adik2 dia je lagi masih suka jerit2. So masyarakat janganlah judge mak semata-mata kerana perangai anak. Jangan judge dia kerana cra hidup dia. Setiap individu berbeza. Siapa tahu nanti dia akan berhijrah ke arah yang lebih baik. Doakan yang baik-baik aje.

    0

    0
  7. FAZURA JELITA says:

    Nora Danish Cantik

    0

    0
    • ye ke says:

      Biasa aje tak lah cantik mana nora ni. Gambar edit aje dlm insta. Cute ye cantik idok ler.

      0

      0
  8. Mizie Maintenance says:

    Chanteq “paha” dier…..!!!! hehehheeh i like..!!!

    0

    0
  9. naa says:

    Cantik nabila dlm gambar 1st tu

    0

    0
  10. minah jambu sayang nenek says:

    betol tu nabila ..u menjaga mendidek anak u dngan cara u sendiri..u tk perlu bimbang dengan ape yg orang dh cakap kan kate u tk pandai jaga anak..persetan itu semua asalkn u tau ape yg buat dengan anak u selama ini..sape yg tk sayang kn anak n sape yg tknk anak yg terbaik tol tak nabilaaaaa tk perlu terlalu mengongkong kalau nk anak jadi baik .. jadi mom yg understanding kasi kaseh sayang cakap baik2 n bukan terlalu bebas …jangan sampai bila anak dh besar asek mak nk marah2 itu tk boleh ini tk boleh last2 lari ikot jantan gi lombok …minah jambu yakin nabila tk macm gitu ..lov uuuuu..

    0

    0
  11. semek says:

    setuju dgn nabila.aku dulu pun kaki kelab (now dah tobat ok) tp bila kwn2 aku dtg rumah dorang tergezut tgk mcm mana aku dgn anak2 aku, jgn judgmental sgt.

    0

    0
  12. bakat semulajadi says:

    Antara fasha, nora danish dgn abil ni. Aku tengok abil ni betul-betul berbakat. Yang dua org tu berlakon tahap biasa-biasa aje. Kontroversi aje lebih. Abil bakat dan kontroversi seiring. Kalau kat oversea dah melambak award dia rembat.

    0

    0