Saya Masih Solo, Tidak Ada Sesiapa Yang Istimewa – Neelofa

Hiburan

Saya Masih Solo, Tidak Ada Sesiapa Yang Istimewa – Neelofa

Berita baik untuk para jejaka di luar sana. Selepas bertebaran gosip percintaannya dengan seorang jejaka Eropah bernama Craig Smith, Neelofa telah tampil untuk memaklumkan yang dirinya masih solo. Kalau dalam bahasa sekarang, still single and available. Bagi Neelofa, Craig hanyalah seorang kawan biasa dan kebetulan ketika percutiannya ke London, model lelaki tersebut turut berada di sana. Biasalah macam kita jumpa kawan-kawan bila pergi jalan-jalan oversea. Tak ada perasaan tersembunyi apa-apa pun.

 neelofa and boyfriend

Advertisement

Kata Neelofa:-

Dia bukan kekasih saya. Dia hanya kawan dan kami sudah kenal sebelum saya ke London lagi. Dia juga berlakon dalam iklan tudung keluaran saya baru-baru ini. Kebetulan apabila bercuti ke sana (London) baru-baru ini kami berjumpa. Dia memang berasal dari London.

Saya tidak ada kekasih dan tidak ada sesiapa yang istimewa. Buat masa sekarang saya mahu ikhlas dan betulkan hati untuk menerima sesiapa saja. Tiada ada ciri khas ditetapkan, tapi lebih kepada keserasian.

Selepas putus cinta dulu, ada juga nak berkawan dengan saya tapi kami tidak ada keserasian. Mungkin juga ketika itu masih tidak serius jadi ia tidak berjalan dengan baik.

 neelofa and boyfriend
Nampaknya peluang masih ada untuk para jejaka di luar sana yang menaruh hati kepada Neelofa. Cinta itu datangnya dari hati yang tulus suci. Bukan berdasarkan kebendaan, kekayaan, ketampanan atau kekacakan. Yang penting hati ikhlas dan ada keserasian, pasti boleh jalan. Abang Nara ucapkan good luck dan all the best buat anda yang berminat mengorat Neelofa. Semoga berjaya!!! Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...