Written by Bella | October 18th, 2016

Nama Tasha Shilla pada satu ketika cukup terkenal dengan kontroversi. Kata orang, apa sahaja yang beliau lakukan pasti akan dikecam dan dikritik.

Kini selepas hampir setahun berehat dan bermuhasabah diri, Tasha kembali aktif dalam industri hiburan tanah air.

Jelas Tasha, apa yang berlaku membuatkan dirinya lebih matang tetapi pada masa yang sama tidak berubah terlalu drastik.

Alhamdulillah, saya banyak belajar daripada pengalaman dan semuanya mematangkan saya sebagai seorang individu dan juga anak seni. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku kerana setiap yang ditentukan Tuhan itu pasti ada hikmahnya.

Saya masih seperti dulu dan tiada apa yang berubah kecuali cara pemikiran. Bukan bermaksud saya tidak berfikir ke arah yang lebih baik tetapi buat masa ini, saya selesa dengan keadaan diri sekarang.

Menurut Tasha, setiap apa yang beliau lakukan sekarang akan beliau tetapkan niat kerana Allah SWT. Jika berlaku sesuatu, beliau tidak mahu terus bersikap menunding jari ke arah orang lain dan akan memohon maaf serta bertanggungjawab sekiranya beliau membuat kesilapan.

Berbicara mengenai kekasih hati, Tasha memberitahu beliau masih belum bertemu pengganti dan pintu hatinya sudah tertutup untuk bercinta buat masa ini.

Setakat ini, pintu hati saya masih tertutup untuk kembali bercinta. Biarlah saya belajar menyayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum memberi ruang orang lain mencintai saya.

Pengalaman lalu membuatkan saya serik dan sedikit trauma. Justeru, saya akan lebih berhati-hati dalam soal cinta dan jodoh.

Kami harap perubahan positif Tasha Shilla ini akan terus berkekalan. Fokus pada kerjaya anda kembali dan jangan melakukan perkara yang boleh mengundang kontroversi.

Sumber Berita : Kosmo!

12 responses to Saya Masih Seperti Dulu Dan Tiada Apa Yang Berubah Kecuali Cara Pemikiran – Tasha Shilla

  1. nok gebuzzz says:

    pengalaman yg lalu mungkin boleh ko lupakan…tapi org lain tidak……

    2

    5
  2. Anonymous says:

    Nak crite pasal Tuhan.. buat ada ingat ke Tuhan? bodoss

    0

    5
  3. charlie puth says:

    kenape nak hina/membodohkan org yg pernah buat silap… doakan je yg baik2..

    15

    0
  4. Orchid says:

    Dia dah ade bf kot, saje je tulis mcm ni nak cover dari peminat dgn media. Orang tertentu je yg tahu sape bf dia. Artis semua hipokrit. lulzzzz…

    2

    0
  5. mak c kina says:

    dia ni bagus sebenarnya..aku suka dia jd jahat..tp dia yg gali lubang sndr, hancur akn mse depan sndr,so xleh la terlalu mengharap org akn terima semudah itu..ko kne ada produk yg bgs, utk ko build blk kerjaya..& tolong la lepas ni jgn bangang sgt buat statement..

    2

    0
  6. Bukan Ustazah sebenar says:

    Janganlah kutuk2 dia seolah2 ko pulak yg jadi tuhan. Kalau org nak berubah, kita doa aje yg baik2. Semoga di masa akan datang dia x buat lg benda2 yg x elok dan yg Allah larang.

    1

    0
  7. omak den says:

    Takpe lah..setiap org ad hak dan peluang untuk berubah..pe yg jd dulu dekat dia itu urusan dia dgn allah..kita jgn cuba nk menghukum..perbanyakkan amalan diri sendiri dulu..

    1

    0
  8. Usetat says:

    Kesian kena pakai buang dengan mamat tomoi kaki mabuk tu. Elok lah dah insaf. Hidup bukan kerana nafsu

    0

    0