Written by Bella | April 14th, 2016

Tentu anda masih ingat dengan kes dimana pelakon Syazwan Zulkifly telah memukul teman wanitanya Shenty Feliziana yang merupakan pengacara h Live!.

Akibat insiden berkenaan Shenty telah membuat keputusan untuk berpisah dengan Syazwan dan enggan kembali kepada aktor itu meskipun beliau sudah menyesali kesilapannya.

Beberapa bulan sudah berlalu, Syazwan mengakui beliau masih belum dapat melupakan bekas kekasihnya itu dan tidak boleh menerima wanita lain didalam hidupnya buat masa ini.

Sejujurnya dalam diri ini masih ada perasaan cinta dan kasih. Malah, rasa itu tidak pernah berkurang dan hilang walaupun kami bukan lagi pasangan kekasih.

Dia seorang wanita yang sangat baik. Jadi mustahil untuk saya melupakannya dengan sekelip mata. Seandainya suatu hari nanti dia kata nak berbaik dan kembali bersama, saya tidak menolak.

Saya tak malu nak beritahu, walaupun sudah lima bulan kami putus saya belum boleh menerima hakikat. Dalam erti kata lain, saya belum ‘move on’. Dalam diri ini masih ada cinta. Malah, saya tidak boleh menonton saluran Astro Ria kerana bimbang terpandang wajahnya. Cukup sekadar saya memendam rasa dan rindu terhadapnya.

Meskipun sering menghantar mesej kepada Shenty selepas mereka berpisah, Syazwan bagaimanapun enggan terlalu mendesak.

Walaupun perasaan cinta itu masih kuat dalam diri ini, saya tidaklah sampai tahap nak mengejar atau mencarinya.

Saya tahu dia memang nak menjauhkan diri daripada saya apatah lagi nak kembali bersama. Mungkin apa yang berlaku itu membuatkan dia sangat terluka. Bagaimanapun, saya sudah memohon maaf. Malah, sebelum pergi menunaikan umrah awal Januari lalu, saya ada berjumpa dengannya.

Bak kata pepatah, bila kita tidak menghargai seseorang itu semasa mereka ada baru kita tahu apa erti penyesalan bila mereka tidak ada lagi dalam hidup kita.

Sumber Berita : Harian Metro

13 responses to Saya Masih Cintakan Shenty, Belum Boleh Terima Wanita Lain – Syazwan Zulkifly

  1. Nora Manis says:

    Siapa dia ni?

    Apapun, jangan pukul2…Aduh2…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Jantan dayus ni, pukul perempuan, jantan kalau pukul perempuan jgn maafkan, sekali dia da buat dia akan pukul lagi, kalau terima balik mmg jadi puching bag la ko…

      0

      0
    • orthopaedic surgeon says:

      Lelaki yang takleh control baran/marah adalah lelaki yg lemah.

      0

      0
  2. palyboy curang says:

    dasar playboy laki ni, cinta konon haakkktuuiii

    #terajangkanplayboyitu

    0

    0
  3. Ok? says:

    Syg,muka hnsem tp baran.wat pe lh nk baran2,ex ko x lh cntik mne pn.tp nsihat aku jgn dok tnggu dia sbb pompuan ni klu dh kne pkul mmg serik xkn kmbli lg.baik move on je

    0

    0
  4. hampehh says:

    tak malu..pukul pempuan..br bcinta..blm lg kawin,dah pukul2..kpd pempuan luar sana jauhkan diri dr bcinta ngan jantan ni…

    0

    0
  5. Skywalker says:

    pompuan mana suka laki baran…kalau baran skit2 tak per..ni baran sampai memukul, mmg tobat la tak mau balik…ye lah, memula janji la tak buat lagi la ape lah…tup2 buat gak perangai lama…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    alahai..dah pukul jgn harap kembali semula hubungan tu…ni blom kwin…dah kwin nanti konfem lebam sana sini…mcm awie n rozana haha

    0

    0
  7. tak suka kane pukul says:

    Belum kawin kau dah bantai anak dara orang.. Kalau dahkawin patah riuk budak tu kau kerja kan.. takpayahlah Shenty kau nak balik kat mamat ni,.. ramai lagi yang boleh belai kau.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Usahlh bg cerita cinta budak2 sekolah

    0

    0
  9. izat says:

    cinta tapi belasah? scaryyyy

    0

    0
  10. ishh says:

    Takut nye aku ngan mamat ne.. kaki pukul!!

    0

    0
  11. ladybird says:

    blum berkahwin dah berani pukul anak pompan orang
    blum kasi anak orang makan pulak tu
    ini pulak nanti klau dah kahwin
    kena sepak terajang

    0

    0