Saya Marah Kerana Yazit Gelar Suami Saya Penipu Dan Kumpulan Search Pecah Amanah – Isteri Amy Search

Hiburan

Saya Marah Kerana Yazit Gelar Suami Saya Penipu Dan Kumpulan Search Pecah Amanah – Isteri Amy Search

Isteri kepada Amy Search iaitu Norhasniza Hassan atau lebih mesra disapa Nourish mengakui beliau ada memarahi pemain dram kumpulan itu, Yazit. Namun, jelas Nourish beliau bertindak sedemikian selepas Yazit mula melemparkan kata-kata kesat dan menuduh suaminya penipu dan ahli kumpulan Search pecah amanah.

Advertisement

Tindakan Nourish semata-mata kerana beliau ingin mempertahankan maruah kumpulan Search apabila dituduh secara melampau atas sesuatu yang mereka tidak lakukan.

Siapa-siapa pun yang memburukkan keluarga terutamanya suami, saya akan bertindak mempertahankan maruah keluarga kami. Dia (Yazit) bukan sahaja memulakan pertengkaran tersebut malah menuduh suami saya penipu dan anggota Search yang lain sebagai pecah amanah.

Saya tidak boleh tahan dan bertindak memarahi dia semula kerana bagi memberi kesedaran kepada dia tentang tuduhan tersebut salah.

Buat Nourish, Yazit sepatutnya bersyukur kerana masih menerima bayaran yang sama dengan ahli kumpulan lain meskipun beliau sedang sakit dan tidak bersengkang mata untuk menguruskan setiap persembahan.

Dia patut berterima kasih kerana kami bersengkang mata meeting sampai malam untuk urusan setiap persembahan dan biarpun dia tidak bersama kami tetap sediakan bahagian (wang) dia. Dia terima sama banyak dengan ahli lain dapat biarpun dia tidak sihat dan tidak boleh terlibat dengan persembahan tersebut.

Apabila Yazit memberitahu Nourish memaki beliau dan menengking beliau ketika bertanya soal bayaran, beberapa pihak mula mengecam tindakan Nourish dan beliau dihimpit dengan pelbagai kritikan.

Walaubagaimanapun, Nourish tidak kisah dikecam orang ramai kerana beliau hanya ingin menegakkan maruah kumpulan Search.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...